Sunday, September 07, 2008

ORANG MELAYU AKAN HILANG SEGALA NYA?

Tanggal 16 September dah dekat. Berasa dubdak.. dubdak didalam dada.. adakah akan berlaku peralihan kuasa? Walaupun sebenarnya saya merasakan yang ia tidak akan berlaku dan hanyalah gendang perang saraf PKR...

Tetapi kebelakangan ini banyak persoalan yang timbul dikalangan masyarakat Melayu...

Antara persoalan yang paling ketara ialah:
  1. Adakah akan hilang peruntukan artikel 153 dari perlembagaan Malaysia tentang hak istimewa orang Melayu? Ini pasti tidak mungkin kerana untuk meminda perlembagaan mesti ada 2/3 majoriti, dan dalam isu 153 mesti mendapat kelulusan Raja-raja Melayu...
  2. Adakah pengaruh budaya Melayu di dalam kebudayaan Malaysia akan digantikan dengan budaya lain? Saya kurang pasti apakah yang dikatakan budaya Malaysia...
  3. Apakah akan berlaku perubahan besar-besaran yang akan membawa sosio budaya Malaysia persis apa yang terjadi di Singapura? Saya kurang pasti...
  4. Akan hilangkah pengaruh politik Melayu, yang selama ini menjadi teras, dan adakah Melayu bersedia untuk hilang pengaruh politik yang menjadi benteng terakhir orang Melayu selepas tidak mampu untuk bersaing didalam bidang ekonomi yang rata-rata di kawal dan monopoli oleh bangsa lain? MARA akan hilang kuasa mandatnya, ramai anak Melayu yang rata-rata kurang mampu tidak akan berjaya sampai ke Ivy League dan ramai jugalah usahawan-usahwan yang baru nak bertatih akan jatuh tersembam...
  5. Apakah orang-orang Melayu Malaysia akan jadi seperti masyarakat pribumi di Indonesia, yang sering berungkap ' Jangan khuatir, Malaysia Orang Melayu Punya, Tapi Wang dan Politiknya Biar Kami Yang Jaga'.
Persoalan yang paling menarik ialah apakah keputusan-keputusan rakyat Melayu pada ketika ini benar-benar disebabkan oleh 'keinginan untuk merubah struktur politik', atau hanyalah satu bentuk protes yang tak ada sudahnya pada kerakusan dan kedegilan UMNO dan BN?

Sudah pastilah perkara ini jika ditanya di ruang-ruang media alternatif seperti Malaysiakini akan terus dijawab dengan jawaban-jawaban yang berbagai-bagai, akan tetapi rasanya biarlah masyarakat Melayu sendiri yang menjawab.

Hanya orang Melayu dan mereka sahaja yang boleh menjawab soalan ini.

Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

Nampak gayanya orang Melayu akan kehilangan segalanya.

Persekutuan Tanah Melayu akan jadi Persekutuan Tanah Babi.

Anonymous said...

Sebelum you letak Statement semaklah webpage ini juga
http://malaysia.net/node/993 to find out more about who come in 1st to Malaysia

Anonymous said...

hey, tak malu ke Malaysia orang melayu.....bodoh ni...semak lah sejarah siapa yang datang ke Malaysia dahulu lah adik.....