Friday, May 18, 2007

Final AF 5, Siapa Yang Akan Menang?

Banyak sangat teka-teki tentang siapa yang akan jadi Juara AF 5. Tak jauh beza dengan Pilihanraya Ijok yang baru lepas, it's too close to call.

Kalau anda tanya saya, saya berharap agar Mila yang menang. Tapi nampaknya kuda yang dihadapan adalah Aswad. Inilah jadinya bila terdapat konspirasi-konspirasi yang mahu menjayakan satu-satu agenda. Alasan-alasan apa agaknya yang setengah pihak ini mahukan Aswad sebagai Juara AF5?

Nak create seorang lagi Mawi ke? Mawi hanya satu, dan tak mungkin lagi ada gelombang Mawi atau seiras Mawi.

Secara keseluruhan, saya meramalkan final AF5 akan jadi satu pertandingan yang sengit, sama seperti perlawanan pestabola merdeka antara Malaysia dan Korea Selatan (20 tahun dulu lah). AF bukan hanya pempertaruhkan bakat, tetapi personaliti. Bak kata saya dulu, kalau nak cari bakat tengok Bintang RTM lah.

Dah formatnya begitu, dan itulah yg membuatkan AF sebagai salah satu rancangan realiti yang terpopular di Malaysia.

Persis kata seorang Menteri, Kalau tak suka Astro naik harga, jangan tengok Astro, Jadi kalau tak suka AF, jangan lah tengok. Bagi siapa yang suka jer tengok.. Amacam boleh..

Secara kasar komen saya pada peserta-peserta AF5 (Yang mana menarik perhatian saya):

Dafi:

Anak YB yang asalnya adalah peminat dan ahli fan club Nana. Kes yang cukup sinonim dengan AF yang sebelumnya. Punya bakat tapi kerana muka 'jambu' dapat sambutan yang lebih daripada sepatutnya. Masih terperangkat dalam paradigma yang 'anak orang kaya tak sepatutnya masuk AF'. Macam kes-kes Edlin dan Idayu yang terdahulu.

Aizat:

Lagi seorang anak orang kaya @ Datuk yang kaya raya. Masih lagi terperangkap dalam stigma anak2 orang kaya tak sepatutnya masuk AF. Berbakat tapi handicap kerana badan besar dan tak ada package commercial (kononnya). Siti Nurhaliza hadir pada majlis perlancaran kelab peminatnya. Bila melihat dia, saya teringat pada Sahri, Bob dan Fuad.

Heliza:

Gadis bertudung kedua yang mencuba nasib dalam AF. Sehingga minggu terakhir masih cuba control 'cantik'. Berbakat tetapi terhad kerana imej Heliza yang bertudung. Melihat Heliza saya teringat filem ' Cicak Man' Professor Klon. Melihat cuba copy imej Siti. Maybe... Maybe Not..

Aswad:

Taruhan Astro untuk muncul sebagai juara rakyat yang kedua selepas Mawi. Tapi masih tiada aura yang ada pada Mawi. Astro dilihat cuba men-orkestra kejayaan Aswad. Segala macam suntikan cuba dilakukan oleh Astro untuk membantu Aswad muncul juara. Berbakat, tetapi range yang agak terhad. Tak mustahil akan muncul sebagai juara tahun ini.

Ebi:

Tak banyak yang boleh saya komen tentang peserta ini. Persembahan yang agak turun naik. Tidak menarik perhatian saya.

Mila:

Peserta pilihan saya untuk menang AF 5 tahun ini. Juga kesayangan Hattan. Tapi mampukah dia untuk menarik undian wanita untuk meraih juara. Masih samar-samar. Tapi saya amat berharap dia menang.

Dekna:

Berbakat, tetapi terlalu bersahaja. Mungkin kerana nak jaga status sebagai tunangan orang. Boleh jadi pelakon yang baik. Tapi bidang nyanyian, entah lah. Terlalu banyak penyanyi perempuan yang ada. Tak ada kelainan yang boleh menambat hati orang ramai. I think she will tenggelam dalam masa setahun. Prove I am wrong!

Yang lain-lain... tak menarik perhatian saya. Jadi saya tak ikut sangat perkembangan mereka. Kecuali mungkin Zana yang cerita dalaman terkeluar di internet.. he he he

No comments: