Terbaca kat paper pagi ni tentang komen dari Siti Jarum si penulis ruangan pojok kat Mingguan Malaysia tu.
Soalnya si Siti Jarum tentang susahnya nak cari pelakon pasangan Mawi. Katanya seolah-olah M. Nasir dah buta sebab nak bagi Mawi peluang berlakon. Rasional Siti Jarum yang Mawi ni sah tak boleh berlakon dan motif M. Nasir hanyalah nak manipulasi Mawi untuk bawa orang ramai ke panggung tanpa mementingkan kualiti filem, kononnya.
Mulanya saya tak nak komen, sebab bagi saya Siti Jarum nie memang penulis yang sombong bongkak persis semua orang salah kecuali dirin dia sendiri. Tapi sebab dh lama tak menulis di blog dan ada masa yang terluang nie, rasanya nak kena komen juga lah tentang tulisan dai nie.
Teringat saya pada kata Datuk Yusuf Haslam, 'Saya buat filem yang orang nak tengok'. Jadi adakah Datuk Yusuf juga tak mementingkan kualiti?. Ada ke orang bisnes nak rugi?
Tak tau lah Siti Jarum mungkin, sebab tu rasanya Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia nyaris kena gadai pada NST. Sebab apa? sebab orang tak beli paper Utusan dan Mingguan. Tapi kenapa orang tak beli paper Utusan? Semua orang tau yang laporan tak berkualiti, berat sebelah dan akhbar yang paling kuat bodek. Meluat dan muntah rasanya nak baca. Tapi sebab sayangkan sejarah, orang macam saya masih beli Utusan dan Mingguan ni.
Jadi untuk Siti Jarum cubalah renung-renungkan tulisan anda tu.
Orang berniaga mesti nak untung, mana ada nak rugi. Mestilah M. Nasir ada strategi dia, tapi nak kutuk pasal budak Mawi tu tak reti buat apa-apa, saya rasa tak patutlah. Kalau wartawan dah benci pun jangan lah tulis lebeh-lebeh sampai nak kondem sampai terjatuh di atas lantai pun nak pijak lagi.
Saya sendiri tak lah suka sangat kat Mawi, tapi ini kebelakangan ni terlampau ramai pulak wartawan hiburan yang menambah-nambah laporan negatif, rasanya macam over killing lah. Kalau nak bunuh nyamuk pukul sekali mati, jangan pukul lagi samapai penyet, berdosa.
Kalau M. Nasir lambat cari pelakon yang sesuai, biarlah kat dia. Dia punya filem. kalau dia nak gamble Mawi sebagai pelakon, lantak dia lah, filem dia. Kalau orang suka, orang akan tengok. Penonton akan menilai.
Tapi kalau dah ada rasa benci dari awal, apa yang baik pun akan jadi sesuatu yang tak baik. Betul tak?
Fikir-fikir kan lah ya.
Sunday, March 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pada pendapat saya segelintir wartawan era millinium yang berbangsa melayu dan berugama islam ini kebanyakannya menulis mengikut emosi dan bukannya mengikut akal fikiran.
Post a Comment