Wednesday, December 28, 2005

Arah Tuju Industri Perfileman Kita

Dah nak masuk tahun baru ni, banyak lah gamaknya orang yang ber-resolusi baru. Tapi di masyarakat kita ni, resolusi satu perkara yang biasa je. Setiap tahun kita buat resolusi, tak kira di simposium, seminar atau hanya resolusi diri kita sendiri.

Tapi selalunya tak pernah ada 'action plan' macam mana nak capai resolusi tu. Resolusi akan hanya tinggal resolusi dan tahun depan, kita akan terus ber-resolusi lagi.

Apakah agaknya resolusi pembikin-pembikin filem kita untuk tahun depan? Apakah kita akan terus di khayalkan dengan cerita-cerita cinta yang terhalang ataupun di lambakkan dengan filem-filem lawak yang langsung tak ada makna yang tersirat.

Kemudian ada pula istilah industri filem Malaysia, yang saya kira definasi Malaysia itu sendiri tak dapat lagi kita perjelaskan tingkah lakunya. Yang sedihnya ahli-ahli politik terus berterotik tentang definasi filem Malaysia. Kenyataan yang fuzzy atau kabur kadang kali diselitkan didalam ucapan-ucapan perasmian atau penutup festival filem.

Cubaan Yasmin Ahmad, untuk men-ketengahkan filem yang saya rasa ada sedikit sebanyak berunsur 'multi racial' tidak beberapa mengembirakan ramai pihak. Sepet di kutuk kerana cuba men-ketengahkan orang cina sebagai watak baik, dan yang jahat pula orang melayu.

Kerana paradigmanya ialah bagi kita orang cina itu sentiasa mesti membawa watak jahat, dan yang baiknya pula mesti orang melayu.

Apakah ini definasi filem Malaysia? Kita cepat melatah apabila melihat perkara yang benar di pertontonkan semula kepada kita, kerana kita tak sanggup melihat cermin diri kita. Kita akan sentiasa menafikan sikap kita yang prejudis tetapi masih bertingkah laku sebagai seorang yang sangat prejudis.

Jika ini berterusan, maka filem melayu akan terus tidak mendapat sambutan orang cina dan india kerana masih ada sifa-sifat prejudis kita, yang mahu mereka menerima yang filem melayu ala kita (yang penuh dengan nyayian syahdu dan cinta yang tak kesampaian atau terhalang) sebagai filem nasional.

Bagi masyarakat cina dan india, kerana vakum ini, mereka masih berkiblatkan filem-filem Hong Kong dan India. Dengan itu sampai bila agaknya proses integrasi akan berjaya. Sudahlah sekolah berasingan, kerja berasingan hinggakan filem juga berasingan!

Kemana arah pembikin filem, adakah tidak ada isu masyarakat yang boleh di ketengahkan? Adakah hanya cinta dan cinta dan terus cinta sahaja yang penting?

Jika orang lain membikin filem berdasarkan satu isu, dan cinta sebagai perkara yang sekondari yang terselit di dalam satu cerita, nampaknya kita memfilemkan cinta dahulu kemudian baru di selitkan dengan satu isu lain.

Atau mungkin, semasa penulisan skrip memang dah cantik, tapi gagal semasa realisasi di lakon layar?

Ia seperti memasak 'ikan masak cili padi, bukan cili padi masak ikan.'

Kenapa kita tak nak buat filem berkenaan kehidupan Tan Sri P. Ramlee? tapi jangan lah pula langsung tak ikut sejarah pula, macam kita bikin filem 'Hang Tuah'. Bercakap pasal Hang Tuah, nampaknya kita akan ada Hang Tuah yang di import dari England.

Kenapa agaknya ya, mungkin seperti kata sesetengah artis, pelakon teater kita tak cukup package, eh, betul ke?

Buatlah filem yang mahu ditonton oleh orang ramai, tak boleh lah pula buat filem yang kita rasa bagus tapi tak ada orang tengok. Kita buat filem Hang Tuah, subsidi yang diberikan katanya hampir puluhan juta ringgit, tapi apakah return on investmentnya? Kita bukan buat filem untuk 'national geographic' ataupun 'discovery channel'.

Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

Hi PoV.. I think u r better than this.. Talking about our industri perfileman goes nowhere..

Anonymous said...

PROGRAM PERNIAGAAN PINTAR BAGI BUMIPUTERA (ISLAM)

BIRO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA SELANGOR (DPMMS) DENGAN KERJASAMA RR ELITE TRAINING AND CONSULTANCY AKAN MENGANJURKAN TAKLIMAT KHAS PERNIAGAAN PINTAR BERKONSEPKAN ISLAM KEPADA USAHAWAN SERTA BAKAL USAHAWAN BUMIPUTERA .

PESERTA YANG BERKELAYAKAN AKAN DIBERI BIMBINGAN, LATIHAN DAN SOKONGAN UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN MEREKA OLEH KONSULTAN YANG BERPENGALAMAN.

TAKLIMAT PERCUMA AKAN DIADAKAN PADA SETIAP ISNIN, RABU DAN JUMAAT

MASA : 08.30 MALAM – 10.00 MALAM

TEMPAT : DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA SELANGOR (DPMMS)NO 29, JALAN LAWAN PEDANG 13/27 TADISMA BUSINESS PARK,SEKSYEN 13 SHAH ALAM SELANGOR.

(BERHAMPIRAN GIANT SHAH ALAM)

DAFTAR SEGERA TEMPAT ADALAH TERHAD !!

UNTUK TEMPAHAN TEMPAT DUDUK SILA HUBUNGI :

RADUAN JEMAIN( NN 226370 ) 013-2395 955