Thursday, August 19, 2010

Masa Depan Islam Melayu Di Malaya

Amarah yang meluap-luap apabila gagal dikawal akan menyebabkab amuk. Amuk akan mengakibatkan kacau bilau apabila amuk bercampur amuk yang ramai. Apakah 13 Mei 1969 akan terus menghantui Malaysia?

Persoalannya adakah benar orang Melayu/ Islam sekarang lebih moderate dan tolerance apabila agama dan bangsa mereka terus diperlekeh, apabila mufti mereka terus di perkecilkan oleh orang bukan Islam? Jika benar mereka lebih tolerance, sampai bila?

Bila masa orang bukan Islam semakin galak dan gedik ingin mengambil hak istimewa orang Islam/ Melayu apakah akan tiada amuk, akan sampai bila mereka akan bersabar?

Inilah persoalan yan meniti di fikiran setiap orang Melayu sekarang. Sokong UMNO, mereka ini penuh dengan penyamun dan penyangak! sokong PKR dan PAS, mereka ini akan menjual bangsa dan agama!

Kemana arah tujuan politik Melayu? Mereka semakin amarah, amarah dengan pemimpin politik mereka. Laksana, akan keluar lah kenyataan sumbang dari mulut orang yang marah.

Nak diharapkan Perdana Menteri UMNO, dia pula lembik dan lengan penuh dengan kudis skandal! malah dikatakan pula takut bini.

Siapa yang melindungi orang Melayu? Perkasa dan Ibrahim Ali?

Orang Melayu berada di persimpangan. Jika tidak menyokong UMNO, maka akan lenyaplah kuasa politik melayu, tetapi UMNO penuh dengan penyangak! Pemimpin UMNO masih khayal dengan kuasa dan projek.

Tetapi tak sanggup pula menjual bangsa dengan mengundi PR yang terus di terajui DAP yang terkenal dengan sifat anti Melayu mereka. Anwar Ibrahim hanyalah boneka DAP. Mereka tahu Anwar khayal dengan keinginan kuat nak jadi PM.

Kemana arah kita? Dalam keadaan lain, MCA dan DAP mahu bersatu, mengumpul kekuatan politik cina untuk berkuasa dan memegang tampuk politik negara. Orang Melayu lemah dalam ekonomi, sekarang hilang pula kuasa politik.

Dalam gagasan impian DAP yang berpandukan ideologi PAP Singapura, agenda utama mereka ialah menyingkirkan orang Melayu!

Mungkin apa yang difikirkan oleh Mufti Perak ada benarnya. Perlembagaan akan berubah apabila PR yang didokong DAP, MCA dan PKR akan menukar landscape politik negara.

Maka akan terbenamlah Malaysia, dan bangunlah sebuah negara baru Republik Cinaraya, sebuah negara yang lahir dari perpecahan orang-orang Melayu sendiri.

No comments: