Sunday, December 09, 2007

Apa Nak Jadi Dengan Negara Kita?

Saya membaca laporan di www.harakahdaily.net dan www.malaysiakini.com , mengenai penahanan Haji Mat Sabu dan Tian Chua.

Menurut laporan penahanan mereka ada kena mengena dengan perhimpunan Bersih tempuh hari. Baru kelmarin Perdana Menteri kita membayangkan yang pilihanraya umum dah dekat!

Apakah ini prelude kepada pilihanraya? Adakah ISA akan digunakan untuk mengalahkan lawan-lawan politik BN. Jika benar, saya akan berasa amat malu!

Nampaknya isu HINDRAF hanyalah sebagai isu 'boogey man' untuk mengelirukan masyarakat melayu tentang kelemahan pimpinan UMNO! Maka mungkin benarlah bak kata Ruhanie Ahmad dalam blog kuda kepang nya!

Apa nak jadi dengan negara kita? Masyarakat bergolak, ekonomi merundum, harga barangan asas naik dan kini kebebasan kita pula diambil. Apakah ini hadiah 50 tahun kita merdeka?

Jika inilah kemerdekaan yang kita agong-agongkan... saya tidak mahu merayakan nya.

Malaysia kini berada dalam situasi yang amat rumit. Masyarakat terbahagi kepada puak-puak. Dalam ekonomi yang makin melemah, kita dihimpit dengan politik nepotisme yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

Adakah kita sudah bersedia untuk berubah? Adakah sudah sampai masanya orang-orang Melayu, Cina dan India untuk bersatu mengundi BN keluar dari kerajaan?

Pada tahun 1999, kita punya peluang yang sangat baik untuk mengundi BN keluar, atau sekurang-kurangnya menghalang BN dari menguasai 2/3 kerusi parlimen.

Tetapi masyarakat pada masa itu telah melepaskan peluang itu! Bila orang-orang melayu bersedia, masyarakat Cina dan India masih mengundi untuk mengekalkan BN!

Apakah pilihanraya kali ini kita akan melakukannya?

Tepuk dada tanya lah hati anda!

Wassalam..

No comments: