Monday, July 25, 2005

AF Lagi... Teknikal Vs Kreativiti

Saya teringat kepada kata-kata rakan sekuliah saya apabila saya menanyakan apakah rancangan beliau selepas tamat ijazahnya. Dia berkata yang bapanya meminta dia pulang untuk menguruskan perniagaan keluarga. Lalu dia bertanya kepada saya apakah rancangan saya, saya berkata yang saya berharap untuk enroll dalam program MBA.

Dia mencelah lalu berkata, ‘my dad never believe in MBA’. Saya terus terdiam, kerana saya kenal bapanya, beliau adalah seorang ahli perniagaan yang amat berjaya. Saya terasa hati dengan jawapan itu, dan terus menukar topic perbualan kami kepada perkara lain.

Sesudah graduasi, beliau pulang ke Malaysia, dan saya memenuhi impian saya untuk meneruskan pelajaran saya.

Setahun setengah selepas itu, saya pulang ke tanahair dan bekerja dengan sebuah bank terkemuka, kemudian berpindah pula ke sebuah syarikat korporat yang lain.

Lebih kurang 8 tahun selepas itu, saya telah di short-listed untuk proses kenaikan pangkat ke pengurus kanan. Walau bagaimanapun, saya telah tidak dipilih, sebaliknya seorang pengurus lain telah dinaikkan pangkat. Saya berasa tidak berpuas hati lalu menemui Pengurus Besar dan bertanya apakah kesipalan saya. Saya ada MBA dan bertahun pengalaman pengurusan, walhal, pengurus yang terpilih adalah pengurus dari ‘rank and file’.

Jawapan boss saya adalah, ‘You are a good manager, but you lack the business flair and the business soul’.

Saya terdiam dan memikirkan, apakah maksud jawapan itu. Setahun selepas itu, saya meletakkan jawatan dari dunia korporat dan menceburkan diri dalam perniagaan, usaha pertama saya gagal, dan saya kerugian besar.

Saya cuba semula untuk membangunkan perniagaan saya, dan satu hari saya telah berjumpa rakan baik saya tadi yang kini adalah orang kanan bapanya.

Saya bercerita tentang kegagalan perniagaan saya kepada bapa teman saya tadi. Setelah mendengar kisah saya, dia berkata, ‘In whatever we do, we must listen to our gut feelings and put our soul to it, we must sometimes forget on technicalities because, if we being too technical we tend to loose our creativity. And don’t forget that we must be sincere in whatever we do’.

Saya tersedar dan mula faham apa yang dikatakan oleh bapa teman saya, dan saya kaitkan nasihat ini dengan jawapan boss saya semasa saya bekerja dahulu. Kini saya faham yang sebagai seorang ahli dalam bidang pengurusan, saya hilang dalam situasi yang saya namakan ‘paralysis by analysis’ yang bermaksud, ada masanya kita hilang pedoman disebabkan oleh terlampau banyak analisa2 teknikal yang menghadkan creativity dan soul kita dalam membuat sesuatu perkara.

Apa hubungan kait ini dalam bidang hiburan secara amnya dan AF3 khasnya? Cuba kita lihat pada komen2 yang diberikan oleh Yasmin dan Syafinaz. Apakah perbezaan diantara kritikan2 itu.

Kritikan yang pertama, adalah dari seorang yang amat berjaya didalam bidangnya, pembikin filem yang creative, manakala seorang lagi adalah ahli teknikal bidang hiburan, yang pencapaiannya adalah ….

Jika kita terlampau terikat dengan perkara2 teknikal, maka kita akan jadi tidak creative dan pergerakan kita akan seperti tidak natural, kerana soul tidak ada didalam persembahan. Nasihat2 seperti jangan ketuk mic dengan jari dan sebagainya, bagi saya adalah terlampau teknikal dan basic.

Kalau kita perhatikan, Misha Omar, memang menyanyi dengan mengetuk jari di mic, beliau tetap berjaya…..

Amylea saya boleh katakan seorang penyanyi yang versatile, tetapi apakah kekurangan beliau, kerana tidak dapat menghambat Felix dan Mawi, nyanyian dan suara Amylea sedap, teknik bagus… tetapi masih dibelakang mereka yang ramai orang katakan sederhana….Begitu juga Idayu, anak murid Syafinaz. Dimana silapnya sehingga tidak mendapat undian dan kepercayaan peminat?

Memetik kata2 Yasmin, sincerity and soul penyampai atau penyanyi… itu adalah perkara yang dicari oleh peminat.

Saya tidak berkata yang teknikal tidak penting, ia penting sebagai asas tetapi, don’t overdo it.

Ada ramai penyanyi yang mempunyai suara yang lunak dan teknik2 yang baik, tetapi masih ramai yang tidak dapat menyampaikan nyanyian mereka dengan penghayatan (soul) and sincerity.

Maka janganlah kita sekatkan diri kita dengan perkara2 yang teknikal dan basic yang boleh menyekatkan creativity kita dalam apa bidang pun yang kita ceburi, moga jangan terperangkap dalam keadaan ‘paralysis by analysis’.

17 comments:

Anonymous said...

Dear Point-of-view, I wont comment on the mba thing or the business view of your friend`s papa although i dont agree with what was said by your pengurus besar or your friend`s papa. I am more interested in the af thing that you said.
Both yasmin and shafinaz came from 2 different world, of course they will say different things.I dont think i will agree with your statement that yasmin is someone succesful in her bidang perfileman. she wasnt that well known be4 sepet.I think you are trying to insuniate that shafinaz is a nobody in the singing world. She definitely has a good credential.I dont think it is fair for you to underestimate her competentcy just because she did comment on the finger tapping thing, thats the least of our concern.
As for amylea`s number of votes, well, dont fault her prowess or ability. Takkan you dont realised by now bahawa Af is not about talent anymore but other things!
One last point that i want to emphasis iaitu, a singer will only make it if lagu-lagu yang dia dapat adalah lagu bagus/sedap/etc. A superb singer yang berjiwa ke or berability technical ke or having both attributes, kalau dapat lousy songs all the times for her/his new albums, will never last long.A nobody (of course talent mesti ada), given a good song, will break the scene easily and will remain in the scene for a long time as long as he/she continues to get good songs.

The Way I See It said...
This comment has been removed by a blog administrator.
The Way I See It said...

Dear Guracus,

I appreacite your view on life as you may see it.

I am only sharing my experience with the readers.

For your info, I am not an ardent fan of AF nor any other realities program, I am writing due to my concern of how we see things.

As for the tapping her fingers comments, that was only an example of how we tend to see petty things in life. I am not trying to insuniate anybody nor look down at Syafinaz, I was more of stressing a point and comparing between two perspective of how we see life.

I always believe that we need to appreciate other people views and seek to understood and be understood.

Your information Yasmin was quite well known activist even before Sepet.

Cheers.

Anonymous said...

Agreed with Point Of View. As for Yasmin, she indeed was quite well known even before Sepet, especially for the Petronas adverts she directed.

Anonymous said...

art is all about passion. there are basics, but passion defines and supersedes the basics most of the time. you will see passion in say Felix and Mawi more than any other students because they see the fire within. people connect to their whims and fancies, and feel authenticity and intimicay of experience. passion feeds the thing about charisma, or the x-factor, or the magic. that's it, nothing else.

Anonymous said...

I have been reading your blog for the past 2 weeks. I did not want to comment about your current post.

But just want to CONGRATULATE you. After what being said about this blog, you managed to keep your cool without "menyumpah seranah".

Keep up the good work

Taufiq Yves said...

"Saya tidak berkata yang teknikal tidak penting, ia penting sebagai asas tetapi, don’t overdo it."

Setuju. Sama seperti penulis blog, ada orang berkelulusan cukup tinggi dalam bidang penulisan dan mengaplikasikan kesemua kemahiran teknikal yang ada di dalam penulisan beliau. Pening kepala dibuatnya. Saya mula bertanya, beliau ingin show off kemahiran atau ingin menarik minat orang membaca?

Ada orang menggunakan pendekatan yang mesra dan beliau diterima dengan baik. Jadi keperluan untuk meningkatkan kebolehan berbahasa, berfikir dan menganalisa semakin dilupakan. Blog terus popular penulisan masih di takuk lama.

Saya berharap ada yang terasa dengan kenyataan saya, dan cuba seimbangkan kemahiran teknikal dan pendekatan untuk memenuhi permintaan.

Anonymous said...

Dear Point of view,
I read your views at Mawifc website. Someone posted the views at the discussion board. I really like the way you see things... you are very critical... I want to know more about you... Keep on writing and I will be a regular visitor of you blog... thanks for the ideas.. I really appreciate it!

Anonymous said...

eh was it yr letter in utusan supporting MAwi Af3 signed as pengundi senyap or something like that. that quote *paralysis by analysis* made me think so. ye ke?

Anonymous said...

also the bit abt 35 yr old professional...if its you, congrats, both the letter and this blog have refreshing points.

The Way I See It said...

Dear yg jauh,

TQ for your observation, but it wasn't me who wrote to Utusan.

Anyway, glad you like this blog.

Socializer said...

Maman, take a look at this issue...

http://www.mawifc.com/discuss/discuss_view.asp?starts=0&pages=1&id=2836

I'd like to hear your take on it.

The Way I See It said...

oohhh.... its too hot to handle... hehehhee... I will post a comment on the issue soon.... panas...panas..panas...

Socializer said...

oh my i think the topic is deleted already! No worries though, I have the page still open on my work pc! *phew*

So if you want the whole text, drop me an email at dahdemam@gmail.com

Socializer said...

Here is something that just made me laugh!

"kalau la betul ASTRO nak wat hal mcm tu beranilah buat. Nak tgok stadium kena bom dgn pejuang berani mati.mybe osama n the gang pun sokong mawi tu!tgok aje aper yg jadi kat negara2 luar..."

As usual you know where this comes from *hehe*

Anonymous said...

good point. appreciated it.

thank you.

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Tote bet small business web site design Lexapro and topamax interaction Lg cell phone covers Debt management counciling painting appliances Banning adipex from online ordering Cheap air flights cheap discount airline coyhaique Harlow's kitchen concepts internet software