Saturday, July 25, 2009

Selepas Manek Urai: Kejatuhan Ketuanan Melayu dan Bangunnya Ketuanan Cina Di Malaysia

Saya bersetuju dengan Tun Mahathir yang menyatakan sekarang adalah zaman nya kebangkitan Ketuanan Pakatan Rakyat a.k.a Ketuanan Cina di Malaysia.

Kita orang Melayu akan hilang peluang untuk bersama-sama bersaing dengan pedagang-pedagang cina yang telah sedia ada menerajui ekonomi Malaysia. Apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang awal kemerdekaan nampaknya akan terkubur bersama liberasi global dan bertambahnya kuasa politik kaum cina yang semakin kuat dengan sokongan PKR dan PAS.

Apa saja yang dilakukan oleh orang Melayu pada keseluruhanya adalah berbentuk perkauman manakala pejuang-pejuang chauvinis cina pula dilihat sebagai pejuang keadilan sejagat.

Dimana salahnya? Saya meletakkan tanggungjawab ini kepada sebilangan pemimpin UMNO yang menyalah-gunakan kuasa pimpinan mereka.

Salah laku yang terangan gagal dibicarakan dan dihakimi telah menyebabkan kemarahan memuncak orang Melayu sendiri!

Mereka menolak kepimpinan UMNO kerana salah guna kuasa yang beleluasa!

Kini serentak dengan kebangkitan kuasa politik orang cina disamping kuasa ekonomi yang sedia ada, kemanakah arah tuju orang-orang Melayu?

Salah laku ahli politik DAP di Selangor, kurangnya adab DAP di Perak masih gagal menyedarkan orang-orang Melayu tentang apakah nasib mereka selepas PRU 13 nanti.

Yang kita risaukan adakah selepas keluarnya airmata darah bila pelbagai undang-undang dan peruntukan perlembagaan dipinda untuk mengeluarkan keistimewaan orang-orang Melayu baru kita nak tergadah?

Kita telah melihat tuntutan pelik seperti cadangan penukaran nama-nama Tanah Melayu kepada Bumi Maalysia, Keretapi Tanah Melayu ke Keretapi Malaysia dan bermacam-macam lagi tuntutan aneh tentang keistimewaan Raja-Raja Melayu.

Aneh, tetapi itulah yang sedang berlaku sekarang. UMNO semakin jauh hanyut dengam sistem feudal totok mereka, nasib orang Melayu diperjudikan!

Bilakah pemimpin Melayu akan sedar? sampai bila sanggup menjual agama dan bangsa untuk memerintah?

1 comment:

Anonymous said...

Haha, fat pig seem you are lack of confident to live in Malaysia lah....balik to Yuanan of Chinese tempat asal orang Melayu.....