Tuesday, October 25, 2005

Kesilapan Mawi, kesalahan kita

Minta maaf pada yang mungkin terasa.. Tetapi kebenaran memang pedih untuk dimamah.

Seperti yang telah saya tuliskan di dalam posting saya yang terdahulu, Mawi akan dijatuhkan oleh segelintir peminat fanatiknya sendiri. Belum pun 3 bulan dia bergelar juara AF, maka sudah ada banyak cerita-ceriti dari peminat fanatiknya, ada yang nak nak pulaukan album sulungnya. Hah, sudah aku katakan!

Kerana apa?, kerana akhirnya Mawi tidak dapat lagi menahan dan menjadi orang yang menjadi fantasia sesetengah dari peminat2nya.

Mawi mahu menjadi dirinya sendiri, seorang mat simpang yang sempoi, bukannya Mat Belia yang harus control gaya, percakapan dan cara hidupnya. Kita lupa pada Mawi yang kita lihat di dalam diari, budak kampong yang ringkas dan bersahaja, kita marah akhirnya pada masa ni kerana kita mahu Mawi jadi Mawi yang kita fantasikan, separa Maksum. Itu fantasi kita

Kita sebenarnya yang beriya-iya mendakwa Mawi umpama seorang yang cukup syaratnya, idola belia Se-Malaya. Kita lupa Mawi juga punya perasaan, dan dia mahu jadi dirinya sendiri. Kita halang dan hina tunangnya, kerana kita rasa tunangnya mahu tumpang glamour, tanpa memikirkan perasaan Mawi sendiri. Manusia punya perasaan, selain dari akal yang berfikir. Itulah kesilapan Mawi FC! Kerana terlalu mahu menjaga hal2 Mawi, hingga Mawi sendiri rimas…. Saya percaya ini luahan isi hati Mawi sendiri kepada kenalan2 lamanya…

Kita marah Mawi tak dengar cakap dan nasihat kita, tapi kita lupa adakah kita juga berhak memberikan nasihat padanya. Jangan fikir hanya kerana hanya kerana kita laburkan wang pada sms atau bawa banner sokongan di konsert untuk menyokong Mawi kita ada hak mutlak padanya. Kita lupa kita baru kenal dengan Mawi…

Jadilah penyokong yang realistic, kiranya kita dulu Mawi rapat dengan kita, tapi kini dia tak lagi seberapa mesra, jangan lah kita marah, kerana ini lah dinamakan natijah dari peningkatan kualiti hidup Mawi sendiri. Kawan dan orang sekeliling akan berubah selaras dengan perubahan kualiti kehidupan, ini lumrah alam. Janganlah merajuk hanya kerana kita rasakan nasihat kita tidak diendahkan. Tak payahlah kita hebahkan yang kita tidak mahu membeli albumnya, hanya kerana Mawi tidak mengikut acuan yang kita mahu.

Mawi ada hak untuk menjadi Mawi yang dia mahu, tanpa ada rasa tekanan dari orang disekelilingnya. Tak semestinya masuk pub sekali, maka Mawi akan jadi jahat dan lupa pada agamanya.

Jika Tuan Guru Nik Aziz yang Zuhud dan Kasyaf percaya pada kebolehan dan sinar matanya, mengapa kita tidak? Manusia melakukan kesilapan, itu fitrahnya, tapi tak bermakna manusia tidak boleh berpatah balik dan membetulkan kesilapan tadi.

Semoga Mawi beroleh pengajaran dari kejadian ini, dan kini dia sudah faham siapakah pendokongnya yang sebenarnya. Bukan fanatic yang bermusim, tetapi silent majority yang memerhatikan kerjayanya dari jauh….


73 comments:

sultanmuzaffar said...

Biarlah aku seorang sahaja yang membeli album Mawi, kerana aku mahu Mawi menjadi seperti apa yang Mawi sendiri mahu jadi dan bukannya menjadi mengikut apa yang aku harapkan atau peminatnya harapkan.

Sudah saya katakan, saya akan baca komen dari Maman sejak dulu, sampai sekarang atau sampai bila-bila.

sunday said...

Muz, saya setuju dgn kamu. I'll be the 2nd person yg akan beli album mawi. Sbb saya sokong dia kerana diri 'DIA'. Tak ada istilah idola fantasia dlm hal ini.

Saya baca apa yg diperkatakan dlm blog juan. Tak apa kan kalau saya sebutkan nama blog? Perkara pertama yg saya fikirkan 'Juan, we don't kiss and tell!'. Kalau semalam kamu yg memperjuangkan idola kamu, tp hari ini kamu yg membuka keaibannya, it's so sad.

royce said...

Saya setuju pendapat Maman

Anonymous said...

pendokong mawi bukan yang terdedah, tetapi yang tersembunyi.
bila mawi ditimpa saat-saat sedih begini, sebahagian besar "sahabat-sahabat' ini lantang muncul mengutuknya. mujur "sahabat-sahabat baru" yang selama ini menjadi pemerhati di ruang DB mawifc, muncul memberi memberi sokongan kepada mawi yang hampir rebah dipukul peminat-peminat fanatiknya.

Anonymous said...

Ya. Saya sebilangan penyokong dan sahabat mawi yang kerap memerhati dari jauh. saya akan terus membeli album mawi, bukan kerana saya dia seorang yang 'alim' atau 'warak' tapi kerana dia adalah dia dan tak ikut cakap sesetengah peminat fanatiknya yang terlalu emosional dan keterlaluan. Mawi adalah manusia biasa, macam saya dan macam anda. Tak pernah lepas dari dosa.

Anak Mami said...

I agree with Maman and SM.. and Anak Mami will be the the 3rd person to buy the album..

papaadlis said...

Sememangnya aku menunggu komen dari maman....
Aku agreed dia makin rimas agaknya... aku gerenti beli album dia...
Just imagine ada yang dok menceritakan ketidakpuasan hati kononnya Mawi tak mesra peminat. Is it? aku rasa peminat-peminat ni lah yang menyebabkan Mawi menjauhkan diri sebab takut.
What say U?

AkuKot said...

aku akan beli gak cd dia..
Mawi adalah Mawi..Takkan dia nak ubah segala2nye demi peminat/sahabat dia..
Aku akan sokong karier dia seperti mana aku sokong CT sampai sekarang.

rorygilmore said...

maman..
suka baca komen you...thanks to SM..biarla semua yg so called'fanatics' tu nak boikot album dia...saya akan tetap beli album dia, krn saya percaya setiap manusia tu ada kekurangan dan kelemahan dia...ada jatuh bangunnya..wish him all the luck...

Linn said...

Saya juga akan tetap beli album Mawi walau apa pun cerita ceriti pasal dia. Saya beli kerana saya suka dia. Walaupun, kalau betullah dia masuk disko or apa2 perangai dia yg menjurus pada tak baik, itu saya pandang pada angle yg berbeza. Yap, saya tetap akan beli album dia.

DrNor said...

Apabila di sini resah saya hilang selepas membaca pos-pos yg 'sakit' di DB Mawi fc com. Terima kasih Maman kerana menulis ttg hal yg benar. Sedangkan saya yg sudah membela anak bujang 19 tahun masih belum dapat membentuknya mengikut acuan sendiri kerana dia mahu menjadi dirinya sendiri, apatah lagi Mawi. Saya bukan sahaja akan membeli malah dah siap tempah album Mawi lagi. Sebabnya? saya meminati suara Mawi, bukan berminat untuk 'memutihkan' Mawi. Ini bukan cobaan ini yg benar...

Anonymous said...

Yang menyebarkan keaiban org dan mengajak membenci dan memulaukan itu adalah lebih berdosa. Semoga Mawi diampunkan Allah. Juga semoga Juan dan yang sekapal dengannya mendapat hidayah. Saya akan beli album Mawi kerana sependapat dengan sultanmuzaffar.

firefly said...

Aku akn tetap sokong Mawi sampai bila2. Aku akn terima dia seadanya, siapa yg tak pernah lari dr membuat salah dan silap selagi bergelar manusia. Wht doesn't break u, will make u stronger. Doakan yg baik2 shhj utk Mawi.

Chairman said...

agreed with all. as i said earlier, i love mawi the way he is and i will support him by memborong his album and give it to some people who also loves him but cant afford to have his album

Anonymous said...

TQ maman and SM , I always love to read your writing. I will buy Mawi's Album ...definately! Manuasia berbeza-beza . Jangan kita samakan org seperti kita kononnya kita baiklah tak pergi disko..konon baiklah kalau pakai tudung .. sebenarnya Tuhan lebih mengetahui. Kalau kita aibkan org... Allah akan tunjuk keaiban kita. Doa seorang Muslim lebih berharga dari hinaan .

Saira said...

Well said maman.. saya taknak sebut nama sesiapa tapi kalau minat Mawi kena bagi ruang pada dia.. mmg mengejutkan bila yang sokong beria2 begitu cepat memberi hukuman..yang keruh tu boleh dijernihkan dan tak pasti jugak sekeruh mana sebenarnya.. andaian amat bahaya sekali..

Apapun saya tetap akan beli album dia.. tak kisah la jadi orang nombor berapa beli pun :)

Anonymous said...

siannn,.. hanyut jugak ngko ahirnyaaa :(

papaadlis said...

aku dah plan nak beli dua dah. satu tuk kereta aku, satu tuk kereta org rumah....
tunggu komen dari SM pasal isi album jugak....
kalo ikut original info, aku rasa aku tak rugi beli....

LINA NOR said...

I just found you out maman, as of today, I'll follow your "Point of View".

Bernas sekali pandanganmu.

I agree totally.

GuardianX said...

Emmm thanks Maman..pandangan macam ni laa yang aku tunggu dari semalam...separuh dari apa yang hendak aku katakan telah ko kupas...
Dan aku pun banyak bersetuju dengan komen komen dari pengunjung blog ko ini...well done bro!!!
Mawi adalah Mawi

Anonymous said...

Ada fan yang suruh Mawi berubah jgn teleng kepala bila cakap. How pathetic can u be!

Anonymous said...

Saya bernasib baik kerana tidak termasuk dlm golongan tersebut. Dari awal saya bersimpati dgn Mawi. bila tersebarnya cerita2 tidak baik tu, saya berasa ada 'Hikmah'nya baik untuk kita dan jugak Mawi(utk musahabah diri agar sentiasa beringat dlm permainan dunia sosial)Saya akan terus menyokong Mawi dr jauh.

Anonymous said...

Memang malang kan, di sebabkan segelintir golongan yg terlalu taksub dan fanatik ini banyak hati2 yg terluka. Kekadang sakit hati membaca komen2 yg di tulis tanpa berfikir panjang. Tanpa memikirkan akibat pd org lain. esp dlm forum2 perbincangan. Sedih hati memikirkan apa sudah jadi dgn masyarakat kita. Fitnah dan umpatan di dunia cyber memang lebih bisa akibatnya. Sekurang-kurang hati terubat sedikit membaca tulisan anda. Masih ada yg berfikir sebelum menulis rupanya.

Nisha

waiem said...

saya juga akan beli album dia..:)

Anonymous said...

saya pun akan membeli album mawi...sokong dengan pendapat maman!

kinrara said...

hati yg resah terubat di sini...thanks maman...thanks also to SM..now i know..who you really are...

Anonymous said...

ini nama die professionalism...
Mawi 'profesyen'nye penyanyi dan peminat seseorang penyanyi meminatinya kerana nyanyiannya yang menghiburkan mereka...tak lebih dari itu...love Mawi's voice!

azmer said...

kawan akan beli album mawi kalo ade lagu yg sedap selain dari lagu aduh saleha (yer aar lagu tuh dah ade dlm evo). tentang peel dia tuh,, emm tuh hak dia, biar laa dia bernafas dengan cara dia.

Anonymous said...

Teguran itu perlu bagi mengingatkan kawan/family yang kita sayang tersalah laku.
Tapi mungkin cara menegur itu berbeza bagi setiap orang.
Mawi beruntung kerana ramai orang yang sayang dia.
Macam dalam satu family, mcm mana sakit hati pun bila ada ahli yang buat perangai, rasa sayang tu tetap ada walau rasa terkilan bila nasihat tidak diendahkan.
Saya pun akan beli album dia... (kali terakhir beli album 10 tahun yang lalu)

Pn. Nor Fadzlina Nawi said...

Maybe maman should published your views in any major newspaperlah...

Baru ada yang lebih terasa...

lilinhitam said...

saya pun tetap akan beli album mawi jugak especially after reading joe lee's article dlm malay mail hari ni. mawi is mawi, dlm extended diary pun dah tau perangai dia mcm mana- cuma ramai yg ingat dia baik giler. of course tak salah nak tegur dia tp dgn cara yg baik. kalau dah kenal sgt tu, jumpa ajelah, takyah nak bg tau satu dunia. susah sgt ke? jgnlah nak influence org lain pulak supaya boikot his album.

Anonymous said...

Memang betul teguran perlu ada, tetapi kalau betul teguran kerana sayang tak perlu di hebahkan seluruh dunia. Itu teguran untuk menjatuhkan namanya. Kerana persepsi dan penerimaan manusia itu berbeza-beza. Apa-apa hal pun biarlah berbuat sesuatu itu berpada-pada.

papaadlis said...

Since PC dah closed the same topic kat dotnet mau panajang lagi komen kat sini....

My Point of View said...

Kenyataan adakalanya menyakitkan.

SM: I will reply your mail, nanti malam... sorry la , nie bz sikit

Anonymous said...

...aku suka Ella...walau ramai sgt yg kutuk dia...

over ngada2..dah tua x sedar diri..isap ganja...

masalahnya...aku suka sgt suara Ella yg bg aku "one n' only"

...aku pun suka Mawi...dan aku tak peduli Mawi masuk-kluar disko...

sebab..."aku" pun x tau MACAM MANA TUHAN nilai aku...walau AKU X PERNAH MASUK DISKO APATAH LAGI MABUK2!!!

Anonymous said...

Mawi is Mawi...manusia biasa yang tak lari melakukan kesilapan but i trust he will surely sedar dr kesilapannya....selagi mawi ada album..aku akan beli yang original ...because he represent himself...

-alieyana-

Anonymous said...

Maman,
Saya juga penyokong mawi, yang membeli setiap cd mawi walau ramai org mengatakan cdnya tidak berkualiti kerana saya benar2 ingin menyokong kerjaya mawi. Memang agak sukar menerima berita yang tidak disangka2... tapi bila difikir2kan secara mendalam... saya masih akan terus menyokong dia. Saya tetap akan membeli cd2nya... dan terus mengundinya untuk apa2 carta sekalipun. Saya cuma ingin dia berfikir sedalam2nya sebelum dia melakukan sesuatu yang bole menyakitkan hati ibu dan ayahnya... Kerana mereka berdua inilah org yg dia sanjungi sebelum ini.
Mawi sungguh beruntung kerana ramai yang menyayanginya...

Anonymous said...

Maman & SM

Saya sokong pendapat anda, saya tetap akan tertarik dan beli album Mawi because dirinya, kerana dia dan saya terima dia seadanya. Manusiakan takkan mampu jadi seputih tuhan, kesilapan itu kadangkala perlu untuk kita kutip pengalaman asal saja kita mahu belajar dari kesilapan.

Anonymous said...

It's not easy to change a person we just knew overnight..que sera sera, kalau Mawi rasa dia perlu berubah ke arah mana sekalipun itu hak dia. Kalau nak tolong pun, don't overdo things, Mawi bukan patung nak dicontrol setiap gerak-geri dan tingkah-laku ...

Noor said...

SM & maman....hv been reading both ur blogs almost everyday...hv also been reading others'..ex. juan's, klubbkid's, elkapitan's...all hv their own way of expressing opinions / feelings.... but i noticed...SM's & maman's & elkapitan's lebih rasional...good job! mawi's album? yes..will definitely buy..dah book pun kat my sis yang kerja kat tower records...

the shocking news? betul ke tak betul...Allah knows! sebab so far..tak ada sesiapa pun yang mengiyakan...mahupun menidakkan..cerita samar samar...so..whatever will be ..will be...

way to go maman & sm!!

Anonymous said...

I will not buy his album sebab dah tak minat, nak buat macammana kan. Actually, I pernah bukak topik ni kat forum cari, samada peminat Melayu capable nak menilai bakat seseorang tanpa menengok latar belakang or perilaku seseorang artis tu. Obviously, majority cannot, belum matang enough I suppose. But not to worrylah, his bakat (if there's any) will sustain him, just look at Jamal.

Anonymous said...

first time saya jengok blog ni.. itupun setelah diwar-warkan oleh SM.. nampaknya lepas ni kena datang melawat hari2lah
Ayat2 yg disusun amat sedap didengar & dibaca.. rasa cam sejuk hati..

Saira said...

Hmm.. semuanya pasal mawi.. dia buat salah takla sebesar mana pun dan kita pun boleh tegur dgn rasional sebenarnya tapi sebab Mawi kan.. kecoh se-Malaya.. This is the price he has to pay.. It's hard to fulfill people expectation esp. when they expect too much.

Mawi.. Mawi..

Blue Ring said...

Memang dulu dah tahu yg Mawi akan dijatuhkan oleh peminat fanatik dia dan bukannya oleh musuhnya.

I will not buy Mawi's album cause I dont think he's that good of a singer. But I do sympathize with what's happening to him.

sikapitan said...

Abang Maman tahu pendapat peribadi hamba (tidak perlu balas emel;).

Hamba juga sudah menyuarakan pendapat "berkias" di laman senikami.blogspot.

Semoga abang terhibur.

Yang buta harus dicelikkan.

wasalam

Anonymous said...

Maman & sahabat2 Mawi yang lain...

saya juga akan beli album mawi kerana nak menyokong dia... kerana dia ada potential.... dan kerana dia adalah Mawi....

Dah book pun 3 album dia walaupun tak tau nak bagi sapa lagi satu.... 1 for my self (specially signed by Mawi InsyaAllah), 1 for my sister (birthday gift) and lagi satu, nak bagi siapa ya? Hmmmm....

kedeqq said...

kedeqq n family akan beli album mawi, dun worry...

jang said...

About album ini, aku akan beli hanya jika ia selari dengan naluri aku. Jika lagunya lagu yang tidak membina aku tidak akan beli. Biar ada pengajaran dan pedoman untuk warga Malaysia bukan mengarut tak tentu pasal macam setengah lagu. Aku lebih minat lagu ciptaan M. Nasir. Ada mesej positif, mesej memajukan peribadi kita secara kerohanian.

soulfly said...

Aku takkan beli album Mawi, bukan sebab aku anti kepada Mawi, bukan jugak sebab aku bekas fanatik Mawi, jauh sekali pernah menjadi peminat Mawi, namun tidak juga pernah membenci Mawi. Menjadi seorang juara program realiti tidak akan menyebabkan aku rasa terpaksa untuk membeli albumnya.

Aku cuma meminati lagu-lagu yang menepati citarasa aku, bukan seorang yang membeli album berdasarkan simpati atau fanatik.

Walau bagaimana pun, beli lah album yang original dan sokonglah industri muzik tempatan.

Anonymous said...

A'kum...saya pun akan beli album Mawi & akan terus sokong dia...pls give him space..dia pun manusia biasa..sampai bila dia nak jadi yg bukan dia kan...hanya utk memenuhi kehendak org! ermm..hopefully mawi will success n pls be urself!

Anonymous said...

Assalamualaikum,
saya telah membeli 48 cd Best of Mawi World dan memberi kan kepada student saya.Saya akan juga membeli mungkin lebih banyak album solonya untuk staff dan student saya semester depan.Mawi telah banyak menceriakan hidup saya menerusi konsertnya dan saya menyanyanginya dari jauh.Saya harap Mawi jangan terlalu hiba dengan apa yg sedang diperkatakan kerana saya tahu begitu ramai yg menyokong Mawi dlm diam.

Al-Zawahiry said...

Semua pihak melaungkan harus ada professionalise dlm kerjaya kita demi utk mencapai kejayaan dan kebaikan ... Namun , sbg org Islam kita juga mempunyai batasan-batasan dan prinsip-prinsip agama yg wajib kita patuhi ... Jadi apabila berlakunya pertindihan diantara tuntutan professionalisme dan batasan agama, sudah tentu kita tahu mana yg harus diutamakan .. Tidak harus timbul isu kedua-duanya adalah 2 bab yg berbeza ... Islam itu sudah semestinya wajib dijadikan panduan dan cara hidup kita , bukannya berkisar persoalan fanatik atau berfikiran sempit .... usah sesekali bertanyakan selera apabila kita bertepuk dada, tanya lah iman masing-masing

wan said...

Berpesan² pada kebaikan..
Menegur pada kesilapan..

Aku kenal penyokong dan fanatik slps membaca tulisan mrk di mawifc.com. Mmg aku harap Mawi akan kekal Mawi sms Konsert Prelude, tapi apa hak aku utk menghalang dia berubah (atau kembali kpd Ustaz Rock di FTA dulu).

Apa pun, kita berdoa agar kita semua akan menjadi yang lebih baik dari hari ini dan semalam.

Selamat Hari Raya!!!

eisya said...

Aku setuju dengan pendapat kau. Biar lah Mawi menjadi Mawi dan aku akan terus menyokong kehadirian Mawi dalam dunia seni kerana aku minat pada suara dan bakat dia. Aku tak mengharapkan sebarang balasan di atas sokongan aku selama ini. And for sure, aku akan beli album original dia.

Anonymous said...

saya hanya dpt memerhati dr jauh...saya pernah tgk fanatik mawi sesungguh nya saya bersimpati dengan nasib yg mawi terima krn dpt peminat yg terlalu xtreme hingga mawi tidak diberi ruang untuk jadi dirinye sendiri tapi saya tahu mawi akan buat apa yg dia nak buat bukan kerana org lain...Insyaallah sekiranya album mawi mampu menarik minat saya dan dpt jadi halwa telinga yg best pasti saya akan beli...peluang jumpa mawi..saya cuma dpt wish him the best of luck krn saya tahu mawi tertekan...terpancar di wajah nya

Anonymous said...

saya tetap sokong Mawi dgn membeli album ...hal2 peribadi Mawi tak perlu la saya amik tau...kerana diri saya sendiri pun byk yg kurang....

sbb saya berpendapat, Mawi mempunyai vocal yg sedap utk didengar...

saya cuma harap Mawi akan terus berjaya dan jgn lupa Tuhan sudah ler...

melia0131 said...

Tidak adil untuk menyalahkan peminat mawi 100%. Saya juga agak terkejut dengan berita yg diterima... bukan kerana mawi tidak menjadi apa yg saya harapkan (saya tak mengharapkan apa2 darinya)... Saya cuma terkejut kerana imej dan penampilan serta kata2 yg diberikan berbeza dgn apa yg telah ia lakukan..
Jika di dalam diari dia tidak boleh mengangkat perempuan lain semasa menari kerana takut emaknya marah... apakah dia tidak terfikir apa yg telah ia lakukan akan lebih menyebabkan emaknya malah keluarganya yg lain berasa hati... Kalau selama ini ia tidak mahu melihat emaknya menangis lagi, tidak terfikirkah dia yg perbuatannya (seandainya benar) akan merobek hati seorg ibu yg menaruh sepenuh harapan kepadanya... jadi perasaan kesal saya dan mungkin segelintir lagi peminat Mawi bukan kerana Mawi tidak menjadi seperti apa yg kami harapkan, tetapi kerana dia mungkin telah terlupa akan tujuan sebenar dia terjun ke dalam bidang seni ini.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna saya akan memboikot dia.. malah saya akan terus menyokongnya... membeli cd2 originalnya.. Dan saya akan terus mendoakan agar dia tidak terlupa asal-usulnya dan tujuan sebenar dia menjadi insan seni... untuk membantu ibu bapanya...
Oleh itu Mawi, janganlah disakiti hati ibu dan ayahmu dik... Mereka adalah idolamu... Hati mereka yg perlu dijaga, bukan hati orang lain...

selamberz said...

i dun beleive in anyhing without proof...inilah yang menghancurkan atau menghadkan pencapaian bangsa melayu zaman berzaman

Anonymous said...

Betul tu slamberz.. mana proofnye? lebih2 je diorang ni..(yang terlibat sahaja)

Anonymous said...

haha Melia,

walaupun kata tidak mengharap tapi sebenarnya jauh di sudut kalbu awak, awak ada letak harapan sebesar gunung sebenarnya..

Apa jadi ngan peminat Mawi yg dulunya berkata "Ingat Sembahyang, Ingat Mawi".. sekarang ni nak jadi "Ingat Disko, Ingat Mawi" ke?

Kesian la si Mawi.. apa nak buat, peminat gak tertipu dan menipu...

papaadlis said...

pada dorang yang dulu pernah solat hajat... ye ke tidak tak tahu lah.... so, sekrg ni, di bulan puasa ni... paling elok pulak malam akhir 10 ni (tinggal 6 mlm je nih) berdoa lah....
aku perati ramai yang baling batu sembunyi tangan....
cam aku sendiri suka mawi sbb 1 reason... hip hop aku tak suka, lepas tu ramai clone, tak kira lelaki atau perempuan...something that mawi has yg org lain takde....

guracus said...

Hello semua, selamat berpuasa and hari raya.
Mengenai artikel ini, pertamanya I just want to say that only mawi himself can/will bring mawi down, bukan fan dia. So to me, the statement yang mengatakan bahawa fan dia lah yang akan menjatuhkan dia to me adalah nonsense!THINK about that!! Dalam pada itu, nak beli atau tidak beli album sesaorang penyanyi itu tak semestinya dikaitkan dengan menjadi peminat kepada artis tersebut. Ramai yang minat sesaorang tapi ramai yang juga tak beli, dan ramai yang tak minat sesaorang tapi ada juga yang beli because of certain reasons. Just like me, i adore a few artists but i dont buy all of thier album and there are those that i dont like but sometimes I do buy thier album.
So, tak payah lah gundah gulana tentang what mawi fans or non-fans nak say about mawi because what they say or dont say dont mean much!
As far as mawi is concern, one must not forget that he is a HUMAN being first and SINGER second! His HUMAN desires and rights and of course FAULTS, thus, come first, IF YOU UNDERSTAND WHAT I MEAN!

YAN2 said...

SAPA BENAR SAPA SALAH?
HEM..CUMA HARAP MAWI AKAN JD ELOK DR SEBELUMNYA..BUKAN MENJD LEBIH TRUK..
SY PUN AKAN BELI ALBUM DIA..SB SUKA DGR SORE DIA..

Akua said...

Saya suka suara mawi.. peribadi dia adalah bonus.. tapi tak penah la pulak saya rasa mawi ni ustaz ke ape ke.. kalau tak dah lama suka kump.2 nasyid kat mesia ni.. Mawi orang biasa saja.. kalau dia minum ke berzina ke.. saya marah la jugak.. kalau masuk disko ja.. itupun sekali je yang saya dengar.. tak sengaja lak tu.. ape ke halnye yang nak kecoh satu malaysia ni..

guracus.. i like what u say.. saya pun cam gitu jugak.. minat kat artis kadang2 tak beli gak album dia.. tapi takde le minat sangat kat some artis.. tapi saya ade jugak beli album tu.. ade reason la..

banzai said...

Kalau benar beliau masuk kesana sekalipun, Cerite sebenar aku x tau lg mcm mane die masuk sane.masih samar2,sebab2 die masuk kesana,semuanye masih samar2. Zahid ,Nana,Farah dan Adam dan ramai artis lain lg yg bukan saje pernah masuk pub atau disko malah membuat persembahan lg,Ape bezanye mrk semua dgn MAWI yg masih samar2 ceritenye.Album ttp beli

Anonymous said...

haha Banzai..

bezanya Farah, Adam,. Zahid or the rest of the artists ialah peminat2 mereka tidak "mengULAMAkan" mereka.. tidak "meMAKSUMkan" mereka.. tidak "meMALAIKATkan" mereka.. tidak "menDEWA-DEWAkan" mereka.. tidak "meLEBIHSLAMdariOrangLainkan" mereka.. jadinya tidaklah peminat2 artis lain menjadi bahan ketawa org lain sekarang...

shaznie said...

assalamualaikum...

1st time hantar comment kt cni...respect kt SM and all silent majority yg still keep on supporting MAWI..apepon yg jadi sekang ni...jgn sesekali menyalahkan MAWI dlm hal ni...

ape yg jdi..album MAWI mesti beli...x sabar nak tunggu hasilnyer..rugi x beli beb..yg lain nak boikot..lantakla..

eta said...

ur right guys (mamam & sm)...mawi is mawi...just give him a break..kena gak tau kenapa dia gie sana...moga mawi akan sedar apa yg dia lakukan...

oja moja said...

just a friendly reminder, there's more to the world than thinking/debating about this MAWI thing.no one can be right or wrong in this case.let mawi do his job, and we do ours.kalo dah tak suka dengan mawi,shut up and kalo rajin..fine the cure for cancer/aids and stuff.lagik berfaedah wa cakap lu.

Adren Mahmud said...

Aku bukan fan Mawi and in fact aku tak minat sapa-sapa pun dalam akademi fantasia. Tapi bila album Mawi keluar aku akan beli. Sama juga dengan album Farah, Zahid, Vince, Aizizi, Linda dan Adam yang aku beli atas nama seni muzika. aku bersyukur ditutup mata nafsu aku untuk jadi fanatik

Anonymous said...

i agree with u maman.i akan beli gak album mawi coz suka dianye sore, lain dr yg lain.setakat ni aku baru beli 1 album je - 1st amuk sbb anak aku suka giler n 2nd will be mawi.yg lain2 tu ntah tak pernah lak terpk nk beli
let mawi be mawi n i will always support him....

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on!
» » »

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... film editing schools