Sunday, September 03, 2006

Pulau Pinang, another Singapore in the making?

'Orang yang oportunis mestilah dibuang kedalam laut atau sungai... harap mereka ... (tak pandai) berenang.... nanti boleh mati nafas... ' begitulah kata-kata Presiden parti Gerakan.

Kata-kata itu dilemparkan kepada anggota parti tersebut, semasa kongres tahunan PGRM yang berlalu minggu ini. Ucapan ini disampaikan pada ucapan pembukaan kongres parti.

Semasa ucapan penanguhan kongres pula, beliau telah menghentam teruk naib ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Serentak dengan itu, berderetan lah akhbar-akhbar berteraskan sifat Malaysian Malaysia seperti malaysiakini.com yang memetik ucapan tersebut.

Adakah Presiden dan Timbalan Presiden PGRM tertekan dengan desakan pemuda UMNO dan bahagian-bahagian UMNO Pulau Pinang yang mahukan kerajaan negeri memberikan lebih peluang kepada masyarakat bumiputera di P.Pinang untuk maju bersama dengan lain-lain kaum di Tanjung?

Terbaharu adalah isu Perbadanan Air P.Pinang, yang UMNO minta dipulangkan semula kepimpinannya kepada orang melayu. Hanya ada 3 dari 10 pengurusan kanan adalah orang melayu. Tak ada ke orang melayu yang berkebolehan?

Adakah orang melayu Tanjung akan terpinggir seperti apa yang terjadi kepada orang melayu Singapura? Terpinggir dari segi pembangunan, peluang pekerjaan dan keadilan dalam pembahagian kekayaan P.Pinang.

Apakah istimewanya PGRM, hinggakan jawatan KM langsung tak boleh diberikan pada UMNO?
Bila kita tegur PGRM dan MCA, mereka kata kita amalkan politik perkauman, tetapi persoalannya kenapa melayu dipinggirkan? UMNO berjuang untuk melayu.

Bila mereka minta sekolah jenis kebangsaan kita masih boleh terima, mereka minta CEO bukan melayu di GLC, kita bagi peluang, tetapi bila kita minta hak kita untuk keadilan kekayaan dan peluang depa kata kita perkauman.

Siapakah yang mengamalkan perkauman sebenarnya?

Nota:

Saya ada terbaca artikel tulisan saudara Ruhanie Ahmad, tentang amalan berbudi dan mengenang budi...

Artikel membuat saya tersenyum, kerana dalam UMNO sekarang ni ramai yang dah termakan budi... hingga membawa ketaksuban yang amat sangat... pemimpin yang salah (termasuk juga bekas pemimpin) masih lagi di sanjung, walhal terang-terangan dah ditolak massa...

Hakikatnya disebabkan berbudi inilah, yang membuatkan melayu selalu suka berbudi, tapi tak pernah merasa budi... ini siapa yang nak jawab?

1 comment:

Anonymous said...

Abg Maman,
Sekali lagi saya bersetuju dengan abg maman dalam hal KM di Penang ni walau saya bukan pengikut atau peminat Khairy. Dalam banyak hal mungkin tindakan dia tak relevan tapi dalam hal ini saya sangat sokong apa yang dia buat. Saya rasa sangat tidak merdeka bila kita sendiri tidak pernah mahu mempertahankan "Hak Istimewa Org Melayu" seperti yang telah dipersetujui semua dalam sejarah. Sedih tiap kali berada di Penang umpama berada di Little Hong Kong..Atau Tidak Relevankah Sebagai Menteri Pelajaran Datuk Hishamuddin juga cuba berjuang untuk mengingatkan mereka tentang sejarah itu. Hmmm ntahlah