Thursday, October 27, 2005

Surat Terbuka Untuk Mawi FC

Ini Adalah Posting Terakhir Saya Pada Kemelut Yang Melanda Mawi Dan Sahabat-Sahabatnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada barisan cabinet Mawi FC.

Buat pertama kalinya dalam sejarah dunia hiburan di Malaysia, muncul seorang artis yang melonjak namanya pada bulan pertama penglibatannya. Nama Mawi saya rasa akan terpahat didalam sejarah dunia hiburan Malaysia sebagai artis yang lonjakannya bagai satu taufan kuat yang melanda.

Dan saya merasakan pihak kepimpinan Mawi FC juga patut berasa bangga kerana terlibat secara langsung dalam fenomena ini. Barisan cabinet Mawi MC, saya rasa telah memberikan 200 peratus komitmen bagi memberikan Mawi satu platform untuk Mawi membuka lembaran kariernya sebagai penghibur.

Mengambil kira perkembangan dewasa ini dengan ikhlas saya merasakan, kepimpinan Mawi FC, harus mengkaji semula apakah peranan Mawi FC yang sebenarnya. Perlu ada muzakarah diantara Mawi FC dan Mawi sendiri, untuk menentukan apakah hala tuju Mawi FC, selepas Mawi muncul sebagai juara AF3.

Kerana saya dapat merasakan, yang matlamat asal Mawi FC untuk Mawi muncul juara AF telah terlaksana.

Persoalannya apakah Mawi telah memberikan input dan pandangan terhadap Visi, Misi dan Objekif Mawi FC selepas dia keluar dari AF. Ini penting kerana saya percaya Mawi harus memberikan persetujuan dan percaya keatas apa yang Mawi FC mahukan daripadanya. Ini bagi saya adalah approach yang terbaik.

Diamnya Mawi terhadap sesuatu isu bukanlah memberi makna dia setuju. Kepimpinan Mawi FC mestilah boleh membaca non-verbal behaviours yang Mawi tunjukan semasa perjumpaan bersamanya. Adakalanya seorang manusia boleh memberikan satu reaksi yang menunjukan perasaannya yang sebenar melalui perlakuannya.

Mawi FC mestilah sentiasa beringat yang Mawi tidak menanda-tangani sebarang kontrak dengan Mawi FC, walaupun kejuaraan Mawi sebagai juara AF3 mungkin disebabkan sokongan dan kreativiti kepimpinan Mawi FC. Mawi FC tidak boleh bertindak seperti sebuah organisasi yang telah mengeluarkan biasiswa, menuntut perkhidmatan selepas tamat pengajian. Mawi tidak pernah memohon sebarang biasiswa.

Masyarakat ramai telah mengundi dan menyokong Mawi berdasarkan kerelaan mereka sendiri.

Jika Mawi sendiri sudah mula mempersoalkan tindak-tanduk Mawi FC, maka kita perlu tanya apakah sebenarnya fungsi Mawi FC kepada Mawi sekarang ini. Mesti ada ‘win-win’ relationship antara Mawi dan Mawi FC.

Saya menulis begini kerana saya dapat rasakan (dari kenyataan Presiden Mawi FC dan Penasihat FC) seperti ada geseran antara Mawi dan Mawi FC.

Jika Mawi FC merasakan Mawi tidak memerlukan Mawi FC lagi, lepaskan lah. Akan tetapi jika kita masih sayangkan Mawi ajaklah dia bermuzakarah, supaya hasrat Mawi dapat kita sempurnakan.

Dengan berbincang dan bersifat terbuka, maka kita boleh tahu apakah yang berada didalam perancangan Mawi untuk masa depannya. Dengan ini, bantuan dan sokongan kita kepada karier Mawi akan lebih effektif dan bermakna. Kita tidak boleh mengandaikan apa yang kita buat itu baik untuk Mawi. Jangan ambil ‘paternal approach’. Mesti ada keserasian antara Mawi dan Mawi FC.

Jika kita merasakan tiada lagi common interest, redhalah katalah pada diri saudara/i, ‘aku pernah terlibat semasa Mawi mula-mula menapak di dunia seni’. Dan suarakanlah kesyukuran usaha-usaha anda dulu telah berjaya.

Janganlah barisan kepimpinan Mawi FC bertindak diluar batasan, seperti mengugut mengeluarkan kenyataan yang Mawi berjaya atas usaha Mawi FC dan kata-kata yang memberikan makna sedemikian. Kami yang menaikkan Mawi dan kami juga akan menjatuhkan Mawi kalau teguran dan kritikan yang usulkan dipandang sebelah mata... Bukan kalimah WORLD yang menaikkan Mawi ...tanpa ahli Kelab Sahabat Mawi yang setia dan kosisten menyokong beliau..Mawi tak akan berada disini hari ini!!!” kata-kata sebegini hanya akan menunjukkan kelatahan segelintir ahli cabinet Mawi FC sendiri.

Jika Mawi FC adalah sahabat yang sejati, fikirkanlah cara yang terbaik untuk berhubung dengan Mawi. Berikanlah teguran mengikut saluran yang tertentu. Kita mesti berfikir secara positif, mungkin cara kita menasihati atau berhubung dengan Mawi itu salah. Buatlah satu analisa mudah, bagaimana cara yang berkesan untuk berhubung dengan Mawi. Mawi bukanlah se-naif yang kita rasakan.

Mawi FC mestilah menunjukkan kematangan didalam tindakan dan kenyataan media mereka. Mengambil langkah konfrontasi bukan lah jalan yang terbaik.

Akhir kata, saya memohon maaf jika tulisan ini menyingung mana-mana pihak. Saya hanya ingin meluruskan yang bengkok, merapatkan yang renggang. Tidak pernah terlintas untuk saya mencampuri urusan Mawi FC. Anggaplah ini teguran ikhlas dari seorang peminat Mawi.

Wassalam.

Peminat Yang Tidak Pernah Mengharap.

30 comments:

Anak Mami said...

Abang Maman, sedih Anak Mami baca posting abang maman... tapi tu lah yang sebenark - benarknya... Manusia ni hanya nak dengark yang indah indha saja... jadik bila ada yang pelik skit.. terungkit lah segalanya... Have a joyful and blessed Eid my brader...

sikapitan said...

Peminat yang tak berharap? Macam ayat hamba sahaja Abang Maman:)

Tiada jalan yang lurus. Pasti akan ada cabang-cabangnya. Cuma jalan yang sudah tidak berfungsi, harus diperbaiki, dan jalan yang merbahaya, harus dijauhi.

wasalam

The Way I See It said...

dah awak yang panggil saya dengan nama tu, saya pun ikut je lah...

Anonymous said...

ada yg tersurat, ada yg tersirat. have to look at both sides of the coin. dia pernah berkata, kalau tertidur tolong kejutkan. tapi kalau dah kejutkan tak nak bangun, macam mana ye?

Anonymous said...

Just my view. M(memang nama sebenar) yang tertidur ka atau FC yang tertidur dengan mimpi/fantasia indah? Rasa2 FC yang tertidur kalu tengok official statement (cakap macam tak ingat tuhan). In that case macam mana nak kejutkan ek? Hopefully this letter will somehow gets to their senses. Thanks maman.

Anonymous said...

Hamba rasa masalahnya adalah Mawifc agak lari sedikit dari landasan! Pimpinan Mawifc yang ada sekarang lebih kepada bermatlamatkan keuntungan dan dollar sign, Mematenkan mawifc dan tidak membenarkan pihak lain menggunakan hak tersebut tersebut. Mawi adalah milik semua dan milik masyarakat. Usahlah mengambil kesempatan yang melampau

-aku hamba allah-
whilmi@gmail.com

Anonymous said...

well said maman...hope this note cld knock some senses into someone's head....

Aris said...

Aku setuju dengan Sdr Maman. Mawi FC perlu tengok balik apakah objektif Mawi FC. Kalau dilihat dari segi istilah, Fan Club ini sepatutnya membantu menjayakan atau menaikkan icon mereka. Seperti FC dalam bolasepak, mereka berusaha untuk meningkatkan lagi kejayaan pasukan mereka - dari segi sokongan moral dan material. Jika tidak menyokong, ahli perlu keluar dari FC tersebut. Mereka tidak diperlukan lagi. FC perlu terus dengan objektif asal mereka. Jika ada pemimpin FC yang tak sealiran, dia pun patutu undur diri, biar orang lain "take over".

Anonymous said...

Aku pun rasa kabinet mawifc dah melencong.. Mereka patut lebih bijak dan bukannya bertindak cuba untuk menjatuhkan Mawi apabila mawi tidak melayan meeka atas sebab2 yang mereka sendiri tahu atau mereka tak tahu sebenarnya kerana terlalu fokus kepada diri sendiri sehingga boleh mengeluarkan kenyataan seperti tuhan..

sultanmuzaffar said...

Oleh kerana blog aku sudah wujud sejak AF1 hingga AF3 (ulang sekali lagi...dari AF1 hingga AF4 tau !!!, wajar ke kalau aku claim kerana BLOG aku lah astro berjaya dapat kutip undi berjuta-juta, kerana BLOG aku juga lah bintang-bintang AF bersinar, kerana BLOG aku jugalah peminat-peminat AF tergerak untuk undi dan kerana BLOG aku jugalah staff ASTRO dapat bonus.

macamanalah statement-statement dungu mcm tu boleh keluar.

hahahahhahahaha...VAIN GILER !!

p/s: maman, kalau ko terbaca mana-mana statement seperti di atas terkeluar atau tertulis kat blog aku, aku benarkan ko ketuk kepala aku supaya aku sedar diri sikit. ok ?

Anonymous said...

Nak kejutkan ada carenye. Kalau ditujah atau simbah ngan air mahu tak hangin satu badan..

Anonymous said...

Sebagai org yg juga terlibat secara langsung dgn FC salah seorang artis AF, saya rasa semua FC mempunyai kemelut yg sama. Bezanya ialah reaksi kita kepada artis tersebut. Saya dan jawatankuasa saya juga pernah merasa dukacita, sedih dan kecewa dgn gelagat artis kami. Tetapi tidaklah sampai ke tahap memboikot dan memalukan artis kami. THINK AGAIN.

mynicknames said...

bernas maman! kes mawi entered disco havoc macam mawi kena tangkap mabuk masok frontpage. sampai yang mengepalai fanclubnya mengeluarkan kenyataan mengejut begitu. Betullah SM, kalau aku ada dekat, mau rasanya aku dekel kepala. bukan kepala mawi ok. tak apalah, siapa yang taknak beli album mawi, biar aku yang borong sendiri dan sedekahkah pada anak yatim dan orang susah yang berhajat menyimpan album mawi tetapi tak mampu membeli

Anonymous said...

SM punya statement tu memang patut kena sekeh pala dia nih... ada ke dari Af1 sampai AF4 walhal dia sendiri kata AF4 taknak dah.... Maman, (EL lagi selalu jumpa kot?) PI SEKEH CEPAT!!!

On serius note... what is FC? Remembered semasa kat oversea dolu-dolu lagi ganas astist punya FC tapi, nak dekat ngan artist tu pun kengkadang tak merasa....
FC ni basically one-way ticket bukan 2 way ticket. FC untuk memudahkan sesama peminat joined the crowd dan tahu schedule dia supaya peminat tak tertinggal bas... Nuff said?

Anonymous said...

Nampak sangat 'kelab sahabat MAwi' ni tak ikhlas. Menyokong tetapi mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Mungkinkah publisiti murahan?

Anonymous said...

pada pendapat saya yg tak seberapa ni, rasanya kepimpinan atas MAWIFC, sedang cuba mengambil kesempatan ke atas diri Mawi sekarang ni. Contohnya yg terbaru ni, SMS Raya kepada Mawi, pemenang yg dipilih oleh Mawi akan dpt melancong ke Syria bersama2 Mawi. Adakah program ini dibincangkan bersama dgn Mawi, ataupun Mawi sekadar jadi pak turut je. Mawifc sekarang ni telah menjadi organisasi yang mengaut keuntungan dan semestinya aset Mawifc adalah Mawi sendiri.

Ikhlas ke perjuangan Mawifc? Pihak kepimpinan Mawifc mestila takkan mengaku yg mereka ada buat silap. Tak penah berlaku dalam sejarah artis malaysia, fan club artis tersebut yg menjatuhkan artis sendiri...

Mawifc sudah ada ciri2 bongkak. Rasanya sebab itulah Mawi sendiri tidak berminat lagi...

sultanmuzaffar said...

papaadlis said...

On serius note... what is FC? FC untuk memudahkan sesama peminat joined the crowd dan tahu schedule dia supaya peminat tak tertinggal bas... Nuff said?

SM said...
itu yang sepatutnya. tetapi ada FC yang dah melampaui batas & ingat artis tu mereka punya dgn alasan "akulah yang menaikkan artis tu dulu, akulah yang vote berjuta2 untuk artis tu dulu, kalau bukan aku, siapa lagik ? hanya akulah yang menyebabkan dia jadi bintang skrg"

The Way I See It said...

hai, aku baru balik pasar ni...

balik2 tengok dah banyak komen.

Tulah AF3 kali nie, macam-macam ada.. :) Dah letih nak komenlah.. ni last posting pasal hal2 mcm nie.

Boring lah...

Nak tunggu SM review album Mawi, sebab review2 ni kepakaran SM.

Ingat SM, bila dah disebut pakar tu.. kang ader lah yg kata pasal aku review Album Mawi lah sebab tu dia laku....

Aku ketuk kepala ko nanti... :)

Anonymous said...

Nak tunggu SM review album Mawi, sebab review2 ni kepakaran SM.

Ingat SM, bila dah disebut pakar tu.. kang ader lah yg kata pasal aku review Album Mawi lah sebab tu dia laku....

Aku ketuk kepala ko nanti... :) UnQuote

Gelak guling-guling aku...

sultanmuzaffar said...

ok lah..

sebelum review lagik aku nak cakap ayat tu...

dgr sini semua wahai pembaca ku semua...

kerana aku review album mawi lah album itu laku sampai 600,000 unit terjual. dgr itu semua wahai pembaca-pembaca ku dan ingatlah ayat-ayat ini sampai bila-bila.

ayat ini akan diulang tayang setiap kali mawi buat aku bengang dan aku akan tulis kat blog aku untuk mengingatkan semua pembaca aku bahawa akulah yang bertanggungjawab melakukan album mawi.

boleh ??

Anonymous said...

aku perasan org atasan mawiFC ni
kuat merajuk dan kuat mengugut.
tambah satu lagi kuat ngungkit!

Anonymous said...

adeh lah.... cukup lah tu SM...

buat semua, SELAMAT HARI RAYA....

Saira said...

kelakarla SM ni.. well said bro maman.. Selamat Hari Raya semua..

Anonymous said...

btl ckp ko maman....hai....cian mawi!aku pun ahli mfc...kdg mmg ade bdk mfc slalu kelencongan.....cr terbaik, wat bodo je la...toksah lyn....

mahaza said...

ada cobaan mengodam? pelik? musykil?

The Way I See It said...

Tak apa lah Mahaza, ada orang yg masuk tadi, reset setting aku, sampai hilang blog aku sat for 30-40 min.

But aku dah republish dan tukar password aku.

Kenapa lah yer...

Anonymous said...

I kat oversea ni dan selalu gak baca blog2 korang ni utk mengubat rindu..(ceeehhhh)..Tapi kan, I mcm blur sket lah ngan kekecohan yg melanda tanah air (bagai diserang Jepun balik..hahhaha..).
Tolong jelaskan apa benda nyer yg Mawi buat sampai murka sungguh MawiFC & konco2 nya? Pegi pub? Salah ke gi pub? Kalau dia minum oren je kat pub tu, salah ke?...

haiiii..... relek ler..

The Way I See It said...

SM: ko ada masuk wen Mawi FC ke? posting ko ada kat situ lah... ker ada mamat yg menyamar letak nama dia...

Aku nak sekeh kepala mamat yg godak setting aku kat blogspot tu.. kalau aku tahu lah sapa...

sultanmuzaffar said...

aku yang letak kat web mawifc tuh, tapi tah sapa tah pi paste kat blog juan.

The Way I See It said...

Hmmm.. aku dah baca dah..

tapi komen2 penyangak kat sana lagi teruk.. Aku naik kesian lak gan si Juan tu.

Nantilah.. ko online yahoo tak?