Sunday, March 01, 2009

Hala Tuju Politik Melayu Malaysa

Saya masih tidak pasti apakah wujud masa depan di dalam politik hala tuju orang-orang Melayu di Malaysia.

Didalam menangani serangan-serangan terhadap kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Raja-raja mereka, apakah strategi yang terbaik bagi memastikan pengaruh politik Melayu terus kekal. Walhal, semua dari kita maklum yang orang-orang Melayu amatlah ketinggalan dalam sektor ekonomi secara keseluruhan, bagaimana keadaan kita selepas kehilangan kuasa dan pengaruh politik?

Ini adalah satu situasi yang amat menyedihkan!! Bila mana kemarahan orang-orang melayu kepada UMNO dalam isu-isu kronisma, nepotisma dan korupsi, membuatkan orang-orang Melayu bertindak seolah-olah mahu terus membakar kelambu, tanpa mengenangkan apakah yang akan terjadi tanpa memegang pengaruh politik, lantas memangnya orang Melayu tidak langsung punya pengaruh dan kuasa ekonomi.

Yang menghairankan kita ialah apabila kita tanya kepada mereka-mereka ini, yang sanggup mati kerana marahkan UMNO, apakah mereka sanggup kehilangan pengaruh politik dan hak istimewa mereka, hatta mereka bingkas pula bangun menafikan.

Sampai bila kah toleransi orang-orang PAS terhadap bangkangan DAP terhadap Hudud? Apakah yang akan terjadi nanti? Apakah tujuan menjatuhkan kerajaan dominasi UMNO menghalalkan cara mereka, dan bersengkokol dengan mereka yang terang-terangan menjuangkan konsep 'Malaysia Malaysian' yang berteraskan sebuah republik sama seperti Singapura?

Apakah tergamak DS Anwar Ibrahim melihat semua ini terjadi hanya kerana ingin memenuhi cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri? Apakah nanti akan berlaku Raja-raja akan dihantar dalam buangan dalam sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan Inggeris?

Jika semua ini berlaku, maka sesialah usaha menolak Malayan Union 60 tahun yang lalu!! Sesialah perjuangan Dato Onn Bin Jaafar dan seluruh kerabat penentang penjajahan dari zaman Boestaman lagi...

Inilah akibatnya jika UMNO terus lena dan gagal ...

Orang Melayu akan kerugian didalam setiap keadaan...

Menangislah pejuang-pejuang Melayu di dalam rehat mereka di alam kubur, bilamana melihat apa yang sedang terjadi...

Orang-orang Melayu menjadi bakal abdi di tanah sendiri...

Inilah realiti ...

1 comment:

Anonymous said...

50 thn UMNO gagal memperkaya kan Melayu. Masih ujud miskin tegar. Halatuju Islam dlm UMNO kabur. Mendaulatkan Bahasa Mealayu kabur. UMNO gagal sebenarnya. UMNO elit meminggirkan orang kampung, UMNO elit antar anak luar ngeri pun jadi kepit betina mcm bapak dan mak dia. meka yg sokong DAP dat bandar dapat sepenuh kemudahan. Orang kg. yg sokong parti diberi susidi berok dan gigi palsu. Saham terbitan syarikat dan ASB hanya utk org UMNO. Lingkup melayu. Orang melayu nak komen kerajaan dah fobia takut, hanya pakai anony saja. Pemerintah galakkan maksiat anak muda terdorong. Ikan kalau busuk, busuknya kepala dulu, pepatah cina.