Saya tertarik kepada isu press conference yang telah di adakan semalam oleh Pesuruhjaya Polis Dato' Ramli, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, PDRM. Isu ini nampaknya hangat diperbincangkan oleh pembaca-pembaca www.malaysiakini.com maupun www.malaysia-today.net (yang mana wakil-wakil akhbar maya ini telah diarahkan untuk keluar dari press conference ini).
Tetapi yang lebih menarik perhatian saya adalah intipati kepada press statement Dato' Ramli berkenaan bagaimana cara mana BPR bertindak. Beliau mendakwa yang beliau menjadi mangsa sasaran balas demdam selepas beliau menahan seorang penjenayah yang bernama Goh cheng Poh@ Tengku.
Yang lebih menarik nama Dato' Johari Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri turut dibabitkan. Ini menguatkan lagi kenyataan yang didalam pasukan polis ada dua faction, yang pertama adalah orang-orang yang setia kepada KPN, yang satu faction lagi adalah mereka yang setia kepada Timbalan Menteri. (Ini adalah kenyataan bekas KPN, Tun Hanif Omar).
Adakah Dato' Ramli mangsa balas dendam, atau dianiaya oleh pasukan polis sendiri dengan bantuan BPR? Atau adakah Dato' Ramli mangsa atau pawn yang akan dikorban kan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri didalam perang antara beliau dan faction yang satu lagi?
Malangnya intipati kenyataan media telah disalah petik oleh media arus perdana, yang menyebut bahawa BPR telah memberi tahu dan membocorkan nama Dato' Ramli WALHAL apa yang di perkatakan oleh Dato' Ramli adalah nama-nama informat pihak polis telah dibocorkan dan dinyatakan didalam affidavit! Ini adalah satu perkara serius!
Yang menghairankan Peguam Negara nampaknya seperti memihak kepada satu faction (yang mana mereka seharusnya bebas). Tidak pernah didalam satu ketika pun, satu jabatan dibiarkan tanpa sebarang pertolongan dalam bidang perundangan!
Ini cerita aneh! Saya tidak berkata yang Dato' Ramli benar atau tidak bersalah, tetapi semua episod ini semakin menunjukkan betapa kita sebagai sebuah negara mempunyai satu sistem perundangan, kepolisian dan keadilan yang harus diperbaiki!
Tetapi saya masih ingat peranan-peranan orang-orang yang sekarang ini memegang tampuk kuasa di jabatan-jabatan ini. Saya masih ingat peranan SAC Musa Hassan selaku saksi polis utama didalam kes Anwar Ibrahim, Ghani Patail, dan peranannya sebagai Pendakwa dan mereka-mereka yang sewaktu.
Barang kali ini lah yang berlaku jika kenaikan pangkat seseorang adalah berdasarkan kesetiaan dan bukan kecekapan.
Dan harapan saya pada PM kita, Bangun lah Pak Lah, jangan biarkan kami putus harapan dengan Pak Lah... Anda telah memberikan kami janji yang masih kami tunggu untuk anda kota kan!.
Wednesday, October 31, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment