Saturday, February 04, 2006

Anugerah ?

Malaysia kita nie, industri hiburan kecik ajer. Tapi tengoklah majlis-majlis anugerah, mak aii berterabur. Anugerah ERA, AIM, Bintang Popular dan Juara Lagu. Tu belum lagi Panca Delima, Skrin dan FFM.

Hampir setiap bulan. Yang belum nampak menonjol anugerah teater. Mungkin ada lah kut, tapi pasal teater kat Malaysia ni agak kureng sambutan dan penonjolan maka kalau ada pun tak adalah di berikan publisiti meluas.

Duk sebuk-sebuk bagi anugerah nie, mungkin kita terlepas pandang peranan hiburan dalam masyarakat itu sendiri. Maksud saya , sebuk dengan aktiviti2 dan majlis2, mungkin terlupa melihat peranan hiburan dalam pembentukan masyarakat dari segi impak yang dibawa oleh hiburan itu sendiri.

Hiburan ni ada pengaruh yang besar dalam sistem sosial, maka kita harap karyawan-karyawan kita ni bolehlah kaji balik apakah sumbangan mereka pada pembentukan masyarakat Malaysia.

Berapa banyak pengajaran-pengajaran dan adakah perkara yang mahu di pamerkan dapat memberikan impak hingga boleh merubah pandangan masyarakat tentang sesuatu isu. Kita mahu karyawan kita berfikir dengan lebih effektif dan boleh membawa sesuatu mesej dengan jelas pengajarannya. Bukan setakat buat drama-drama 20 minit macam kisah benar. Itu drama 'half hearted'.

Kita mahu mesej-mesej yang real macam tentang alam sekitar, akibat dari pencerobohan hutan ataupun mengenai kejujuran seoarang pemimpin. Barulah penonton boleh relate sesuatu filem, drama atau lagu dengan kehidupan mereka.

Kita harus berubah dari seorang karyawan yang 'efficient' kepada seorang karyawan yang 'effective'. Bukan hanya pandai buat filem, tetapi tahu filem apa yang harus di bikin.

Wassalam.

3 comments:

sultanmuzaffar said...

anugerah utk teater atau lebih tepat seni persembahan pentas dinamakan Cameronian Arts Awards. sudah 4 tahun diadakan, nak masuk tahun ke 5.

tahun 2005 aku dicalonkan untuk 3 kategori & menang 1 kategori...tapi yang menang bukan kategori terbaik lah, tapi kategori yang popular. ala...mcm anugerah popular yang mawi selalu dpt tu...hahahahahaha

http://www.cameronianartsawards.com/

sekali sekala nak gak action kat guracus...hehehehe

My Point of View said...

heheheh... guracus tu kita kena discount... cakap je lebih...

tapi dia pun menang juga AJL ....

Anugerah Juara LANGAU.... :)

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Article fdamale impotence drugs Card holiday stationery free interracial orgies ebony and asian topamax and the treatment of essential tremors Neutrogena anti cellulite treatment 1957 canadian pontiac what are the most comfortable combat boots Heat resistant work footwear Cash guaranteed loan payday