Percaya tak percaya, itulah nampaknya suara-suara yang kedengaran waktu ini.
Nampaknya sudah menjadi satu lumrah bagi masyarakat Malaysia untuk memartabatkan orang-orang yang popular untuk menjadi pemimpin mereka!!
Tidak kiralah jika mereka itu ada kompetensi atau kebolehan juga satu daya kepimpinan, yang penting mereka itu popular dan pernah melawan mereka atau mereka yang melawan arus seperti yang pernah Nizar dan Raja Petra lakukan. Salah atau tidak, benar atau jahil, bukan lagi jadi perkara yang penting, tetapi yang penting apakah seorang itu pernah melawan dan menongkah arus...
Aneh, apakah mereka tidak sedar yang Nizar pun sebenarnya bukan lah pilihan pertama? Yang jadi pilihan pertama adalah Ngoh dan Ngeh, sepupu DAP yang amat terkenal dikalangan orang Melayu kampung di Perak!!
Nizar dipilih sebagai jalan tengah, kerana PKR tak ada calon yang sesuai, dan DAP tak ada calon Melayu..
Aneh, aneh, persoalannya adakah kita mahu menunggu sehingga kecederaan politik Perak jadi terlampau serius maka baru kita nak panggil ambulan?
Friday, March 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment