Hari ni adalah hari pilihanraya 2 bukit dan 1 batang.
Di Bukit Gantang, Perak, PAS mengaku yang mereka amat mengharapkan agar pengundi Cina dapat membantu mereka untuk mengekalkan kerusi parlimen yang mereka menangi pada PRU 12 yang lalu.
PAS tahu yang undi orang-orang Melayu akan berpihak kepada UMNO/ BN kerana dikalangan orang Melayu Perak, Nizar adalah boneka kepada DAP. Itulah persepsi orang-orang Melayu di Perak, termasuklah segelintir penyokong PAS sendiri.
Kita harus ingat yang di kedua-kedua kerusi, Bukit Gantang dan Selambau, penyandang adalah dari parti yang mewakili Pakatan Rakyat.
Kekalahan bermakna sudah ada reda sokongan dari rakyat terhadap PR, dan BN/ UMNO sudah boleh menarik nafas lega. Tetapi jika UMNO/ BN kalah, Dato Seri Najib kena pastikan yang perubahan yang dijanjikan semestinya di kotakan.
Akan tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah the after effect dari PRK ini.
Jika PAS gagal menarik ramai pengundi Melayu untuk memihak pada mereka, maka PAS akan lenyap dan lebih merundum pada masa yang PRU 13 yang akan datang. Orang-orang Melayu di akan lari dari perjuangan PAS, kerana baagi mereka, PAS hanyalah sebuah parti Islam yang terlalu menurut kehendak DAP.
Yang pasti akan kerugian ialah orang-orang Melayu sendiri, yang tak sudah-sudah terlalu sibuk dengan politik yang membuatkan mereka leka, tanpa menyedari mereka akan terhakis pengaruh politik mereka, hatta orang Melayu itu sendiri sudah tidak punya pengaruh dalam sektor ekonomi.
Dimana kah arah tuju yang kita mahukan.
Akan masih adakah lagi MARA pada masa yang akan datang memberikan peluang-peluang biasiswa dan pinjaman perniagaan?
Apakah kita sudah bersedia untuk 'same level playing field?'.
Tuesday, April 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment