Monday, April 14, 2008

Perjumpaan Di Kelab Sulaiman Haram?

Saya terkejut bila mana Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan yang perjumpaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam nanti adalah satu perhimpunan haram.

Agaknya kita bole tulis petisyen kepada Ketua Polis Negara supaya Ketua Polis KL di tukarkan ke Pulau Pinang, sebab yang kita tahu kebelakangan ini banyak perhimpunan haram di sana semenjak BN kalah.

Iyalah sebab kata Ketua Polis KL dia bimbangkan keselamatan orang ramai. Yang kita tahu perjumpaan di Kampung Baru adalah didalam kawasan persendirian, walhal di Pulau Pinang tempuh hari nyata-nyata di khalayak ramai, kenapa tiada tangkapan yang di lakukan keatas pembesar-pembesar UMNO kelmarin?

Pihak polis sekarang ini berdepan dengan macam-macam krisis kepercayaan orang ramai. Kenyataan sebegini tidak akan menaikan imej polis di kacamata rakyat yang memang dah naik meluat dengan sistem pemerintahan Malaysia.

Hairan juga bila kita fikirkan, mungkin juga patut yang Pakatan Rakyat memerintah dalam beberapa bulan ni, sebab kita boleh buang 'all the bad hats' dalam perkhidmatan awam kita.

No comments: