Thursday, March 06, 2008

Kempen Piliharaya 2008 Masuk ke Babak Meloyakan

Hari ini dan esok akan menyaksikan babak-babak akhir yang paling meloyakan dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Apa yang menghairankan ialah apabila seorang politikus yang dianggap tidak relevan menjadi mangsa serangan yang bertubi-tubi dan peribadi. Lihatlah hari ini di akhbar2 perdana hampir kebanyakan dari kempen2 pilihanraya adalah tentang keburukan dan kejahatan Anwar Ibrahim.

Mungkin AAB dan Najib baru tersedar tentang pengaruh Anwar terhadap Malaysia. Maka segala macam tohmahan di mula di lemparkan kepada Anwar dan politikus-politikus pembangkang melayu melalui ejen-ejen berita BN yang berpengkalan di TV3, NST dan Utusan Malaysia.

Bagaimanakah seorang yang tidak relevan dan tidak pula bertanding mendapat perhatian PM dan TPM? Adakah PM dan BN sekarang ini terdesak? Hinggakan banyak keputusan-keputusan oleh SPR lebih tunduk kepada memberikan kelebihan kepada BN.

Saya yakin yang rakyat, terutamanya orang2 melayu telah mula loya tentang taktik yang diamalkan oleh BN ini. Berapa ramai kah agaknya manusia melayu yang masih membaca akhbar-akhbar ataupun yang menonton berita di TV? Sangat kurang mungkin.

Lihatlah esok, akan lebih banyak tohmahan-tohmanan akan keluar dan lebih ramai lah juga oportunis2 yang akan membuat pengakuan2 yang bukan2 demi hanya wang imbuhan yang mereka akan dapat nanti.

Itulah realiti politik Malaysia! Perut lebih penting dari segala-galanya. Seperti kata seorang teman, yang juga seorang Timbalan Ketua Pengarah sebuah agensi kerajaan, Malaysi ini menuju kearah kehancuran! Dan yang menghancurkan Malaysia bukan lah orang luar, tetapi orang-orang Malaysia sendiri yang diterajui oleh seorang Dajal dari orang melayu!

Itulah hakikat politik negara kita!

Gunakan lah peluang di Pilihanraya 2008 ini untuk memberikan satu tanda amaran kepada politikus BN yang korup, bahawa kita telah mula loya dengan cara mereka.

Ingatlah satu undi pun amat berharga. Gunakan undi dengan bijak.

Wassalam.

Untuk laporan Pilihanraya 2008, gunakanlah perkhidmatan berita percuma www.malaysiakini.com atau lain-lain media alternatif.

No comments: