Kebelakangan ini saya dapati banyak juga anjing-anjing salakan yang berbayar, mula menyalak tak tentu arah!
Samada anjing yang berbentuk individu, atau pun yang berbentuk akhbar web, masing-masing menyalak ke arah bukit, akur mengikut dan patuh pada arahan majikan yang yang membayar.
Betapa murahnya prinsip hidup seseorang, hingga boleh dibeli dengan wang ringgit.
Yang paling ketara ialah www.agendadaily.com, yang kebelakangan ini makin condong ke arah kerajaan BN. Apakah benar dakwaan bahawa laman web ini adalah suara proksi Datuk Norza?
Bagaimana pula dengan www.malaysiakini.com , yang juga makin ringan dan liberal pandangan politik mereka. Ini belum lagi laman-laman pro BN atau PR yang tumbuh bak cendawan dewasa ini.
Yang paling pasti adalah laman-laman web (yang berbayar dan menyundal kan diri mereka) ini sudah hilang kredibiliti mereka sebagai satu media alternatif.
Aneh, tapi ini lah politik ala Malaysia.
Thursday, May 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment