Harga ayam naik lagi! Yang menghairan kan kita ialah harga dinaikkan apabila tiba musim perayaan. Lebih-lebih lagi bila tiba Ramadhan dan Aidilfitri!
Persatuan Penternak Ayam dan Itik Perak dengan angkuhnya menyatakan yang mereka akan mengambil langkah unilateral untuk menaikkan harga ayam RM 1 diatas paras siling yang di tetapkan oleh Kerajaan.
Kita dalam isu ini mahukan kerajaan mengambil langkah tegas keatas penternak-penternak atau mana-mana perniaga yang menaikkan harga sesuka hati mereka, walaupun mereka tahu yang ayam adalah bahan makanan yang terkawal.
Alasan-alasan biasa yang mereka berikan ialah Kos bahan makan ayam naik, kos elektrik naik dan kos pengankutan juga naik. Yang mereka tak beritahu adalah walaupun kos bahan makanan naik, tetapi ia hanya naik beberapa ringgit setiap 50 Kg.
50 Kg makanan boleh dimakan oleh beratus-ratus ekor ayam, dan kos pengangkutan juga adalah untuk mengangkut beratus ekor ayam juga. Semua ini ada apa yang kita panggil 'economic of scale'. Tapi untuk menaikkan harga sehingga RM 1 sekilo adalah satu tindakan yang melampau.
Tetapi saranan setengah pihak yang kita mengurangkan makan ayam juga harus di pertimbangkan. Tetapi bagi saya, kalau kita mengalah dalam hal ini, menunjukan kelemahan penguatkuasaan di pihak kerajaan.
Hairan juga, kenapa isu-isu seperti ini yang melibatkan warga marhain ataupun 'people on the street' tidak mendapat liputan yang meluas. Mungkin kerana isu ini tidak ada political mileage rasanya. Malah malaysiakini.com pun tidak mengulas tentang isu ini.
Ataupun kerana ayam tidak sekelas atau setaraf isu babi meungkin.
Selamat Berpuasa dan Beribadah.
Wednesday, September 12, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment