Monday, December 26, 2005

2005 Dalam Kenangan

Beberapa hari lagi tamat lah tahun 2005, yang rasa rasakan seperti tahun-tahun yang dulu penuh warna-warni.

Tsunami

Hari ini 26/12, genap setahun peristiwa Tsunami yang melanda dan mengamuk di Asia, terutamanya Acheh Darul Salam juga utara semenanjung Malaysia. Setahun telah berlalu, berjuta wang telah di dermakan, di Malaysia sahaja, kutipan menjangkau jutaan ringgit.

Tapi bagaimanakah nasib mangsa-mangsa Tsunami ini setelah setahun berlalu? dari apa yang didengar dan dilaporkan, sangat sedikit perubahan yang dilalui. Nelayan masih ramai yang belum ke laut, anak-anak masih ramai yang belum mempunyai bumbung yang bisa di panggil rumah. Baik di Malaysia atau dimana sahaja, banyak lagi cerita mangsa yang menangis belum menerima bantuan yang sepatutnya.

Hairan dan ajaib bila dana yang ada di maklumkan berjuta-juta, itu di Malaysia sahaja, tapi kenapa nelayan-nelayan hanya menerima enjin tidak berperahu atau pukat? Sedih jika dikenangkan. Anak-anak perlu wang untuk sekolah, makan dan membeli baju pakai. Nampaknya yang susah itu akan terus susah.

Mawi

2005 juga menemukan rakyat Malaysia dengan Mawi, satu fenomena sosial yang saya kira pertama-tamanya di Malaysia. Mawi yang dari DJ Karaoke yang tidak dikenali, melonjak naik menjadi penghibur no 1 di Malaysia.

Bercakap mengenai aura dan sebagainya, cuma bagi saya, Mawi istimewa kerana dia mewakili rakyat biasa melayu, hero bagi kebanyakan, tak kira tua dan muda. Mungkin bangsa melayu dah letih dengan politik dan kepayahan dalam ekonomi, menemukan Mawi sebagai versi 'Cinderella' untuk orang melayu.

Satu mimpi yang saya rasa akan berterusan untuk satu jangka masa yang terdekat, tetapi mimpi tidak akan 'lasting' kerana kita kena juga bangun dari tidur, apakah nasib Mawi selepas itu?

Kebangkitan songket, batik dan kebaya

Kita harus berterima kasih pada Allahyarhamah Datin Seri Endon, kerana usaha beliau semasa hayatnya mengangkat darjat dan songket, batik dan kebaya.

Ketiga-tiga tradisi ini hampir lupus di telan zaman jika tidak kerana usaha Datin Seri Endon. Sekarang ni, batik dan kebaya bisa kita lihat mekar kembali di dalam pemakaian masyarakat melayu.

Penguasaha batik boleh tersenyum sekarang kerana, hasil mereka mendapat pasaran yang meluas. Yang sedihnya kita memerlukan seorang srikandi yang berdarah melayu/jepun untuk menyedarkan kita tentang keunikan tradisi kita.

Al Fatihah untuk Datin Sri Endon.

Mekarnya Blog Sebagai Media Alternatif

Tahun ini rasanya juga menyedarkan kita tentang media alternatif @ picisan dan kepentingannya. Banyak perkara baru yang kita belajar bila membaca blog, tentang politik, hiburan dan bermacam-macam lagi.

Oleh kerana kepentingan blog, sudah masanya penulis blog juga mempunyai satu etika didalam penulisan mereka. Etika bukan bermakna peraturan, cuma satu garis panduan yang mengelakkan pelacuran penulisan.

Pelacuran penulisan ada berbagai-bagai, kadangkala kita sedar tentang nya, dan adakalanya kita terjerumus secara tidak kita sedari.

Bila kita menulis, kita harus menulis dengan 'consience' kita bukan dengan luapan kemarahan atau ketidak puasan hati kita. Penulisan kita bisa 'skewed' bila kita menulis dalam marah, atau pun kita mahu mempengaruhi minda massa dengan niat yang negatif.

Elakkan lah dari menulis untuk popular atau kerana hanya ingin memuaskan hati rakan-rakan, kerana itu menyebabkan kita melacurkan penulisan kita tanpa kita sedari.

Wassalam.

17 comments:

Anonymous said...

"Elakkan lah dari menulis untuk popular atau kerana hanya ingin memuaskan hati rakan-rakan, kerana itu menyebabkan kita melacurkan penulisan kita tanpa kita sedari."

I like this statement the most.....

Anonymous said...

Elakkan lah dari menulis untuk popular atau kerana hanya ingin memuaskan hati rakan-rakan, kerana itu menyebabkan kita melacurkan penulisan kita tanpa kita sedari."

saya juga suka statement ini...

for sure, 2005 meluaskan skop blogging, personally mahupun informasi umum.
tsunami, apakah mereka yang dibantu hanya akan dibantu jika pasti mereka tidak menyokong pihak pembangkang (pernah dengar nih...)
teringat semasa hendak menghantar wang kutipan dana utk tsunami dan cubaan hantar ke SUK di tolak (dgn maksud berbeda.... baik encik hantar terus ke sana.... ada makna tersirat?)

sultanmuzaffar said...

Populariti itu datang dengan sendiri, bukan diminta. Ia macam rezeki kalau kena dengan kes Mawi.

Kalau orang boleh cakap..."sudah rezeki Mawi..." sama lah juga kesnya dengan sudah rezeki blogger tersebut untuk popular. Bukan boleh tolak-tolak.

boleh statement ?

sultanmuzaffar said...

Kadang-kadang, macam-macam cara kita buat untuk menjadi popular. Tetapi tidak juga popular-popular sampai sekarang. Itu lagi kasihan...

Boleh ?

Macam kes batik, dah tersedia industri tersebut depan mata, tapi orang buat derk jugak.

The Way I See It said...

popular atas dasar yang baik.. atau sumbangan yang positif di alu-alukan... Sebab orang yang angkat kita jadi popular

tapi kalau nak popular sampai menyusahkan orang... ada masalah lah sikit tu....

sultanmuzaffar said...

cuma kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang kita suka dan hanya terus suka tanpa tahu apa-apa...

Anonymous said...

Hey all, good morning.

Just to comment on the tsunami thing and the views of some people samada secara tulisan atau vokal.

Sure millions were collected! I dont know where that money went or how it was spent but i am sure it will be propperly accounted for and audited. Thats another issue to me .

The only issue yang saya nak bangkitkan ialah mengenai "kehairanan" segolongan tentang kenapa mangsa-mangsa tak dapat everything back dan "keinginan" segolongan orang yang mahukan those victims of the tsunami to get back everything thru charity (tabung tsunami). WHY SHOULD IT BE SO?
Contohnya nelayan, are we responsible to give them bot, engin, minyak etc etc. MANA PERGI DAYA USAHA SENDIRI? didnt they get those things on thier own be4? APA bezanya mereka dengan orang orang lain yang mengalami kecelakaan jenis lain? Are we saying we should also give these people everything back? Whats so special about the tsunami victims?

I am not heartless. all i am saying is that the tsunami fund is to be used for basic human needs/requirements seperti tempat penginapan, food and water. Itu pun secara sementara and not permanent. The rest, mereka mesti usaha sendiri just like everybody else (millions) have to usaha to earn a decent living and to survive. Jangan harap and expect kerajaan or everybody else to just hand out everything and some of them marah bila tak dapat or maseh tak dapat what they wanted.
If the nelayan were given just a bot, consider yourself lucky. Usaha la cari engin dan pukat. kalau dapat engin saja, consider it a bonus, usaha la dapatkan bot dan pukat.

Apabila kita "berfikir", kita akan nampak dengan jelas 'what should and what shouldnt be'.

The Way I See It said...

standard jawapan org kerajaan mcm tu lah... lepas tangan jer...

sebab rakyat berfikirlah kita nak tahu mana pergi duit donation yg kami bagi tu....

barulah ada prinsip accountability... ker guracus tak tau maksud nyer... jgn lah kija nak makan gaji ajer....

nak makan duit halal kena anggap kija sebagai ibadah yer....

The Way I See It said...

ohh lupa lak...

jawapan2 mcm tu dah pernah dengar dah pun... selalu di keluarkan oleh orang-orang yg kononnya berfikir...

sebab mereka ada banyak masa nak pikir di kedai2 kopi masa time rehat pagi mereka yg mula jam 9.30- 11 pagi dan petang jam 3.30- 4.15 petang tu...

terfikir juga sebab tu lah mereka ada masa nak pikir mcm-mcm, tak mcm org lain yg duk sibuk berkerja..so tak ada masa nak pikir agaknya...

Jadi pada org ramai jgn marah kalau pegawai kerajaan tak ada di opis sebab mereka berpikir di luar...

The Way I See It said...

Sorry... respons saya ter emosi sikit pagi nie.... kalau terkasar bahasa tu maaf la yer...

bukan semua mcm tu... tapi segelintir... yg kija kuat macam JPN tu mmg kena puji lah... tapi segelintir ni yg memalitkan taik kat perhidmatan awam / kerajaan...

Anonymous said...

Hey all, good morning again

To maman, for someone who has a master degree and quite of an age, your rsponse to my comment is really dissapointing and glaringly showed your mind and inadequacy.

Putting aside your emotional response which i am not going to response, i will start by saying that your repeating reference to my profession and your perception of that profession is so lame that i will just leave it to others to judge of its merit.

Dalam pada itu, you must understand my previous poSting. jANGAN EMOTION SANGAT. ACT YOUR AGE SIKIT. I know la you are sore with me over previous experience but that shouldnt stop you from being rasional and objective.

Your lack of understanding of MY EARLIER POSTING is midboggling. I did say bahawa the usage of the fund is another issue and i didnt adress it, I adressed the issue of your comment tentang nelayan.
Still,, you didnt response to the actual substance that i raised tentang kenapa those nelayan is expected to be given bot, pukat engine and all.It was my view that the fund should be used for basic human needs, albeit temporarily, and the nelayan should usaha sendiri to get back on thier feet. It has been 1 year and what they have done? Yang saya nampak they are still waiting for the handouts as shown by NTV 7 recently.

Your three comments after my earlier posting showed something about you of which saya dah lama tahu.:p
Take my advise, next time, 'BERFIKIR'.

Anonymous said...

Sorry terlupa nak tulis identity, the above posting was from me

Take care and cheers

The Way I See It said...

sorry guracus:

the apology was not meant for you...

bab pikir2 tu, saya dah lama berfikir... masih menunggu masa untuk u pulak berfikir...

hmmm... sampai ke hajat i agaknya?

Anonymous said...

hey all

maman, actually i dont even bother samada the apology was meant for me or not. hairan juga why you brought it up! :p

tentang BERFIKIR yang saya sarankan, you might have "FIKIR" sebelum ini, cuma pada pandangan saya, anda BERFIKIR tidak cukup enough! Sebab itu in your responses to my first posting, anda melalut, emotional, betindak tidak matang dengan menyindir profesyen sedangkan profesyen itu tidak ada kena mengena dengan perkara yang di bangkitkan.

dont be seperti kebudakkan yang mana apabila mereka "bergaduh" sesama sendiri, mengejek mak bapak lawan mereka gemok la, botak la etc etc.

I admire lizzam dimana walaupun dia masih muda (22 i think) and maseh menuntut di U untuk first degree dia, he is able to write and respond rasionally, objectively and logically . He is also quick and not afraid to apologise if he had misunderstaood anybody. Walaupun anda lebeh tua dari dia, it is ok to learn from him the good things.

Anda tanya sampai tak hajat awak? hmmm Cuba FIKIR! :p

Anonymous said...

To guracus;

Eventhough dah lewat utk komen.. i nak komen gak sikit.. guracus u r not totally right.. what make u think those nelayan tak de usaha sendiri? How do u think they survive this 1 year? They just claim what should be theirs.. Mangsa bencana alam like this is different.. because they do lost everything! Dont talk about things that u dont knows.. Reading news and think on your own does not make u know them.. far from that..

I'm also in government agency and i dont have any prejudies to you (if u think PoV have any prejudies 2 u that make u think he cannot be rasional).. I'm not write this to backing anybody but what u talk is totally unacceptable.

Anonymous said...

tgk aja nick. laa guracus.. mcm penah tgk nick. walaupun argumen2 dia tu betul, tapi itu semua kita dah tahu dan setuju. tak ada counter apa2 pun. tinggal lagi dia ni mmg suka debate je. Kalau saya jumpa org camni saya cuma FIKIR "i just don't give a tut for those who don't get it.

FiKiRrrr hehe.. piirah

Anonymous said...

best regards, nice info » »