Pertamanya saya ingin ucapakan selamat berjaya kepada sultanmuzzafar kerana berjaya naik balik topblog no1, merampas kedudukan itu dari Lim Kit Siang. Seperti yang saya jangka, tulisan beliau tentang peminat yang dangkal akan melonjakkan beliau ke postition no 1! Nanti Juan kena merajuk lagi kuat yer...
Apa kena mengena buih dengan sokongan peminat?
Pernah tengok buih? Mesti pernah kan... semasa membasuh apa-apa yang patut tu. Tapi buih ni lain sikit ya, ni tentang sokongan yang berbentuk buih. Apa maksud saya (kang ada yang tak faham pulak) ni ada kena mengena dengan sokongan segelintir peminat terhadap Mawi yang umpama buih yang banyak tetapi kosong... umpama buih yang besar, tetapi pecah pabila di jentik atau pegang ...
Resmi buih ialah buih bisa mengembang dengan besar, (ada buih yang kecik, ada yang besar), tetapi biasanya bila buih yang besar tu meletup, air nya akan terpecik ke muka kita balik... atau pun anggota badan kita lah...lepas itu buih itu pun hilang, sekejab je buih-buih nie, biar yang kecik atau yang besar...
Apa kena mengena dengan peminat Mawi, (walaupun segelintir) saya percaya sesetengah dari peminat Mawi ni sokongan mereka macam buih, sebab apa, mereka akan suka bila Mawi mengikut fantasia2 mereka, maka mereka pun pakatlah undi Mawi kat carta Era ke, Muzik-muzik ke... dll. Motif hanya satu, mereka nak Mawi menang.
Tapi mereka lupa, sokongan peminat mestilah berterusan, bukan bermusim. Adakah mereka ni punya sustaining power untuk terus melaburkan wang dan masa mereka pada Mawi? Adakah trend fanatik ini akan beterusan untuk jangka panjang? bagaimana dengan oranga yang tak sokong/minat Mawi? adakah mereka akan terus tak minat pada Mawi? Apa yang Mawi lakukan untuk buat yang lain tu minat padanya... apa yang Mawi harus lakukan untuk mematahkan serangan-serangan tentang mutu persembanhannya...
Kejayaan seseorang mestilah berdasarkan perkembangan organik, bukan yang artificial! Mawi mesti melalui perkembangan ini dan melalui evolusi sebagai penghibur, dan tidak harus peminat terus memapah dan mendokong Mawi membuta tuli (Mawi pun tak nak rasanya) . Maksud saya jangan lah buat promosi, mesti undi Mawi di sana, disini dan disinun...supaya Mawi menang semuanya? Biar massa yang menentukan , adakah Mawi benar2 bagus atau tidak... Jika ada kritikan, terima secara rasional, kerana ada masanya kita perlukan kritikan untuk memperbaiki diri (tapi kritikan... bukan kutukan ye)
cukup2 lah pakatan yang sebegitu (tak caya tengok mawifc.com ...) Bagilah Mawi peluang untuk mencorak dan membangunkan karier nya dengan cara organik.. kita tahu Mawi punya peminat yang ramai... mari kita ramaikan lagi peminat Mawi, dengan menarik mereka, bukan mengenepikan mereka...
Ini penting, untuk pengembangan karier Mawi sebagai penyanyi. Kita tidak mahu Mawi diangkat sebagai artis laksana sokongan yang berbentuk buih, kerana buih akan pecah, bila sampai waktunya.
Wassalam.
Organik itu maksudnya perkembangan yang punya fundamental yg kuat, seperti pokok yang berakar tunjang yang berupaya menahan ribut dan badai (yang membesar dari kecil) , yg artificial itu maksudnya, adalah laksana pokok yang ditanam oleh DBKL, terus membesar tanpa akar tunjang 9sebab pokok jenis ini biasanya dialihkan dari satu tempat semaian, akan jatuh bila ada hujan lebat atau angin yg tak seberapa....
Monday, October 03, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
The IWJ Covers J.K. Rowling and Harry Potter
The latest issue of The Internet Writing Journal includes a feature about Harry Potter author J.K. Rowling.
JT, ebay scam
sokongan bacaan dari JU dan mawifc tuh...hahahha
lagipun artikel dangkal tuh artikel dah basi...dah hujung2 pun...
kadang-kadng yang basi tu yang sedap... tapi lepas tu boleh sakit perut tau.. :)
assalammualaikum.
anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengkategorikan sesetengah peminat Mawi sebagai buih sabun...adakah hanya peminat Mawi yang seperti buih sabun, tidak yang lain??pandangan awak hanya sekadar pandangan, bukan realiti sebenar dunia sekarang.manusia sekarang perlu 'disuruh' baru akan bergerak.anda tak setuju?Fikir2kan lah...sekadar ulasan....wassalam
assalammualaikum.
anda tidak boleh sewenang-wenangnya mengkategorikan sesetengah peminat Mawi sebagai buih sabun...adakah hanya peminat Mawi yang seperti buih sabun, tidak yang lain??pandangan awak hanya sekadar pandangan, bukan realiti sebenar dunia sekarang.manusia sekarang perlu 'disuruh' baru akan bergerak.anda tak setuju?Fikir2kan lah...sekadar ulasan....wassalam
Saya tak katakan peminat Mawi umpama buih sabun, saya katakan sokongan yang berbentuk buih sabun.
Jangan salah faham, saya juga suka dengan Mawi, dan mahu menyokongnya, tapi jika kita sayang Mawi untuk jangka panjang, kita mesti biarkan Mawi melalui evolusi dan pengembangan bakat seni dengan sendirinya, supaya Mawi akan punya fundamental yang kuat untuk berjaya dalam jangka panjang....
Jangan sesekali kita hina peminat/penyokong Mawi.. biarlah mereka bermusim.. itu memang dah trend hiburan masa kini.. cuma kita harap Mawi tak macam tu.. peminat mawi dari pelbagai peringkat umur ada yang muda, tua, matang, tak matang, profesional, tak profesional dan sebagainya.. ragam manusia jadi bila dah ramai banyakla karenahnya.. janganla kita nak salahkan mereka.. Paling saya tak suka bila sesetengah kita menggelar peminat Mawi dengan pelbagai nama.. biarlah mereka nak minat sesiapapun dengan cara bagaimanapun..kita harapkan yang baik2 cukuplah.. kita takkan mampu mengubah orang lain kecuali diri mereka sendiri.. dan jangan sesekali persoalkan duit mereka dan cara mereka..Pakatan2 yang diwujudkan mereka adalah untuk menunjukkan sokongan.. dan mengingatkan rakan2 sebab itu ia ada di mawifc.com bukan di forum2 lain.. mawifc.com adalah ruang mereka..Inilah cara organik, penyanyi harus ada peminat.. harus ada penyokong.. apakah cara organik yang saudara maksudkan?
Tak pernah terniat nak keji peminat mawi, sebab saya pun suka kat dia, cuma kita kena sokong Mawi dengan cara yg betul, kita harus biarkan Mawi berkembang dengan evolusi, jika hanya peminat yg sekarang mengundi, macam mana di masa depan.
Mawi mestilah diberikan peluang untuk menambah baikkan kualiti dirinya, dengan latihan-latihan yang boleh meningkatkan dirinya sbg penghibur.
Sekali lagi saya tegaskan, sokongan yg berbentuk buih, bkn peminat buih! Sokongan yg berbentuk buih akan cepat hilang, itu kita tak nak, kita nak sokongan yg bertahan lama....
Pls, give us some respect..cukup2 la mengata penyokong Mawi. Kita pun ada akal, tahu berfikir..di laman web Mawi pun bkn hanya ada pujian, juga kritikan membina yg kami sampaikan ikhlas buat Mawi. Semua ini kami lakukan utk melihat Mawi lbh berjaya. Takkan la kalau Mawi did a good job at anythg kita tak blh puji dia, credit is given when credit is due..and we're also his critics and will tell him the truth bec we love him sincerely and want to see him succeed. We've promised to be his supporters and friends, and tht for me will continue as long as he is Mawi. Mawi also has promised utk sentiasa belajar & memajukan dirinya. I just don't understand why some people stil dont understand wht MFC mision is..
Seharusnya saya setuju dengan pendapat maman walaupun saya juga peminat mawi seperti ramai lagi. Memang terdapat segelintir peminat yang agak 'over' dan mengambil sikap menghentam membabi buta mereka yang dianggap anti mawi. Walaupun saya juga tidak puas hati dengan beberapa komen, tetapi ada juga yang harus kita terima dengan waras. Peminat Mawi yang mengharapkan kejayaan Mawi disamping mengharapkan Mawi tidak berubah adalah peminat sebenar.
Peminat buih umpama lalang yang mudah berubah arah dan sebagai peminat Mawi, harapan agar ia tidak berlaku amat dihargai.
kena letak baja organik tak utk pokok organik ?
QUE SERA SERA!
ok ler tu
Dear Maman, assalamualaikum.
Dah habis ke perang psikologi kita tentang hal yang sama di Mawi fc net? Satu pandangan yang perlu diperdalamkan lagi untuk menyedarkan peminat yang 'terover' ni, walaupun susah sikit. Jangan cubit saya lagi dahlah ya.
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. http://www.gay-chat-8.info camping equipment plastic surgeons financial planning for disabled children Appliance slide strip Moving and storage companies bronx Zyprexa ambien drug interaction Baccarat cobalt blue Interstate custom vacuum cleaners anaheim california Block paving for driveways company Over the counter yeast infection medications web cam internet blackjack search ionamin online Want to print free business cards asian anal Antique duty ford heavy truck Preggo nippon formatting the hard drive with windows xp
Post a Comment