Saturday, March 08, 2008

LAWAN TETAP LAWAN!

Semalam saya berada di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan saya kepada Barisan Rakyat. Dalam hujan lebat yang saya anggap sebagai rahmat kepada perjuangan untuk Keadilan, saya bersama beribu-ribu lagi memekik laungan REFORMASI, yang pernah menjadi dukungan saya kira-kira 8 tahun lalu.

Baru tadi saya berada di Bangsar, untuk mendengar Nurul Izzah Anwar, calon Barisan Rakyat Lembah Pantai memberikan ceramah terakhirnya di Bangsar. Bersama-sama hampir 3,000 orang termasuklah ahli-ahli korporat yang menginap di Bangsar. Saya tertarik dengan sokongan bukan melayu yang melaungkan REFORMASI men-gemakan Bangsar malam ini. Jika dulu hanya pemuda-pemuda Melayu yang mendukung gerakan REFORMASI, hari ini saya saksikan pemuda-pemuda MELAYU, INDIA dan CINA bersatu dalam satu pasukan.

Dari apa yang saya lihat, ada angin kuat yang mendokong satu perubahan pada tarikh keramat 8 Mac 2008.

Kita berharap agar Barisan Rakyat akan mendapat kepercayaan dari pengundi di seluruh negara didalam pilihanraya 2008.

Bersama-sama kita bangun untuk menegakkan hak kita yang telah lama di perkosa oleh mereka yang menyalah gunakan kuasa.

Hidup Rakyat, REFORMASI, REFORMASI, REFORMASI.


Selamat Mengundi.


Untuk maklumat yang terkini tentang status dan perkembangan Pilihanraya, layari www.malaysiakini.com yang telah memberikan akses percuma sehingga 10 Mac 2008.

No comments: