Friday, October 26, 2007

BPR Cover up?

Menurut laporan akhbar seperti www.utusan.com.my dan www.malaysiakini.com , BPR akan ambil tindakan keatas Anwar Ibrahim kerana gagal memberikan rakaman pita Lingam-gate.

Ini seperti kes, seorang bapak memukul orang kerana orang itu mengadu yang anak nya melakukan kesalahan. Nampak tindakan BPR yang mendakwa ikan-ikan bilis dalam kes salah guna kuasa seperti yang dilapurkan oleh Ketua Audit hanya lah cover up untuk menutup mata orang ramai pada kes Lingam dan Hakim Kanan yang terlibat dalam kontrovesi perbualan telefon tersebut.

Sangat dikesalkan, dan saya percaya ini hanyalah perancangan politik jahat dan terancang. Persoalannya adakah BPR akan mendakwa Anwar? Apakah risiko politik yang akan UMNO hadapi jika masih berhajat mendakwa Anwar dalam kes ini?

Kita nanti kan episod seterusnya.

No comments: