Saturday, November 19, 2005

Inikah Persahabatan

Untuk Makluman 'Entry Masa Untuk Move' telah di post kan sebelum penyistiharan perletakkan jawatan Presiden dan Penasihat Mawi FC. Komen yang terbaru ini adalah respon saya terhadap isu perletakan jawatan itu.

Memang sengaja saya menunggu keadaan kembali tenang, barulah saya mahu mengeluarkan pendapat saya tentang apa yang berlaku antara Mawi dan Mawi FC. Walaupun bukan ini yang saya jangkakan, tetapi ia telah berlaku dan akan kekal sebagai sejarah hitam industri muzik tanahair buat selamanya.

Apakah erti sahabat buat kita semua? Adakah patut kita meninggalkan sahabat kita apabila kita merasakan dia tidak lagi sehaluan dengan kita, ataupun dengan lain kata tidak sealiran dalam fahamannya dengan kita.

Patutkah kita berharap dengan seorang sahabat dan meminta yang bukan hak kita daripadanya? Patutkah kita marah, apabila kita gagal mendapat benda yang bukan hak?

Sebagai seorang sahabat yang tulus dan ikhlas, kita mestilah arif tentang batasan kita dan hak kita dalam semua persahabatan. Menasihatkan seorang sahabat adalah harus, tetapi tidak bermakna nasihat kita itu harus di ikuti.

Adakah wajar untuk kita memalukan sahabat kita tadi, lebih-lebih lagi di majlis yang kita sendiri sokong dan dokongi pada mulanya? Dimanakah letaknya keikhlasan kita. Walau sebagaimana baik pun tujuan kita, ingatlah; Tujuan tidak menghalalkan cara!

Walau niat kita untuk 'mengajar' sahabat kita itu, teguran mestilah bersopan, sesuai dengan budaya timur kita. Kita mestilah berupaya untuk membuat satu kajian atas apakah kesan dari setiap tindakan kita. Buruknya dan baiknya haruslah dipertimbangkan. Inilah yang akan menunjukkan kematangan kita bertindak. Kita tidak boleh bertindak berdasarkan emosi kita. Bertindak dengan emosi hanya akan menghancurkan kita.

Seperti yang sering saya kata, Mawi bukan seorang yang maksum, dia akan melakukan kesilapan kerana ini adalah fitrah manusia, tetapi dimalukan, bukan sekali, malah dua kali adalah sesuatu yang tidak patut berlaku!

Jika ada pun kesilapan yang dilakukan, atau kealpaannya, perkara ini sepatutnya ditangani dengan lebih diplomatik dan tindakan yang berhati-hati. Inilah sebenarnya tugas sahabat yang sejati! Sedarkah kita ini juga adalah kesan tindakan kita dulu juga, yang terlampau memuja dan fanatik dengan Mawi? Kita memberikan diri kita sendiri satu impian yang hanya berdasarkan fantasi... akan tetapi inilah realitinya... Kerana realiti tidak menjanjikan kesempurnaan.

Kefanatikan dan emosi akan mengangu cara fikir kita keatas sesuatu. Kita akan sentiasa membatasi diri kita dari pola fikir yang rasional. Akibatnya bila apa yang kita hajati tidak seperti yang kita mahu, maka akan hancurlah emosi kita. Kita akan terbawa-bawa kemarahan kita hingga sanggup melakukan sesuatu yang diluar logik. Sudah saya ulas dulu, apakah yang akan terjadi jika Mawi tidak mampu menjadi Mawi yang kita mahu.

Tindakan Presiden dan Penasihat akhirnya 'back fire'. Sekarang nampaknya orang menpertikaikan kewibawaan dan keikhlasan mereka menerajui Mawi FC. Walaupun pada saya , mungkin mereka ada strategi media yang mungkin telah dirancang, yang motifnya, saya dapat rasakan telah saya fahami, tetapi pada pandangan saya strategi ini telah gagal.


Telah saya kata, kita harus belajar dari kesalahan lampau. Malangnya, nasihat saya telah diendahkan, dan dianggap sebagai lalang atau langau yang mengacau.

Tetapi saya menghargai tindakan Presiden dan Penasihat Mawi FC untuk mengundurkan diri, sebagaimana kata Burn, 'kami tidak lagi sehaluan, maka wajarlah kami mengundurkan diri.' Tindakan ini harus dipuji, cuma cara mereka meletakkan jawatan itu sahaja yang membuatkan ramai terkilan. Kita harus akui yang Burn telah melakukan yang terbaik semasa mula-mula menubuhkan Mawi FC ini!

Kalau anda tanya saya, memang saya kecewa, kecewa dengan sikap Bekas Presiden dan Penasihat Mawi FC... Kerana bagi saya mereka telah ' menghalalkan tujuan' mereka dengan cara yang paling tidak bermaruah. Perbuatan ini umpama bertujuan untuk mensabotaj Mawi, bukan menegur. Walaupun, bagi mereka hasrat mereka mungkin murni, tetapi sekali lagi... tujuan tidak meng-halalkan cara. Saya masih terfikir-fikir apakah yang ada di kepala mereka pada masa itu?

Mungkin mereka lupa pada penyokong Mawi yang lain (silent majority) yang akan sentiasa menyokong Mawi, dalam apa keadaan sekali pun, buruk atau baik. Juga pada mereka yang menyokong Mawi tanpa mengira keperibadian Mawi!

Pada blogger yang lain, pesan saya, walaupun kita berlainan pendirian, jangan kita memutuskan silaturrahim, hormatilah pandangan rakan-rakan yang lain. Tak semestinya jika anda berkawan baik, anda tidak boleh mengkritik rakan anda. Pelbagaian itu adalah sesuatu yang indah. Moga tidak ada yang putus sahabat kerana isu ini!

Wassalam

23 comments:

Anonymous said...

agreed! Kdg2 tak fhm dgn sikap sesetgh org yg anggap mAwi hak milik dia bila dia dh berabis beribu utk sms Mawi...*duhhh...

Frankly..aku rs , apa yg 6 org tu buat, hanyalah menjatuhkan nama baik dan reputasi mrk sendiri, jd emosional lebih2 plak..come onlah...peminat 'silent' Mawi tak terinfluenced lansung!

Anonymous said...

I'm one of the silent fans.... who still adores Mawi for his talents and for what he is. And I have load of friends who thinks like i do.

Anonymous said...

Janganlah kita hairan jika mereka telah merosakkan majlis mawi dgn mengadakan PC di belakang pentas , Hal ini kerana penasihat mawifc pernah menulis dalam blognya bahawa jika mawi degil dan dah tak sedar diri dia tak akan cover line atau dgn lain perkataan segala kelemahan mawi akan ditelanjangi ..Kalau tengok surat khabar dua tiga hari ni asyik cerita negative saja yang didengar... Lepas ni jgn terkejut semua akhbar akan boikot mawi dan semuanya tentang mawi semuanya negative sahaja... begitu sahabat mawi yang sangat menyayanginya dan sentiasa surung sentap... saya kini baca balik semua tulisan dalam blognya dan cuba baca berapa kali dia merajuk dgn mawi... dia paling seronok bila mawi pakai baju yng diberinya pada malam mawi nyayi kat Kelantan... baca jgn tak baca ...dan kita akan tahu isi hati penasihat kita yang glamour ni...

Anonymous said...

maman:
Sedangkan adik beradik boleh bergaduh dan putus sedara inikan pulak orang yang baru kita kenali. Waktu kita senang akan ramai mengaku sahabt, bila kita susah semua melarikan diri. Mulalah keluar statement rampas kuasa pelbagai ... ini ape kes... kata bagi grace period untuk pengurusan baru take over (dlm PC) bila org immediately take over kata rampas kuasa pulak ... ingatlah kita bercakaran dan berkelahi kerana MAWI bangsa lain tu tersenyum aje semakin kita bercakaran sedarlah semakin besar jurang kemajuan antara bangsa melayu dan bangsa lain.

mynicknames said...

agreed wit maman.saya pun ada menulis mengenai nilai persahabatan di blog saya pada july dulu bertajuk lidah dan gigi. begitulah juga lebihkurang bunyiknya

well. am behind mawi and will continuously supporting him like what i did to jamal.kalau ikutkan tak sehaluan wit jamal... hello! tell me about it!

Anak Mami said...

this entry, is no doubt the best of all entry about Mawi.. A.Maman, your point of view is very very fair and can't help but to agree with you 100%..

Anonymous said...

Dah beli album mawi.... sedap2... sila beli2... mmg rintihan hati die betol2...

Anonymous said...

ur comment are so fair. u seperti nak salahkan kedua2 pihak dlm ni. bender ni boleh settle if kedua2 pihak ada kesinambungan. tak semua org tak wat silap termasuk mawi cumer kita ada kaedah utk menegur nya dan bukan memalukan beliau.

Anonymous said...

Dear Maman,

Wah sungguh bernas, in fact tulisan yang paling bernas aku baca so far (mengenai isu AJK berak di majlis orang lain ni)

Harap2 kau jangan rasa kembang sampai koyak seluar ye Maman... (gurau aje, gurau...)

Keep up the good work!

p/s: tengok Melodi semalam, press conference tu entah hapa-hapa... masa isu ni mula start dulu, aku consider jugak lah nak baca pendapat bekas presiden dan bekas penasihat tu. Tapi lepas apa yang diorang buat hari tu, segala credibility mereka berdua tu aku consider dah expired, luput, tak relevant dan sebagainya...

Saira said...

Berjuta2 lemon lak maman ni dipuji.. hahaha.. ape2 je lah.. dugaan jugak tu kata Mawi..

Apapun.. kreadibiliti x-president dan x-penasihat mmg hancur disebabkan satu isu ni.. walau pun dah banyak berjasa dulu bak kata orang kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Paling sedih bila mereka menggunakan alasan 'sahabat' utk buat apa yang mereka buat.. kalau ini yang dinamakan sahabat.. sorry i dont want to be their friends.. sahabat terima baik buruk, kalau bergaduh takkan buka segala pekung..

Apapun, jangan rasa Mawi tu terhutang budi ngan sesetengah pihak.. Ramai yang sokong Mawi dan mengundi Mawi tanpa syarat.. Good Luck pada Mawi.. Go Mawi Go..

Anonymous said...

Saya percaya...
Selalunya...

Manusia inginkan sesuatu...

"In-returns"

So MAWI...LEARN FROM ALL OF "THIS"!!!

Anonymous said...

Saira, tu kes salah peribahasa daaa...

Anonymous said...

Inilah dinamakan sahabat mengkhianati persahabatan.jika benar kita menganggap kita ini sahabat..kita takkan lakukan perkara sedemikian..jgn ingat sebagai sahabat kita mengenalinya sedalam-dalamnya...
Hello..insan2 yg mengelar mereka sahabat Mawi,selama mana anda mengenalinya?sebulan?setahun?bertahun-tahun?pendapat saya,jika tak sampai setahun 2,bukan sahabat namanya.dan jika bertahun2 pun bukan bererti anda sahabat sejati..

Anonymous said...

soalan...diri kita sendiri...apakah kita kenal siapa kita?

Anonymous said...

makin lama dgr album mawi ni, makin rasa die kene cepat2 nikah la.. baru settle sket perasaan die... i kesian la kat die... bagi yg dah kawin tau la, lepas kawin mmg emosi settle punye

Anonymous said...

Well, this is what happen bila strategi tidak dihalusi sedalam-dalam nyer....dengan sekelip mata segala kebaikan yg telah dibuat selama ini dipandang hina....tetapi hasil daripada tindakan itu tidak memberi sekelumit kesan pun kepada Mawi....

Anonymous said...

Aku rasa apa yg berlaku adalah..
untuk kepentingan individu saja .... mengaku sahabat tapi ...
tak berpikir cara sahabat....
terima lah sahabat kita seada dirinya... walaupon di puncak dunia ... ataupon di lembah sengsara ..

Anonymous said...

Diorg tu sentap tu tgh PMS kot

Anonymous said...

maman,
Ur kerja apa ..ur writting is good. If u ever write book ,pl let me known. Pl be honest , b4 u write u buat homework dulu or it just part of ur job. Bukan memuji hanya casting opinion .. takut juga jd macam X mfc.

The Way I See It said...

TQ for your comment. Saya hanya menulis apa yg datang dari hati saya.....

Anonymous said...

dlm byk² blog dlm kes mawi khususnya view maman plg 'intelektual'...senang nak faham...yang lain yang sangat blurnya...tak nak terus terang...maman ada cerita asasnya atas apa yang maman cakap...yang lain tu cerita jer bukti takder...camne la org nak faham...bg kes mawi ni saya rasa sbb utama ialah org expect tinggi sangat kat dia ditambah byk sangat yang fanatik...ntah ler..hihihi

Anonymous said...

maman,

bila nak apdet?

SAMPOY said...

Bro Maman,

Nice topic.