Sunday, December 18, 2005

Inkuiri Bogel, Bangsa Malaysia?

Kesibukan saya pada 2 minggu ini menyebabkan saya jarang dapat meng-update kan blog saya. Saya baru selesai melaksanakan satu bengkel pengurusan tertinggi sebuah agensi kerajaan.

Antara isu-isu yang menarik perhatian saya adalah berkenaan isu 'suspek' di bogel di lokap dan perjalanan inkuiri mengenainya. Saya rasa terperanjat berkenaan pendedahan sebenar, yang melibatkan seorang rakyat Malaysia berketurunan melayu.

'Suspek' ditahan atas kesalahan dadah dan kejadian telah berlaku di IPD Petaling Jaya.

Cuma pertanyaan saya, adakah isu ini akan habis 'stim' kerana mendapati orang yang di bogelkan adalah warga tempatan dan orang melayu? Adakah ini akan mengurangkan perhatian terhadap keputusan inkuiri ini?

Di Dewan Senator, ada ura-ura untuk membawa isu ini ke 'Jawatan Kuasa Priviledge' yang ada hak untuk mengambil tindakan ke atas Teresa Kok dan Lim Kit Siang. Saya rasa Teresa dan Lim Kit Siang pun pada mulanya terlalu berminat untuk menbangkitkan isu ini hanya kerana pada mulanya 'suspek' nampak seperti seorang keturunan cina.

Sekarang telah terbukti ia melibatkan orang melayu, warga Malaysia. DAP pun nampaknya dah hilang minat untuk meneruskan isu ini.

Persoalannya siapa pula yang akan meneruskan 'menperjuangkan' hak-hak wanita yang di bogel kan di lokap di seluruh Malaysia? Adakah UMNO, saya rasa mungkin tidak, kerana mereka telah diberikan blanket instruction untuk tidak berkata apa-apa tentang isu ini.

Nampaknya Datuk Nazri pun dah mula berhati-hati, lebih-lebih lagi ada desas desus tentang rombakan kabinet. Takut hilang kerusi menteri juga nanti.

Persoalannya kemana kah hala tuju kita dalam memperjuangkan sesuatu isu, sampai bila kita akan terikat dengan politik yang berdasarkan perkauman?

Bangsa Malaysia mesti ada keazaman untuk berubah, jika kita tidak boleh lagi mendifinasikan apakah itu bangsa Malaysia, maka belum lah boleh lagi kita bercakap tentang bangsa ASEAN, seperti yang di war-warkan di sidang kemuncak ASEAN yang baru berlangsung.

Berbalik pada keputusan inkuiri tadi, saya cuma akan merumuskan yang orang melayu mudah lupa, jadi saya rasa walau apa pun keputusan inkuiri ini, akan berkubur juga sebagai mana cadangan Suruhanjaya Pembaikan Polis tempoh hari. Yang mereka boleh keluarkan hanya lah cadangan, jika tidak di ikut pun tak apa kan?

Semoga berjumpa lagi.

2 comments:

Anonymous said...

bercakap pasal isu2 perkauman ni memang sensitif. masing2 memang nak menangkan kaum masing2. tah kenapa kita kat m'sia ni tebal sgt dengan 'kaum' masing2. tapi tu le negara lain tak multiracial races. so mereka tak akan faham isu2 macam ni. pokoknya macamana kita nak buang rase perkauman tapi kita lebih rasa kita ni bukan melayu, cina, india..tapi kita ni malaysia.

Anonymous said...

What a great site » »