Wednesday, August 26, 2009

Nizar - Zambry, UMNO dan PAS - Permatang Pasir

  1. PAS menang DUN Permatang Pasir, ini adalah status quo- tetapi dengan majoriti yang berkurangan.
  2. Adakah UMNO telah buat 'in-road' di kawasan yang secara tradisinya adalah kawasan selamat PAS yang juga berada didalam kawasan penyokong totok Dato Seri Anwar Ibrahim?
  3. Kita berfikir apakah ini isyarat kepada pemimpin PR yang gelombang semakin reda dan dalam masa 3 tahun semakin banyak orang-orang Melayu akan kembali ke UMNO?
  4. Dalam kes SPRM, nampaknya ada cubaan pengalihan perhatian daripada isu sebenar. Yang disiasat adalah ADUN DAP, tetapi nampaknya DAP yang offensive keatas SPRM. Apakah Teoh Beng Hock membunuh diri kerana mahu menyenbunyikan sesuatu sehingga sanggup kamikaze demi kelangsungan perjuangan chauvinis DAP?
  5. Teori Teoh Beng Hock dibunuh oleh SPRM cuba digemburkan oleh peguam-peguam inkues yang rata-ratanya anggota ADUN DAP juga.
  6. Aneh, tetapi itulah senario politik, nampaknya selepas menguasai ekonomi, mahukan kuasa politik juga.

No comments: