Friday, March 12, 2010

Ketua AMK PKR Tak Boleh Di Kritik?

Saya cuma nak pesan pada Shamsul, Ketua AMK PKR supaya lebih berani menerima kritikan didalam blog beliau.

Saya sudah cuba beberapa kali meninggalkan komen saya terhadap posting beliau didalam blog tetapi hairan kerana tidak lulus tapisan.

Yag diluluskan hanyalah komen-komen yang memuji dan menyokong posting tersebut!!

Aneh, jika begini lah sifat Shamsul, maka saya rasa ini merugikan PKR sebagai sebuah parti yang berwibawa.

Inilah yang di katakan oleh mantan pemimpin-pemimpin PKR, yang PKR dan PR hanyalah syok sendiri.

Sifat khayal dengan pujian yang diterima daripada pembaca-pembaca blog (yang lumrahnya adalah mereka yang bilangan kecil bersifat rotational dikalangan pembaca yang sama).

Apakah PKR akan hanyut dengan mimpi indah dan terus dengan penyakit SS (Syok Sendiri)?

Maka benarlah PKR akan terus jadi 'anjing tambatan' DAP.

No comments: