Sunday, July 06, 2008

TUNJUK BUNTUT DI KELANA JAYA!

Saya tertarik dengan laporan Malaysiakini tentang penyanyi kumpulan rock yang dihambat oleh peserta pehimpunan protes di Stadium Kelana Jaya kerana telah menunjukkan 'punggung' kearah penonton-penonton.

Khabarnya penonton-penonton telah menghambat penyanyi rock tersebut. Menurut Malaysiakini lagi, kumpulan rock tersebut terpaksa di iring keluar dari stadium untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Dalam perkembangan yang sama, Hisshamudin Rais telah memohon maaf diatas kejadian tersebut kerana mengakui telah membawa kumpulan rock tersebut ke acara 'protes' yang berlangsung di Kelana Jaya.

Bagi saya ini mungkin satu aksi satira yang cuba dibuat oleh kumpulan rock ini. Bagaimanapun, mungkin juga orang ramai mengangap satira yang cuba dibuat agak sedikit melampau!

Dalam perkembangan lain, khabarnya 700 anggota AMAL Pas telah menarik diri dari cara protes kerana membantah persembahan kumpulan rock tersebut! Tidak pula disebut dalam harakahdaily apakah sumber berita itu sahih atau tidak.

Nampaknya Malaysia penuh dengan satira-satira yang kontrovesi! Terfikir saya bilakah satira-satira ini akan berakhir dan rakyat boleh menjalankan kehidupan mereka dan pemimpin pula boleh berusaha untuk mentadbir negara dengan lebih berkesan.

Harapan saya janganlah ada lagi yang nak menunjukkan buntut mereka kearah orang ramai.

1 comment:

Anonymous said...

Wow.. so yesterday was a concert for bontot lovers ek? no wonder not so many people there..only hardcore!! wakakakakaka.. i heard the patron of bontot was there too at the concert?