Friday, August 18, 2006

I will look stupid if I were to talk in Bahasa Melayu

Tapi kalau dilihat, Tuk Rais kena tanya diri dia sendiri juga, takkah dia look stupid when he as a member of the cabinet agreed to the suggestion to teach maths and science in english?

Kenapa kalau belajar Maths dan Sceince boleh dalam english tapi tak masa buat speech? Kalau nak martabatkan bahasa kenalah buat di sekolah dulu. Ini kes cakap tak serupa bikin la nie.

Apakah bahasa melayu tak layak digunakan untuk pengajaran di sekolah. Kenapa tak tanya, siapa yang jadi mangsa bila matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris? Anak-anak luar bandar yang mak bapak cakap melayu bagaimana prestasi mereka?

La ni budak2 tak boleh jawab soalan sebab tak faham soalan, bukan sebab tak pandai. Saya rasa Malaysia ni bukan setaraf UK atau US, tetapi setaraf Namibia atau Afrika Selatan, yang malu menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.

Yang tercicir anak-anak melayu juga, walhal anak-anak cina dan india terus maju. Inilah peninggalan Tun M! Kita nak minta Tun M jawab soalan nie boleh ke?

12 comments:

Anonymous said...

Inilah yang saya perdebatkan dengan kawan-kawan di office. Mengapa apabila SA bersuara ramai yang melatah, dalam paper macam-macam versi ada. Tapi kenapa isu sains dan matematik di sekolah tak dijadikan isu yang lebih besar. Kaji dulu kesannya pada masa hadapan anak-anak kita. Bukan hendak bantah tapi patut dimulakan di peringkat awal lagi maksud saya di peringkat tadika/darjah 1. Bukan tingkatan 1. Saya percaya ramai yang membantah, tapi paper tak berani keluarkan statement bantahan dari orang ramai, takutlah tu....

Anonymous said...

Mangkok betui ... ini bukan pasal cakap BM atau cakap English atau belajar dalam BM atau belajar dalam English .. tak ada kena mengena langsung. Kalau Amani nak cakap bahasa Jepun masa terima award kat FFM pun tak apa. Tak akan jadi masalah. Malah bangga sebab dapat cakap bahasa Jepun. TAPI masa FFM dia dimarahi bukan kerana dia cakap dalam English tetapi kena Marah kerana MENGHINA bahasa, bangsa dan ada orang MELAYU. Dia kata dia darah campur... so what..what give her the right to insult the MALAYS. The bottom line is ... she can talk what in ever language she chose to BUT do not give any reason for doing so and most importantly DO NOT INSULT US FOR SPEAKING IN MALAY. Cakap lah bahasa apa pun.. tapi jangan beri apa-apa alsan kenapa guna bahasa itu. Comment itu yang orang marah bukan penggunaan bahawa Inggeris itu. Lagi pun ... Amani punya English tak bagus sangat pun ... bunyi macam orang Melayu cakap aje tak bunyi macam Mat Salleh pun. Vocab dia pun biasa-biasa sahaja.

smarties said...

mintak lah KJ yang jawab. tun m dah bersara, yang kena jawab biarlah yang sedang memikul tanggubgjawab.

http://smartmove2006.blogspot.com

My Point of View said...

Kita kena jawab pada siapa yang bertanya....

reader said...

Penulis blog sebenarnya tak faham apa isunya. Olih itu penulis pun melatah seperti mana ribuan lagi yang lain

My Point of View said...

Penulis tak faham ke, pembaca yg tak mahu faham...

Anonymous said...

Kalau Sains dan Mathematics tidak diajar dalam Bahasa Inggeris mungkin Bahasa Inggeris SA lebih teruk lagi!

Anonymous said...

Penulis memang tak faham ...kes ini tak ada kena mengena dengan usaha belajar bahasa Inggeris atau bercakap dalam bahasa inggeris. Malah SA cakap Inggeris juga tidak salah. Itu yang penulis tak faham. Yang salah hingga ramai jadi marah bila dia kata " Dia akan kelihatan bodoh kalau dia berbahasa Melayu". Jadi SA bermaksud seseorang yang berbahasa Melayu akan kelihatan bodoh. Ini yang penulis tak faham. Kenapa pulak dia kaitkan dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ..kenapa? Jadi kena faham dulu!

skeptical said...

kelemahan amani hanya satu... dan kelemahan itu memberi impak kepada pengucapannya. dia gagal menyampaikan apa yang sebenar ingin disampaikannya dengan baik. Dia sepatutnya memberitahu penonton apa yang akan diucapkannya akan menjadi bodoh bunyinya sekiranya ucapan yang akan dibuatnya itu diucapkan dalam bahasa melayu. Setuju bahawa dia mampu bercakap dalam bahasa inggeris dengan baik tapi itu tidak cukup apabila ianya tidak merangkumi aspek-aspek atau peraturan penggunaan bahasa yang betul. Sama seperti seorang yang hanya tahu membaca quran tapi tidak tahu akan hukum-hukumnya!

Anonymous said...

terdiam terus si maman ni. fahamkan dulu kenapa rais yatim marahkan si SA (walaupun dah settle). tak salah kita belajar english sbb english berada di mana2 sahaja jer di dunia. jd, apabila Tun M suruh belajar sains & math dlm english adalah amat wajar sekali dan dlm masa yg sama kita perlu meningkat BM kita.

Adakah sbb belajar sains & math, kita akan kelihatan bodoh dlm BM? Mmg maman tak paham apa yg berlaku. Tulis ikut kepala otak dier jer. huhu

My Point of View said...

Adakah diam bermaksud kita salah? Kenapa nak gunakan kata2 yang bercorak sakastik seperti 'guna otak'. Kenapa kita tak boleh lebih bersopan?

Sila baca komen saya 10 kali, kemudian cuba tarik nafas dan cuba fahami sekali lagi...

Saya sentiasa cuba menghormati setiap pandangan, kerana kita melihat sesuatu isu dari perspektif yg berbeza2.

Saya melihat isu ini dr pandangan yg lebih besar, bukan hanya tertumpu pada kejadian SA malam itu.

Jika orang bertanya pada saya, mmg salah jika kita bljr matematika dan sains dlm bahasa asing, kerana masalah pada mulanya ia diperkenalkan bukan kerna isu bahasa dan akademik, ttp kerana graduan tak fasih berbahasa english. Sbb pada masa itu ramai yg susah dpt kerja, kononnya tak fasih english!

Adakah belajar matematika dan sains dlm english akan menyelesaikan isu kefasihan english?

Apa yg diperlukan adalah kemahiran bertutur, dan ini boleh di dapatkan jika kita mengubah cara kita belajar english di sekolah. Fokus mesti kepada oral English!

Tetapi hakikatnya isu ini lebih besar, bukan hanya kerana graduan tak fasih english!

Dan hakikatnya adalah, kebanyakan majikan adalah orang bukan melayu, yang pasti keutamaan pekerjaan adalah utk bangsa mereka.

Pada saya SA adalah produk hasil dr apa yg berlaku dalam sosiologi masyarakat, dimana bahasa melayu menjadi bahasa kelas kedua! Pada pandangan sesetengah remaja kalau tak ckp english tak standard lah!

Tapi masalahnya ckp english pun rojak dan guna bahasa pasar! Akhirnya english pun tak bagus, bahasa melayu kelam kabut, spt di singapura. Bayangkan jika anda bercakap dlm english ttp masih perlu ada translator disebelah, ini yg berlaku di miss world, dimana wakil singapura bercakap dalam apa yg dirasakannya english, ttp masih ada translator yg mengulang semula dalam proper english.

Kita mahu satu lagi versi malish selepas lahirnya singlish!

Jika indonesia boleh memajukan bahasa indonesia hinggakan kursus perubatan pun dlm bahasa indonesia sepenuhnya kenapa tidak kita. Dan masa ini kita ada beribu pelajar perubatan di seluruh indonesia!

Jgn sempitkan pandangan kita pada satu peristiwa, ttp luaskan ia utk melihat pd satu idea secara keseluruhan!

Jika pembaca membaca komen awal saya, ia tidak menyentuh SA per say (berkenaan tongkah laku) tetapi lebih kpd keputusan kabinet ttg pengunaan bahasa english sbg bahasa pengajaran. (minta baca semula konteks komen saya).

Saya mempersoalkan Dato’ Rais, kenapa dia menyokong penggunaan english semasa keputusan kabinet untuk mengajar matematika dan sains dalam english. Saya persoalkan ini kerana Dato Rais beriya-iya mahu memertabatkan bahasa Melayu.

Jika mahu memertabatkan bahasa melayu, kita mesti mulakan disekolah!

Jika komen tadi minta saya menggunakan otak, maka saya juga minta anda menggunakan otak untuk berfikir selepas membaca. Pinta cuba relatekan dalam konteks yg lebih luas, kerana orang yang biasa dan tak cemerlang bercakap ttg peristiwa, tetapi org yg hebat bercakap ttg idea!

Anonymous said...

SA mengakui dia tidak begitu fasih dalam BM walaupun BI-nya tidaklah sebaik mana.
Semasa pesta itu juga saya tengok ada beberapa orang pelakun kita yang berbangga(?) memakai pakaian tradisional Jepun dari memakai baju melayu. Padahal P.Ramlee semasa menerima hadiah Best aktor di Tokyo dulu begitu bangga mengenakan pakaian Melayu.
Apakah jatidiri orang-orang kita makin terhakis?