Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai: Antara Kebangkitan UMNO Dan Protes Dalam PAS

Pengarah pilihanraya PAS berkata beberapa hari sebelum pilihanraya kecil ini yang PAS akan menang dengan lebih 2000 majoriti. Malam semalam, bila keputusan rasmi diumumkan PAS menang juga tetapi bukan dengan 2000 majoriti malah bukan juga 200 tetapi cum 65!

Dimanakah silapnya perhitungan pengarah pilihanraya PAS. Adakah kerana protes ahli dan penyokong PAS sendiri kerana isu kerajaan perpaduan di tambah pula oleh isu dominan DAP dan PKR keatas PAS yang dilihat ramai orang merugikan perjuangan asal parti Islam ini?

Atau adakah kerana memang ada kebangkitan umat Melayu yang kembali menyokong UMNO setelah melihat UMNO dalam proses pembersihan dan penyucian matlamat parti nasionalis itu.

Macam-macam rumusan dan andaian diketengahkan. Tetapi yang paling pasti adalah setelah Manek Urai, mungkin PR tidak lagi berani mahu mengadakan pilihanraya kecil dengan sewenang-wenangnya, kerana 'comfort zone' mereka agak terjejas, natijah dari keputusan PRK Manek Urai ini.

Perlu kita ingat, Manek Urai adalah kubu kuat PAS. Jika dikubu kuat mereka sendiri mereka hanya menang tipis, bagaimana pula di tempat lain. Inilah persoalan yang harus pimpinan PAS cari dan fikirkan.

Apa yang terjadi di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dimana percakaran terbuka antara pemimpin PR menampakkan yang mereka masih belum boleh serasi sebagai satu pasukan. Ini agak menyedihkan, ditambah dengan kegagalan PR memberikan satu nama yang pasti dalam kabinet bayangan ( mereka hanya memberikan JK sahaja).

Ini menunjukkan yang banyak lagi isu-isu sensitif yang tidak dapat atau belum di selesaikan dalam perjuangan PR ke Putrajaya.

Jika PR kalah teruk di PU 13 nanti, kita minta pimpinan PR janganlah menunding ke kerajaan BN dan SPR, tetapi lihatlah masalah dalaman mereka sendiri!

1 comment:

Anonymous said...

Penyokong Pas tetap undi Pas. Jika mereka tak setuju pun mereka tidak mengundi. Cuma Pas tidak berjaya meyakinkan pengundi Islam atas pagar bahawa parti bulan itu bukan budah suruhan DAP dlm PR.