Idris Jusuh harus memohon ampun dari Baginda Sultan!
22 ADUN Terengganu yang didalangi oleh Idris semakin kurang ajar dan layak lah digelar penderhaka. Jika dahulu, hukuman untuk orang derhaka adalah hukuman bunuh!
Tetapi nampaknya orang-orang UMNO ni lebih hebat dan sombong, ternyata engkar pada kehendak Baginda Sultan.
Inilah dia orang-orang UMNO yang diundi oleh orang-orang melayu. Apakah nanti mereka yang ternyata terlalu taksub dengan jawatan dan kuasa ini yang akan membela orang-orang melayu?
Dimanakah hormatnya mereka pada Raja Melayu?
KURANG AJAR DAN BIADAP!
Apakah komen Pak Lah? kenapa hanya hantar 'Tengku' Adnan yang rajanya hanya Tengku di tambah dengan angkat sumpah!
Disertakan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu mengenai perlantikan Mnteri Besar:
(Ehsan dari tranungkite online)
"KAEDAH PERLANTIKAN MENTERI BESAR TERENGGANU HENDAKLAH MENGIKUT UNDANG2 BAGI DIRI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 1911 DENGAN PINDAAN PADA TAHUN 1948.01.21 MASEHI BERSAMAAN 1367.3.10.
Assalamualaikum perlantikan Menteri Besar tertakluk kpd Undang Undang BAGI DIRI Negeri TERENGGANU 1911 (11.11.1911) DENGAN PINDAAN (DITAMBAH KEPADA UNDANG2 DIRI 1911 PADA 21.01.1948 DIKUATKUASA PADA PADA TARIKH YANG SAMA ( FASAL 1 (2) ) YANG DIZIN.
FASAL 5 UNDANG2 BAGI NEGERI TERENGGANU( YANG DITAMBAH PADA 1948)
FASAL 5 MEMPERUNTUK RAJA MEMERINTAH MENGIKUT UNDAND2. RAJA BERKUASA MELANTIK MB DAN JUA PADA UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU TAMBAHAN 1948 DIBAWAH FASAL10(I) DAN FASAL 14(1)(2) .
PERUNTUKAN DIBAWAH UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU 1911 FASAL 29 MEMILEH DAN MENJADIKAN MB DAN NAIBNYA ADALAH SEMATA2 HAK BAGI SULTAN (TIDAK DIPINDA)
DIDALAM TAMBAHAN PADA TAHUN 1948 DIPERUNTUKAN DIBAWAH FASAL 10 PERLANTIKAN MB DYMM HENDAKLAH MELANTIK DENGAN SURAT LANTIKAN YANG DITANDA TANGANI OLIH BAGINDA DENGAN MEMAKAI MOHOR NEGERI SEORANG MB MENGIKUT SYARAT2 PERENGAN (1) DIBAWAH SYARAT (2)
FASAL 14 (2)(1) DAN (4) DYMM HENDAKLAH MULA2 MELANTIKAN DAHULU MB UNTUK MENGETUAI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN SEORANG AHLI DUN...
FASAL 14(4) TAKALA MELANTIK SEORANG MB MAKA BOLIHLAH DYMM MENGIKUT TIMBANGAN BAGINDA SENDIRI, MENINGGALKAN MANA2 SYARAT DALAM FASAL 10 YANG MENGHADKAN PILIHAN BAGINDA AKAN MB ITU JIKA SEKIRANYA PADA FIKIRAN BAGINDA MUSTAHAK MENINGGALKANYA KERANA HENDAK MENUNAIKAN KEHENDAK2 FASAL 10 INI.
Apa lagi yang nak dilawan?
Sunday, March 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
http://apakhabarganu.blogspot.com/2008/03/mad-said-tak-layak-memimpin-umno.html
Post a Comment