Tuesday, October 25, 2005

Artis Masuk Disko?

Maka bergemalah seantero Malaya, khabarnya seorang artis yang sedang terkenal telah dibawa masuk ke sebuah disko (pusat hiburan lah agaknya, la ni susah jugak nak cari disko). Konon mengikut cerita yang tahu menahu, artis ni, walaupun tak disebutkan namanya, artis tadi kiranya adalah orang yang terakhir akan masuk ke sebuah pusat maksiat seperti itu.

Sejurus itu, keluarlah pula komen disebuah media (bukan picisan) yang ada bercerita tentang seorang pengurus yang bawak anak buahnya ke disko tadi.

Maka berkokoklah, segelintir peminat-peminat artis (yang bagi mereka, artis pujaan mereka ini separa sempurna) membantah tindakan artis kesayangan mereka itu. (walaupun belum pasti lagi yang pergi tu dia).

Maka berhujahlah segelintir masyarakat disana tentang keperluan menjaga tatasusila, kerana artis yang dikaitkan telah diangkat sebagai role model, bukan hanya oleh peminatnya, tetapi juga pak politik, (yang sekarang ni nampaknya sibuk cuba menperkudakan golongan artis untuk tujuan politik mereka. Bezanya ahli politik dulu dengan sekarang, dulu orang ramai derma bagi tujuan politik, tapi sekarang orang derma juga – dalam bentuk sms untuk tujuan perjuangan artis. Sebabnya taraf artis dah lebih mulia dari taraf ahli politik!).

Dikuatkan dengan kenyataan disko dan pusat hiburan itu haram, menghidangkan air hamar yang terkutuk dan tempat berlakunya keruntuhan moral dan lain-lain lagi. (agaknya mungkin Pengurus tadi nak bagi orientasi.. hehhehe)

Tetapi bukan inikah rempah ratus tamadun hiburan masa kini? Teringat saya kata-kata seorang ahli politikus, katanya, jika nak mencuci tong taik, jangan kita masuk ke dalamnya, nanti kena taik. Oleh itu, jika kita nak menukarkan tamadun dan budaya hiburan kini, kita berada di dalam dunia yang sama, oleh itu sedar atau tidak, akan terpalitlah taik tadi ke badan kita. Maka kita kena bersedia.

Pada kiraan saya percaya, artis popular tadi tentu sedar akan natijah dari keputusannya untuk mencebur diri kedalam dunia hiburan. Kerana lambat laun, dia akan ke Planet Hollywood juga, untuk Sunday Nite Live-nya, bukankah Planet Hollywood juga tempat hiburan yang ada air hamar? Jika tidak minum hamar sekalipun, orang disekeliling kita akan minum juga ataupun air hamar akan sentiasa dipamirkan.

Bagaimana agaknya respon kita bila dia dia akan ke Arena of All Star juga, untuk konsert-konsert atau anugerah. Bukankah disitu tempat letaknya kasino perjudian yang terbesar?

Persoalanya adakah dia yang sebenarnya dimaksudkan? Kerana banyak sangat perkara yang suka dilapikkan. Perkara dan berita berkabus begini sebenarnya, akan lebih mendatangkan fitnah. Jika iya, tulis lah ya, jika hitam katakan lah hitam. Jangan biarkan peminat membuat andaian, kerana banyak buruk dari baiknya.

Saya: Kesian kat artist u, expectation peminat tinggi sangat, macam mana agaknya jika dia tak macam yang kita mahu?

13 comments:

mahaza said...

CUba hang copy paste ni kat tempat yang sibuk melalak tu... agak-agak camana reaksi dorang ye? terutama yang dua tiga org tu lah....

mahaza said...

Kalau tindakan tersebut seperti yang dikatakan boleh mengurangkan peminat, aku rasa dia pun nak buat (sekadar masuk aje...) sampai nak berjalan pun dah tak boleh ape ke hal... nak makan berbuka pun takleh, diorg yang terlampau tak pulak pikir... as u mentioned before jugaklah...semua nak diorg tentukan termasuk le isu D tu...

mahaza said...

"Bagaimana agaknya respon kita bila dia dia akan ke Arena of All Star juga, untuk konsert-konsert atau anugerah. Bukankah disitu tempat letaknya kasino perjudian yang terbesar?" Un Quote.

Soalan tu cuba gi tanya Raihan, Rabbani dan sewaktu dgnnya....

mynicknames said...

itu lah dia nye (my fav sentence). sampai tak boleh bergerak lansung untuk merasai pengalaman hidup didunia yang baru dikenali ni, ape ke hal nye.

anyway, aku terima mawi SEADANYA

Anonymous said...

Hey u. I agree wif u. The Malaysia media should enhance or highlight the news in whichever they wish to present. What's the bloody point of having all this crap like ` pelakon A, or penyanyi B'. Such a dishonest journalism. Due to this. it'll lead to badmouthed and that's even worst aint't it?? Nway, nobody's perfect. Goes the same to that SO-CALLED-EVERYBODY'S-PERFECT'S-IDOL!.

Aris said...

Ini akibatnya pengurus yang bukan sealiran dengan kita. Tetapi Mawi ada kontrak perjanjian. Mungkin sahabat yang rapat dengan Mawi perlu bagi nasihat kat dia. Tetapi jika Mawi hebat dia boleh pengaruhi pengurusnya. Jika ada sahabat lain yang loaded tentu boleh 'beli' Mawi dan bawa dia ke jalan lebih baik.

Anonymous said...

ok, dis is da point.
it is not about expectation or wat..
who like expectation rite??
but when it comes to dis issue, its all bout belief..
its like da feel of betrayed.
trust me, dis is not emotional statement or what. i do like him and i will do support him.
juz now, its like one unpredictable thing.. its like when we heard Raihan or Rabbani masuk disco.. buka ke bunyinya pelik??

Anonymous said...

plz laa.. dont blame anyone bout dis issue. its all bout himself. fanatic fanz mmg ada tp fanatic fanz ke yg buat kecoh2? we juz concern bout him. once dia dah buat silap, kita taknak he repeat da same mistake coz dia sendiri cakap "kalau saya terlena, tolong bangunkan saya". so, dis is da time to wake him up.. we dont want to loose him. like many time we heard, "Mawi not juz singing, he touch many ppl's heart too". may be wat Juan said is juz his feeling on dis. a feeling of loosing someone that he loves most..

Anonymous said...

ALA...ARTIS LAIN ADA GAK YG TAK MASUK PUB DISKO..BERJAYA JER..NAK JD ARTIS BERJAYA TAK SEMESTINYA KENA MASUK TMPT2 MCM TU..

azraai said...

moralnye hukum hudud perlu dilangsungkan di Malaysia sebagai sebuah negara Islam

Anonymous said...

Assalamualaikum, artis masuk disko? crita ni dah basi kan... tapi baru hari ni berpeluang nak surf website ni. dunia hiburan? dunia hiburan ni ala-ala dunia fantasi yang serba indah dan bagus-bagus. hmmm..... saya cuma nak nyatakan, janganlah ambil artis sebagai idola; janganlah mengharapkan artis kesukaan anda akan mengikut kehendak anda. kalau semua cool dan relax, dan faham role memasing; kan lebih bagus.

Anonymous said...

Christmas is just around the corner. No time to go to the mall...then do your shopping online. We sell everything that the mall sells. Shop today!

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Sunroom four season room interior design comparison between vardenafil sildenafil Maximum recommended dosage of provigil for severe fatigue progesterone cream hair loss women Allegra drowsy Physical security letter of understanding Concerta formulary tiers medical insurance http://www.supplements-6.info/fire-alarm-contractor-exam.html Antique fire alarm call box http://www.farmer-insurance-california.info/eastern_sports_outdoor_show.html