Wednesday, July 23, 2008

BLOG PELACUR

Blog Pelacur? Hmm apa maksudnya?

Jika kita ada penulis lacur, maka nampaknya sudah ada penulis blog lacur. Dengan kegagalan BN untuk mengekalkan majoriti 2/3 pada pilihanraya yang lepas, makin banyaklah blog-blog yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Dilapurkan yang Malaysia adalah antara negara yang paling tinggi pertumbuhan blog di dunia.

Didalam pilihanraya yang lepas, telah dikenalpasti bahawa salah satu sebab kekalahan BN adalah kerana penangan maklumat-maklumat yang disampaikan oleh media-media internet dan blog adalah salah satu dari media internet yang telah dikenal pasti.

Adalah sesuatu yang menarik bila mana semakin ramai pembesar-pembesar UMNO kebelakangan ini telah mahu turut serta didalam penulisan blog, dengan harapan akan dapat menyampaikan mesej-mesej kepada pembaca dan peluncur internet.

Halaman-halaman media seperti Malaysiakini, Agendadaily dan Harakahdaily adalah antara media yang laris dengan jutaan klik sehari.

Tetapi yang menarik perhatian saya adalah kepada blog-blog lacur yang menjadi tunggangan ahli-ahli politik, tak kira BN ataupun PR.

Mereka sanggup menulis tanpa sebarang rasa bersalah semata-mata untuk menegakkan pemikiran politik mereka, tanpa kira had dan etika-etika kemanusian tentang perilaku jujur dan sopan santun.

Setengah pula sanggup di sponsor untuk menulis artikel-artikel lacur untuk menfitnah, memburuk dan membunuh karektor seseorang.

Kemana kah hala tuju media internet sekarang ini bila semakin ramai blogger yang melacurkan tulisan mereka untuk wang ringgit?

No comments: