Apa yang membuatkan ramai orang gila pada Mawi? Itu satu persoalan yang amat menarik perhatian ramai orang, dari pencuci lantai hinggalah ke professor, ahli politik dan golongan ulama’.
Jika anda bertanya pada saya, saya akan merumuskan, Mawi menang AF3, kerana 1) bakat dan suara serak jantannya 2) kelaianan yang ingin dibawa,dan yang paling penting 3) Nasib.
Saya kata Nasib, Mawi akan kata Rezeki, tetapi adakah nasib adalah sama dengan rezeki? Dalam konteks ini saya akan kata, Mawi bernasib baik kerana keluar semasa konsert prelude. Kenapa? Kerana orang ramai tertarik kepada kelainan yang cuba dibawa oleh Mawi pada mulanya.
Saya ingin membawa kita ke perjalanan masa lalu….
Jika anda bertanya pada Mawi, kenapa lagu Intifada? Mawi pernah menjawab, ‘saya ingat dengan membawa kelainan, saya mungkin akan terpilih’. Perhatikan jawapannya , sebab saya membawa kelainan, BUKAN sebab Mawi ingin berdakwah! Ini dua perkara yang berbeza, dakwah dan kelainan.
Mawi bernasib baik kerana dia tidak dipilih pada masa itu, kerana orang ramai berang kerana orang ramai memandang yang dia adalah lebih baik dari Aidil pada malam itu, seorang peserta yang terpilih, orang ramai mula bercakap tentang keadilan.
Pada persepsi orang ramai adakah orang yang menyanyi nasyid tidak layak menyertai AF atau menjadi popular. Bila persepsi seperti ini telah melekat di minda orang ramai, orang mula melenting dan mempertikaikan dimanakah kewibawaan juri pada malam itu. Orang ramai pun berkata, yang astro tak nak menerima penyanyi nasyid dan sebagainya.
Perkara ini telah memberikan satu semangat kepada orang ramai untuk mendesak Astro untuk menerima Mawi, bukan kerana Mawi hebat tetapi kerana Mawi adalah penyanyi Nasyid! (walaupun, niat Mawi malam itu, hanya lah untuk membawakan sedikit kelainan daripada peserta yang lain) Mawi pernah berkata, saya pun boleh bawa lagu lain selain dari lagu nasyid. (ini sudah pasti, kerana pekerjaannya sebagai DJ Karaoke)
Bila astro tunduk pada tuntutan massa, Mawi telah menang pada pusingan yang pertama, kerana dia tahu sokongan yang diberikan padanya. Orang memandang Mawi pada ketika itu, bukan kerana bakatnya tetapi kerana kelainan yang ingin dibawa!
Jika ditanya pada Mawi kenapa mulanya dia menyertai AF3, Mawi pernah menjawab, saya tengok peserta yang dulu-dulu ada yang jadi DJ radio, 'saya ingat mungkin saya boleh jadi DJ radio juga, jika tidak menyanyi'. Ini satu jawapan yang menarik, kerana tujuaan asalnya hanyalah untuk mendapat satu kerjaya dalam bidang penyiaran dan bukannya jadi penyanyi. Ini satu perkembangan yang menarik kan! Kerana Mawi amat meminati Isma Halil, seorang DJ radio juga.
Saya akan kata Mawi menang kerana, orang mula menyedari kelainannya lebih awal daripada peserta yang lain, oleh itu, peserta-peserta lain mula dibayangi oleh Mawi dari peringkat awal lagi, kerana coverage yang diberikan oleh Astro (memang secara tak sengaja).
Saya akan kata, yang jika Mawi tidak terkeluar semasa konsert prelude, mungkin dia tidak akan berjaya sebagai juara. Inilah baru dinamakan rezeki.
Saya akan kata, Mawi menang AF3 kerana nasib, dan bukan bakat. Mawi dikenali lebih dulu dari peserta yang lain, kerana dia keluar semasa konsert prelude, jadi orang ramai lebih kenal Mawi daripada yang lain, mereka mahu melihat Mawi membawa kelainan, oleh itu tumpuan diberikan lebih kepada Mawi, cara bercakap, cara dia menangani masalah di dalam AF, cara dia belajar dari guru-guru, semuanya di perhatikan.
Apabila kita melihat dengan sungguh detail, maka kita akan lihat Mawi lebih dekat. Maka seluruh perlakuannya akan diperhatikan. Yang menarik kepada orang ramai pada masa itu adalah sikapnya yang agak lurus bendul, naïf dan kadang-kadang nampak macam bingung alang.
Itu melambangkan reality kehidupan masyarakat Melayu. Pada masa kita merasakan kekosongan dalam kehidupan kita, kita nampak Mawi lah sebagai penyelamat. Mawi pada kita adalah lambing reality kehidupan kita.
Ada kalanya kita melihat diri kita didalam Mawi. Kita melihat Mawi pada masa itu, sebagai orang yang menperjuangkan semangat kita. Maka kita berasa lebih dekat dengan Mawi dari yang lain.
Untuk memastikan ‘kita’ bertahan di AF3, kita terus mengundi, biarlah salah tempo, salah lirik atau tarian macam kayu sekalipun. Kita anggap Mawi sebagai wira kita, kerana kita mahu Mawi berjaya dan kita berasa akan sangat puas hati, kerana apa yang kita perjuangkan pada awalnya berjaya. Kita lupakan bakat dan kebolehan seni pada masa itu.
Kita terus mengundi kerana kita mahu ‘kita’ terus kekal di dalam AF, dan akhirnya muncul sebagai juara.
Bukan kah itu nasib namanya? Mawi telah berjaya didalam strategi kelainannya, malah lebih berjaya dari CEO mana-mana syarikat di Malaysia dari segi promosi!
Kerana itulah kita menpertaruhkan harapan yang sangat besar pada Mawi…. Adakah reality seindah fantasi?
Tunggulah bahagian ke 2.
Thursday, November 24, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
34 comments:
huhu...btol gak...
Maman,
Saya rasa inilah pandangan dan huraian paling tepat pernah saya dengar tentang fenomena Mawi. Well done ... really admire your thought. Memang selayaknya maman kendalikan consulting firm ni.....
mawi itu 'kita'.... kupaasn yang menarik. Eager waiting Part 2...
Memang pandangan yang bernas. Kerana di situlah kelebihan Mawi sebenarnya dengan secara tak sengaja.
hmmm.... btol tu sumer salah kita, kita yg meletakkan harapan yg terlalu tinggi kepada mawi dan akhirnyer kita marah caci maki dan hina mawi bila harapan kita tidak tertunai olehnye
bodohnyer kita dan kesiannye mawi..
Wow.. very good article.. salute u this time.. mmg kita melihat 'kita' dalam diri Mawi menjadikan kita begitu dekat dgn dia..
Kesiannye Mawi.. tapi kita tidak bodoh.. (kpd komenter di atas)
pandai kau maman, instead of bodoh alang kau tukar ke bingung alang
Agree with you. Lebih-lebih lagi bila Mawi terkeluar dan Aidil yg nyanyian amat teruk sekali terpilih
saira
maksudnya alangkah bodohnya bagi kita yang mengharapkan mawi memenuhi segala fantasi kita...
isu negatif Mawi FC ini, kalau tidak kerana manusia dua alam itu yang membuat onar, tidak berpanjangan macam ini
ramai sangat anon kat sini...
saya rasa walaupun kita tidak setuju ataas beberapa perkara, serangan peribadi eloklah dielakkan...
ok paham ms/mr anon..
Janganla kita mengharapkan Mawi jadi macam yang kita nak.. lebih best kalau Mawi menjadi Mawi. barulah kita dapat lihat.. a wonder of life.. Mawi spt skrg ok pe.. takde kurangnya bagi saira..
Interesting analysis....
ye..saya setuju yg kemenangan mawi adalah sebab nasib & 'kelainan' yg diketengahkan..tp,mmg salah "kita"..sbb "kita" yg terlalu inginkan kesempurnaan dari mawi..
-sha-
assalamualaikum maman..
nice komen..
saya pun rasa betul jugak ape yg maman tulis.. saya memang minat mawi nak kata diehard fan tu idak ler.. tp since astro tunjuk muka student af3 sy memang kata aku nak vote budak botak nih..
at last rezeki dia menang..
tp pendapat saya tak perlu la kita pening2 kepala pikir kemelut kehidupan artist ni..
kalau suke kita dengar lagu dia tak suke tak yah dengar abih citer :D
nasib @ rezeki..semua dtg dari Allah...yg sesungguhnya Maha Mengetahui
mmm ... memula memang kita kihat kita dalam mawi ...
tapi akhirnya kita sedar...
mawi adalah mawi ..kita adalah kita ...
pendapat yg mengatakan ada kita dalam mawi tu yg menyebabkan ...
ada dikalangan kita yg menganggap mawi tu hak kita ...
mawi .. dah jadi juara ..aku rasa tugas kita dah selesai...
seterusnya biar la mawi mencorak sendiri karier dia sendiri....
Kita kena lepaskan diri kita yg ada pada mawi... kalau tidak kita akan terus bergelut dalam kemelut...
sori maman panjang la pulok...
Assalamualaikum Maman
IMO, your comments are concise and accurate. Keep it up.
well ....
memang semasa dalam AF .. kita lihat mawi adalah kita ....
strategi mawi dalam membawa kelainan itu datangnya dengan tidak sengaja .... kenapa aku cakap tidak sengaja .... sebab dier hanya mau kelainan pada masa itu dah tidak menyangka kelainan itu akan mencorakkan sokongan org ramai terhadap diri dier yang "lain" itu
apa yang aku lihat mawi adalah seorang insan biasa .... tak ada yang special pun ... sama dengan kebanyakkan remaja johor yang kebanyakkannya memang di besarkan dengan sekolah agama petang ... jika mereka berjaya ke tahap 6 atas mereka mempunyai kelayakkan menjadi ustas .... so mawi tidak lah sealim yang penyokong fanatik mawi fikirkan .... he is normal ...
Sebenarnya mawi adalah fantasi yg berada di dalam kepala kita, fantasi yg amat kita senangi dan sukai, membuatkan kita terpedaya dan terkesima dek kewujudannya disangka sama seperti apa yg ada di dalam fantasi kita ... Namun hakikatnya , ia adalah tetap sebuah fantasi yg semakin jauh utk digapai dan realitinya mawi sebenarnya amat berbeza dari fantasi yg kita inginkan .... arghhhh, sekali lagi dia memeningkan kepala aku .....
maman.. masing2 ada pendapat sendiri... kita kena percaya pada qada' dan qadar... bukan pada nasib..
suka la posting ni... tak la tegang2 je cam posting2 dulu.. anyway, betul pendapat u maman. saya sokong. hehehe... tak sabo nak tunggu part 2. jgn tunggu lama2, posting cepat2 ek...
zast!!
mawi itu sendiri mencerminkan sikap dan gaya pemikiran org2 melayu. bukan begitu?
Setuju ngan rjunanestapa.. lepaskanlah diri kita yang ada pada Mawi.. biar Mawi jadi diri dia sendiri..
Mawi ok pe.. dan dia manusia normal..
yerp, mawi bukan lah se'alim' seperti yg kita sangkakan , sama seperti budak kampung lain yg mempunyai sedikit asas2 agama ... hanya dia muncul pada tempat dan waktu yg membuatkan dia bernasib baik ..
most importantly... religious sentiment - at the top of the list!
mawi memenuhi fantasi masyarakat di kala banyak masalah moral membelenggui artis masa kini. dia adalah siti nurhaliza versi lelaki. di harapkan beliau terus berjaya kerana beliau juga berbakat. bayangkan kalau duet ngan jamal satu lagu baru mesti best.
...puas hati?
hakikat tak mengubah sokongan peminat...
diharap dia adalah artis kelahiran baru yg berani menangkis telunjuk para penulis yg semakin kebulur & hanya bermodalkan virus gosip.
tapi apa yg penting...
tolong jgn menidakkan rezeki Allah. Segalanya telah ditentukan diatas qada' dan qadar nya.
bersyukur diatas rezeki yg Allah beri. dan bukanya nasib yg menentukan tetapi Allah yg menentukan.
Dalamilah apa makna Qada' dan apa makna Qadar... ramai yg tahu ungkap tapi tak tahu nak singkap...
sdr maman,
saya dapati penulisan sdr ada persamaan dgn sebuah penulisan yg pernah saya baca dalam mawifc.
dlm artikel yg saya baca tu, penulisnya seorang pramugari dan suaminya seorang pilot (berbangsa jepun).
pada pendapat saya, saudara maman ni mengambil idea ni dari artikel tersebut, lalu diubah ayat2nya...tp maksudnya still sama.
tapi malangnya, saya tak dpt nak cari semula artikel tersebut utk dibuat perbandingan dgn tulisan sdr ni....
selama saya baca blog sdr ni saya kagum dgn keupayaan sdr menulis mengikut cara sdr sendiri. tak sangka pula sdr akan 'copy' skit dari penulisan org lain....
anyway saya akan cuba utk cari lagi artikel yg saya maksudkan tu....
saya bukan bermaksud nak menjadi musuh saudara, cumanya saya rasa kecewa sebab saudara tak dpt mengekalkan tulisan dgn cara sendiri ....
mmg betol pon... sdr.maman pendapat anda telah hamba postkan dlm mawifc.com utk tatapan pembaca di sana....
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Dodge packaging franklin Bun coffee maker pro
Post a Comment