Sunday, April 30, 2006

Badut dalam pesta anugerah badut

Hmm... selesai sudah majis anugerah 'kemuncak segalanya', yang lebih saya lihat kepada pesta yang disempurnakan oleh badut-badut industri muzik kita. Cuma badut-badut semalam tak pakai idung merah je!

Persembahan artis? hmmm ... saya harapkan yang terbaik, tapi nampak macam biasa jer, Jamal dan M.Nasir, Raja Pop n Sifu, memang hebat, sebab bagi saya mereka menyanyi dari hati, apa kalau istilah orang muzik... ada feel...

Yang lain-lain, kira bole tahan lah, Adibah Noor, walaupun tak menang tapi memang dia among the best. Jac, mmm dah agak akan terlebih sikit, Jac agak-agaklah sikit, orang tahu yang awak bole tarik tapi jangan lah over-do it!

Riduan dan sapa lagi sorang tu yang pernah menang award kat Cameronian tu? bole tahan lah..tapi untuk menyanyi di pesta 'Kemuncak Segalanya'...saya fikir belum masanya lagi...

Bob Lokman, memang lah berniat nak berlawak, tapi isu agama janganlah buat main-main, nanti kena sambar petir, keras awak tu!

Kalau tanya saya... malam kelmarin memang tak istimewa langsung.... Kalau nak banding dengan anugerah lain, jauh lah... lebih kurang macam ASA jugak lah.

Seperti kata seorang teman yang sekarang ni dah glamour, sempurna sudah satu pesta konspirasi Media Prima, didalam memberi anugerah kepada bintang-bintang mereka (yang selamanya memang tak berapa mendapat tempat di hati peminat hiburan lokal).

Memang pernah saya kata dulu, dalam artikel 'yang popular tak semestinya yang terbaik' bahawa yang popular tu tak semestinya yang terbaik. Tetapi jika yang terbaik (pada ukuran badut-badut ini) tak popular atas sebab tak dapat diterima massa pun tak boleh juga.

Memanglah badut-badut ini akan sentiasa berfikiran yang massa tak faham muzik, tapi siapa yang akan beli hasil karya mereka jika bukan massa yang kononnya jahil ini. Maka industri kita akan teruslah hidup dalam kepompong yang tak mahu berkembang, dibantu pula oleh rancangan-rancangan pelik dan anugerah syok sendiri yang diaturkan oleh badut-badut hiburan yang memusnahkan industri ini.

Fikirkanlah.

2 comments:

Anonymous said...

tau tak pe..
memang pon badut.
itulah peminat pun
tersangatlah suka dijadikan
badut-badutan.. jangan tak tau,
acara ini adalah
kemuncak kpd segala acara
pembadutan seni semalaysia.
tp badut2 pun, artis terus kaya.
yg fanatik & yg anti teruskan usaha anda menyokong karya seni badut pilihan!

Anonymous said...

best regards, nice info upskirt allergies video slots depakote http://www.viagra-8.info vw golf styling online credit report http://www.loan-159.info How to lower blood pressure thru diet Holidat insurance over 70s Subaru model history bingo online Not another drugstore Lax lufthansa vilnius lithuania free music mp3 players Power pilates 1992 chevrolet suburban wiring diagram Pantyhose peeing toilet