Sunday, July 03, 2005

Peratusan Undian AF3.. Satu Penilaian

Saya tertarik dengan komen Kudsia Kahar, tentang peratusan pelajar AF3 yang katanya mestilah berdasarkan merit. Persoalan ini adalah satu persoalan yang amat menarik perhatian ramai orang khususnya bagi peminat pelajar yang sekarang ini berada di kedudukan teratas. Setelah di insult oleh seorang lagi pengkritik pada konsert yang ke-empat, tentang kematangan pengundi memilih pelajar kegemaran mereka, hari ini sekali lagi peminat diserang dengan kenyataan tentang pengundian berdasarkan merit.

Saya sendiri amat terkejut dengan kenyataan-kenyataan ini dan seterusnya tertanya tentang apakah motif sebenarnya rancangan Akademi Fantasia ini. Pada dasarnya AF ini tidak ubah seperti sebuah lagi rancangan pertandingan seni suara, sama seperti Bintang RTM, Malaysia Idol dan sebagainya. Tetapi yang membezakan AF, pada pandangan saya adalah diari hariannya, yang membenarkan penonton dirumah melihat aksi-aksi peserta/pelajar di Akademi. Jika AF hanyalah sebuah pertandingan nyanyian, mengapa mesti ada diari harian?Mari kita lihat kepada asalnya AF ini. Ia berasal dari La Academia, sebuah rancangan reality dari Mexico. Orang-orang di Negara Amerika Tengah, memang lazimnya amat mengemari aksi-aksi drama, dan aksi inilah yang diserapkan ke dalam La Academia.

Kita mengimport La Academia ke Malaysia dan kemudiannya menamakan ia sebagai Akademi Fantasia. Didalam rancangan ini kita disogokan dengan aksi-aksi peserta yang tak ubah seperti akuarium ikan, dimana semua pergerakan dan percakapan pelajar di rakamkan. Jadi persolannya, ini rancangan apa? Pertandingan seni suara atau apa? Jika diamati, AF bukanlah pertandingan tentang siapa yang paling versatile atau suara siapa yang paling lunak. Jika adalah satu rancangan di mana 12 anak muda diberikan satu challenge dan bagaimana anak-anak muda ini menghadapi challenge tersebut, seterusnya bagaimana mereka deal with every challenge.

Yang membezakan AF dan Fear Factors, ExploreRace, Survivors dan lain-lain adalah medium challenge nya sahaja. Di AF, hiburan atau nyanyian di jadikan challenge, bukannya kekuatan fizikal. Kita khilaf, jika kita merujuk kepada versatility seseorang pelajar, kerana jarang sekali kita akan dapat seseorang penyanyi yang sebegitu di Malaysia mahupun di dunia ini. Jika ada sekali pun, bilangannya amat sedikit sekali. Kita tidak mahu penyanyi kita menjadi Jack of all, but master of none.Oleh itu adakah kepandaian mereka dalam sesuatu bidang? Jika itu, maka pelajar-pelajar ini tidaklah bertanding atas same level playing field, kerana ada diantara mereka bekas pelajar seni persembahan IPTA dan IPTS. Sudah pasti ada antara mereka yang akan lebih pandai dari yang lain. Dan jika, hanya kebolehan menyanyi jadi ukuran, maka bagaimana pula mereka yang sudah lama menyanyi di kelab dan sebagainya?

Oleh itu yang harus kita saksikan adalah bagaimana mereka ini, yakni pelajar-pelajar dengan tunjuk ajar pengajar menghadapi setiap challenge yang diberikan pada mereka setiap minggu dan bagaiman mereka deliver each challeng Persoalannya, apakah yang harus kita saksikan sebagai sandaran untuk mengundi mereka. Adakah final delivery atau end product atau delivery process and attitude.Jika kita berpeluang menonton rancangan La Academia, apa yang sebenarnya dicari adalah sikap atau attitude seseorang pelajar, dan bagaimana dia menggunakan apa yang dipelajari dan kebolehan mengaplikasikan pengetahuan mereka didalam satu keadaan yang tertekan. Dalam lain perkataan, bagaimana dia survive the pressure and handling the delivery process.Ingat ini adalah satu process pembelajaran!Apabila pelajar itu berada diluar, survival inilah yang perlu ada pada mereka, sebagai aset yang paling penting, disamping kebolehan seni mereka.

Kita tertanya-tanya, kenapa ramai penyanyi yang mempunyai suara lunak merdu, tidak dapat maju dan terkenal. Kita mesti mengaku yang sebenarnya, mereka ini tiada aura atau X factor yang dicari oleh peminat disamping winning attitude mereka. Contohnya KRU tidak punya vocal yang baik, tetapi punya attitude untuk berjaya, dan mereka membuktikannya. Jadi, adakah pengundi silap dalam pemilihan mereka? Atau kita sendiri, termasuk pengkritik professional yang kurang arif tentang apa sebenarnya motif rancangan ini. Apakah sebenarnya penentu kepada peratusan undi, atau apakah sebenarnya merit yang difahami oleh penonton dirumah.

Oleh itu jangan salahkan penonton dirumah yang mengundi, kerana mereka faham motif AF, tetapi salahkan mereka yang masih bingung tentang idea sebenar La Academia.

4 comments:

RosmanPositivo said...

a gud start. keep up! gud luck.

sikapitan said...

Well...I do agree and in fact I've always believed that AF is not merely a singing competition.

It's just that I guess the question now is how did Mawi achieved his near cult-like status even before he was featured in the daily Diaries? (based on your contention that we vote on them based on their daily acts and attitude).He shot right up to first place even before lifting a finger.

So I guess there must be more than just the Diaries for people to judge. But what is it? Can it be pinpointed? The only way to explain it is sentiment...and sentiment is what I think they're (Astro and the music industry in general..) trying to contain.

I like the way you put in your thoughts as eloquent as you did.I'm just adding more things for you to ponder upon...Cheers!

btw,I'm a neutral observer who operates his own blog http://fantasiaakademi.blogspot.com

Do drop by:)

v4Marsha
wasalam

Bibiran said...

I think AF is now more of a mix between American Idol, The Apprentice and Americas Next Top Model. It is compulsory to have the right package and attitude besides being able to sing ofcourse.

I think the Mawi phenomenon is more about the connection he made deep in the heart of viewers. Before he came into the Akademi, we were presented on his background situation. I think that bit alone made everyone instantly connected to his not so easy livestyle.

Each one of us has or knows a friend/relative who is in someways sharing his humble life. And deep inside, we will always have that wish to help others as much as we can. So from this sentiment alone, and with his background activities as a qari, it made a valid sense to our heart & mind to support his cause to better his familys' wellbeing.

I know that might sounded more of a pity vote but infact it is not. There is surely who enjoys his humourous antics and his vocals. Its just something else which I can really find the words for it.

Well thats what I thought anyway, sorry if it didnt make any sense. I like your writings and so I would definately have your link on my blog.

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read duck jerky in the oven Create+business+cards cartoon sex side effects of wellbutrin North shore ma womens fitness christian financial planning domain popup blocker online baccarat Active manuka honey acne Light covers and lens for import automobile Auto pawn title loans