Kekadang kita terfikir, kemana hala tuju masyarakat Melayu kini?
Kenapa saya berkata demikian, setelah hampir 37 tahun DEB diperkenalkan, masih orang-orang melayu ketinggalan dari segala bidang. Kita masih jauh tinggal berbanding orang-orang lain. Lihat sahaja di kolej-kolej universiti, semuanya orang bukan melayu yang jadi empunya. Lihat lah populasi pelajar, juga bukan orang-orang melayu! Kolej yang punya orang melayu, bak hidup tak mau, mati pun segan.
Hak-hak kita jelas tercabar. Perjanjian sosial yang dipersetujui terang-terang tercabar dan dicabar! Sedang kita sibuk berbahas tentang politik dan ketuanan orang lain dah maju dan melangkah jauh.
Kita bising bila graduan melayu tak dapat kerja. Kita bising graduan melayu tak berkualiti, betul ke? adakah kita sedar yang peluang graduan untuk bekerja terhalang kerana kebanyakan pemunya dan pemodal buka dari kalangan orang kita? dan jika ada pun yang dari orang melayu, mereka bingkas untuk menidakkan peluang graduan melayu tadi kerana bagi mereka orang melayu ni tak efisien dan pemalas..
Kemana kita sebenarnya... Adakah hanya mau jadi tuan politik tapi tak ingin jadi pemodal dan pemunya?
Wednesday, May 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment