Tuesday, October 18, 2005

Bahayanya Andaian...

Bahayanya Andaian…

Ada satu lagi cerita menarik yang boleh jadi pedoman bagi kita yang suka buat andaian.

Sepasang suami-isteri tua, berjalan masuk ke dalam McDonald di KLCC. Lelaki tua itu berjalan terus ke kaunter, memesan makanan kemudian membayar harga makanan tersebut. Dia kemudian menuju ke tempat duduk isteri-nya.

Diatas tray itu ada satu burger, french fries size kecil dan segelas air.

Dengan cermat, lelaki tua itu memotong burger itu kepada dua saiz yang agak sama, membahagikan fries kepada dua kelompok yang sama rata.

Dia meminum air itu, sambil di perhatikan oleh isterinya dan kemudian memberikan gelas air itu kepada isterinya untuk giliran isterinya pula minum.

Ada seorang anak muda yang memerhatikan mereka, mungkin kerana rasa kasihan pada pasangan itu berkata pada mereka (kerana mungkin dia rasa pasangan ni agak susah)  ‘ pakcik boleh tak kalau saya belikan pakcik dan makcik satu set lagi makanan’, dengan penuh hormat pakcik tua itu menolak pelawaan anak muda itu sambil berkata ‘ kami dah biasa share segalanya’.

Anak muda tadi masih merasa kasihan dan simpati pada pasangan tua itu, sambil memerhatikan lelaki tua itu makan, sambil di tunggu dengan rasa sabar oleh pasangan perempuannya.

Perasaan sayu (mungkin kerana berasa sedih, dan berasa bertangung jawab dan merasa mesti membela) di hati anak muda bertambah melihatkan hal ini lalu bertanya pada makcik tua itu ‘ makcik kenapa makcik masih tak makan lagi’.

Makcik tua itu melihat anak muda tadi dengan penuh hormat lalu berkata ‘ makcik tengah tunggu gigi palsu pakcik tu nak’.


Banyak bahayanya kalau kita suka buat andaian kan… lebih-lebih lagi jika kita tak tahu hal yang sebenarnya. Apa yang kita lihat tak mungkin tak sama dengan reality….

11 comments:

sultanmuzaffar said...

hehehe.

apa beza andaian kita dengan pendapat kita ?

Anonymous said...

so, conclusion nya.... jangan jaga tepi kain orang?
teringat cerita ini dengan sebuah kisah di jepun (cerita jugak lah) pasal makan semangkuk mee share anak beranak.... kisah menyayat hati. TAPI ropanya nak makan free.... boleh?

The Way I See It said...

hmm... SM, pandangan tu biasanya diberikan oleh orang yang selalunya tahu serba sedikit tentang perkara yang nak disampaikan... mcm panelist2 yg kat dalam forum tu lah.. ataupun mcm tulisan2 ko tu...

Andaian pula adalah sesuatu kesimpulan yang dikeluarkan berdasarkan ketidak pastian...

papaadlis: lebih kurang macam tu lah... hehehehhehe

Anonymous said...

saya selalu berpesan kepada sesiapa yang rapat dengan saya...."never assume! never!!!"....
hmmmmmmmmm....tapi kadang kadang..dalam dok berpesan tu...saya sendiri pun terbabas membuat andaian di dalam sesuatu perkara....at last..menyesal!

mahaza said...

al-fatihah kepada Datin Seri Endon Mahmood dan takziah kepada ahli keluarga Pak Lah....

mynicknames said...

itu la, some people trying to show that they can read others mind by assuming, not knowing that the other party might have think otherwise

bak kat SM, andaian tu adalah pendapat so dia mengandaikan by menimbulkan ilham dari kotak fikiran dia sendiri...

Anonymous said...

Hello semua, selamat berpuasa dari saya.
It`s being a long time since i last buat posting in here. Was away to a few countries for the last dua setengah minggu or so. Baru je balik. Anyway, it feels good to be back home!
Tentang artikel ini, saya nak sentuh satu perkara saja, malas nak ulas panjang-panjang sebab baru nak warm up.
Setahu saya, gigi palsu seseorang is not transferable! so kalau nak menggunakan gigi palsu sebagai asas cerita, TAK ADA MAKNA NYE!:p

The Way I See It said...

Hmm.. Prof. Guracus dah balik... Selamat Pulang Ke Tanah Air ( bersama paluan kompang dan bunga manggar)

Anonymous said...

Terima kasih, terima kasih.
Saya sungguh terharu!
:p

Anonymous said...

Wow, I really like this one. I have a website that talks mostly about arizona classified ads You should check it out sometime.

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »