Saturday, January 09, 2010

Isu Kalimah Allah dan Serangan Ke atas Gereja

Aneh, kenapa Herald nak sangat gunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

Dan kenapa pula semua masalah ditujukan kepada UMNO, seolah-olah tak ada puak lain yang boleh melakukan perkara-perkara yang jahat dan zalim?

Apakah mereka tidak peka yang menyalahkan UMNO dan BN akan hanya membuatkan orang-orang Melayu Islam diluar sana akan menghargai dan bersimpati sebagai satu usaha murni UMNO untuk menegakkan Islam di Malaysia?

Apakah semua orang Melayu Islam menyokong PKR, DAP dan lain-lain parti dalam PR seolah-olah PKR, PAS dan DAP esok dah nak ke Putrajaya untuk memerintah? Apakah terlalu konfiden dan yakin yang undi orang-orang Melayu Islam akan tidak berubah selepas segala apa yang berlaku kebelakangan ini?

Bila kita bercakap tentang UMNO yang lemah, apakah jelas benar UMNO sudah lemah? Apakah buta mata kita bila mana di Perak sahaja UMNO masih menguasai 28 kerusi DUN yang majoritinya orang-orang Melayu.

Apakah kita lupa di Terengganu sekalipun PAS dikitai teruk oleh UMNO, walhal itu adalah pernah menjadi kubu kuat PAS?

Lupakah kita bahwa secara kasarnya yang gagal adalah MCA, Gerakan dan MIC, waima, UMNO masih menguasai kebanyakan kuasa politik orang-orang Melayu?

Bila masa Melayu Islam kelihatan seperti di tekan oleh pelbagai tuntutan yang tak munasabah hinggakan Raja-raja Melayu di kotak-katik, apakah kita mengharapkan orang-orang Melayu akan terus ketawa dan senyum.

Apakah bila masa orang Melayu bercakap tentang hak mereka seperti yang termaktub dalam pelembagaan, orang Malayu dilabel sebagai racist dan extremis, akan tetapi pabila mereka yang bukan Melayu mempersoalkan beberapa perkara dan hak Melayu disanjung sebagai pendekar hak asasi?

Apakah ini adalah tanda yang orang Melayu Islam sudah penat dan lelah, dan mereka memberikan amaran, sudah-sudahlah kepada kaum lain supaya menghormati mereka sebagai orang Melayu Islam?

Apakah pemimpin PR masih bermimpi yang kita akan dapat undi esok pagi ke Putrajaya?

Rasanya kemenangan telah membutakan pemimpin alternatif yang kita harapkan!

3 comments:

Anonymous said...

Mereka hendak menggunakan nama Allah, itu hak mereka!

Pokoknya kits diseru kembali kepada Al quran dan Hadits jika berlaku sebarang pertelingkahan tentang isu-isu membabitkan orang Islam.

Dan dalam Al Quran surah Al Ankabut ayat 63, secara jelas membenarkan orang bukan Islam menggunakan Nama Allah. Membenarkan! Malah kita disuruh mengucapkan syukur Alhamdulillah! Sewajarnya begitulah sebab memang Allahlah tuhan sekalian alam. Mereka mengakui itu dan sepatutnya kita berasa gembira kerananya.

Soal mereka akan menyalahgunakan nama Allah dalam domain mereka itu, bukan kuasa kita untuk menghalang dan masuk campur.Kecualilah mereka menghina nama Allah dengan meletakkan nama itu di berhala-berhala, dijadikan aset jualbeli dan sebagainya. Itu kita pasti tentang.

Apa yang perlu kita umat Islam lakukan ialah berdakwah, memberi pemahaman bahawasanya Allah ialah seperti yang dimanifestasikan oleh Al Quran, itu sahajalah ikhitiar kita. Selebihnya adalah urusan Allah SWT samada hendak memberi mereka hidayah atau sebaliknya.

Wallahualam.

Anonymous said...

Apa kata kita bawa bom ke dalam Greja semasa sembahyang dan letupkan diri kita. Macaman? setuju tak?

Anonymous said...

bomb mereka? you go first lah!