Thursday, December 08, 2005

Malang Seorang Penumpang

Kisah seorang penumpang pesawat American Airlines yang di tembak mati oleh seorang 'air marshal' di Miami memenuhi kebanyakan ruang berita antara-bangsa hari ini.

Menurut laporan penumpang tersebut telah di tembak kerana tersangka seorang penganas. Walhal, semasa kekecohan itu isterinya berada di dibelakang lelaki tersebut sambil menjerit 'suami saya'.

Setelah di siasat, didapati bahawa penumpang itu rupanya mengalami penyakit tekanan perasaan, dan tidak membawa ubatnya semasa mahu pergi bercuti ke sebuah negara Amrika Tengah. Air Marshal telah menembak mangsa sebanyak 5 kali, setelah dia engkar untuk mengikut arahan Air Marshal.

Telah diketahui umum bahawa semenjak peristiwa 9/11 semua penerbangan awam di Amerika disertai oleh agen-agen kerajaan yang bersenjata.

Saya: Perlukah Malaysia ada 'Air Marshal'?


Kemenangan BN di Kelantan

Syabas di ucapkan pada BN, kerana memenangi Pilihanraya Kecil di Pasir Mas selasa lalu. Kemenangan itu meninggalkan PAS dengan hanya 1 kerusi majoriti. Bak kata Tok Guru, mereka akan memerintah walaupun dengan 1/2 majoriti.

Tetapi saya lebih berminat dengan ulasan Husam, katanya 'Ini petanda untuk kita berubah, isyarat telah di beri'.

Bagi saya, PAS wajib sangat mengubah cara dan pendekatan mereka dalam politik Malaysia. Kenalah tarik sokongan bukan lagi tolak ideologi mereka. Kurang-kurangkan lah retorik, pendekatan mestilah praktikal, bukan ikut sedap mulut.

Rakyat Malaysia jika mahukan alternatif, mahukan alternatif yang boleh menjamin pemerintahan berdasarkan polisi yang realistik dan praktikal.

Kini sekurang-kurangnya kerajaan Kelantan akan lebih peka dengan kehendak rakyat, bukan hanya seronok dengan nak tolak ideologi mereka aja.

Saya: Tun Mahathir pun pernah kata, 1 undi pun kira majoriti jugak. Berharap Tok Guru akan teruskan perubahan dalam PAS tanpa peduli pada tentangan pihak dalaman.