Saturday, September 24, 2005

Penulis Mestilah Bertanggungjawab - 2 (Berhadapan Dengan Langau-langau)

Seperti juga seorang ahli politik, penulis-penulis samada professional atau amatur, media perdana atau picisan, akan mempunyai satu naluri, yakni mahu orang membaca penulisan mereka.

Kadangkala mereka lupa, yang kebolehan mereka menyusun kata-kata itu, memberikan mereka satu tanggungjawab untuk membimbing massa kepada satu arah yang boleh memberikan satu pandangan yang membuka minda pembaca.

Bila seorang penulis mula menulis, pada saya, matlamat sesuatu artikel itu pada mereka mesti jelas (sekurang-kurangnya pada penulis), tentang apa yang mesej mahu disampaikan kepada pembaca. Walaupun adakalanya, penulis sengaja mahu menulis seakan prosa-prosa in-direct yang berbentuk sindiran.

Memang sudah menjadi lumrah pembaca, dan juga naluri manusia untuk sentiasa membaca apa yang mereka mahu atau percayai.

Manusia didorong oleh satu sifat yang buruk, iaitu, mereka gemar kepada perkara yang menyenangkan mereka, mereka akan tidak henti-henti membaca (dan kadang-kadang juga menulis) perkara-perkara yang mereka suka atau percaya, tetapi akan menentang habis-habisan mana-mana tulisan yang tidak mereka senangi atau tak setuju.

Contohnya, jadi kalau nak menang top blog, tulislah banyak-banyak pasal Mawi, maka berkerumunlah pembaca akan meluru membaca blog anda…ataupun buatlah satu artikel yang kontrovesi... yang membuatkan satu Malaya tersentak...

Tapi awas jangan tulis perkara yang negative atau komen perkara yang melawan pemikiran perdana, tulis apa-apa saja yang menyenangkan hati mereka, kasi mereka syok (relevant untuk mereka yang fanatic- dalam kes Mawi; banyak di forum Mawifc!, maka banyaklah pujian yang anda akan terima. Sekejab lepas tu kita akan naik Malaysia Top Blog No1 (Tak Caya? Tanya dengan http://klubkidd.blogdrive.com- Sorry Joe!) Jika anda menulis sebaliknya, bersedialah untuk menerima kutukan keras. Kadangkala dapat naik top blog jugak, sebab depa pakat ramai-ramai baca blog...

Terutamanya dari orang-orang yang berfikiran mereka sahajalah yang betul a.k.a Smart Ass

Persoalannya adakah kita bersedia untuk melacurkan penulisan kita untuk sesuatu.. untuk terus jadi popular tanpa mengira sumbangan positif anda pada masyarakat? (ini tak ada kena mengena dengan laman-laman top blog ya .. kang adelah sahabat blogger yang marah) Ini adalah tentang motif penulisan, dan apakah impaknya pada massa (orang ramai) yang membaca artikel anda. Saya tidak akan menulis untuk memuas kan hati satu pihak! Walaupun di komen dengan hebat oleh langau-langau taik ni.

Walaupun kadang kala massa punya masalah untuk membaca penulisan-penulisan prosa saya, termasuklah langau-langau ni (Yang jadi masalah, dah lah tak faham artikel, boleh buat komen pulak pasal artikel tu, kalau tak faham duk lah diam-diam, jangan lah buat komen yang bodoh..)

Penulis jangan hanya menulis perkara yang pembaca mahu baca, tetapi juga harus tulis sesuatu yang pembaca patut baca juga….Walaupun mengundang kutukan keras diatas tulisan kita. Saya respek dengan sultanmuzaffar, walaupun masih muda, mampu mengeluarkan penulisan yang bernas, biarlah orang cakap dia tak lancar bercakap ke, ape ker... not everybody is perfect! Serupa juga dengan ElKapitan yang menunjukkan kematangan berfikir dan menulis.

Akhir-akhir ini banyak juga blog-blog yang diserang dengan langau-langau a.k.a Ph.D yang tidak diiktiraf, yang berlagak seperti smart ass (kononnya pengkaji minda- nak gelak lah tu, sebab minda mereka pun tak tentu betul!), sentiasa cuba mengacau tulisan-tulisan atau pandangan penulis atau pembaca di sesuatu blog. Mereka ini jika boleh berhujah dengan baik, saya boleh terima komen dan hujah mereka, tetapi, hujah-hujah yang diberikan agak lateral dan sempit, dan lebih kepada serangan berbentuk peribadi... Kononnya nak betulkan semua penulis blog a.k.a nak beri perspektif yang betul dan benar - Iye ke? atau nak glamour di blog orang? Mereka ni, yakni langau-langau ni, bila berhujah agak dengkil, patutlah dunia mereka statik...

Pak Lah duk sibuk nak perbetulkan perkhidmatan kerajaan, adalah sorang pegawainya ataupun anggotanya duk sibuk buat kecoh di internet, kacau blog orang lain... (kita ada bukti ye... hopefully kes yang terpinggir lah, dahlah guna internet office, lagi tak sedar yang gaji dia pun dari cukai pendapatan yang kita bayar- sian tengok mamat tu... ) sebab mungkin tak reti nak buat blog... ataupun malas.. mana satu agaknya? macam mana nak pass PTK, kalau simple comprehension berkenaan artikel pendek pun tak boleh faham? Dah tu kata tulisan bertabur lah, tapi yang herannya orang lain boleh faham pulak...

Mamat ni kalau komen, macam dalam dunia ni dia lah yang paling terror, dia ingat orang lain bodoh ke? untuk pengetahuan mamat yang nama dia Guracus (nama tak register pun) sorang nie, penulis bukan lah bodoh sangat: Kalau bodoh takkan Kerajaan Malaysia ambik penulis adalah salah sorang pensyarah dan pemeriksa PTK tahap 6, yang mana mungkin dia takkan sampai lah tahap nie (tahap tertinggi, gred 54 dalam PTK) sebab minda dia yang amat sempit dan tak terbuka tu... dan mungkin juga graduan-graduan yang pernah saya menjadi pensyarah mereka di sebuah Universiti tempatan bodoh semuanya, kerana pensyarah mereka dikritik langau sebagai orang yang serabut? (saje nak sebut semua ni, sebab dia ni ingat kita ni korok sangat! lagipun tengah bengang sangat ni kan..) .. Terasa macam Klubkidd @ Juan lak hari ni!

Oleh itu jika mereka (langau-langau a.k.a Ph.D yanf tak diiktiraf termasuk si Guracus) rasa mereka adalah seorang Morale Police, saya cadangkan mereka ini supaya bikin satu blog untuk mengutarakan pandangan mereka, jangan kacau blog orang... Kemudian belajarlah tentang tanggungjawab sebagai seorang penulis blog. (Jangan hanya pandai melacurkan tulisan atau komen anda di blog orang)

Fikirkan apakah sumbangan kita pada masyarakat, jangan pertikaikan sumbangan orang lain.

Wasssalam.

p/s ubat paling berkesan untuk langau ialah Ridsect...hehhehe

20 comments:

Anonymous said...

yesza .. hapus langau dgn ridsect . eh bukan nyamok ke . kehekehekhe .. itupon kalau terhapus :)

The Way I See It said...

Ni Ridsect yang warna biru tu... kan ade kan? .... :)

Anonymous said...

assalamualaikum.

sebenarnya yang paling penting kita perlu ada rasa hormat pada setiap penulisan. saya pun hairan juga kenapa artikel tentang merdeka tu boleh menimbulkan kemarahan orang lain.

sekadar menghormati pandangan orang lain, bukan bermakna langsung tak boleh dikritik kan?

The Way I See It said...

macam saya cakaplah kritik tu biarlah dgn hujah yang betul, saya tak kisah dikritik sebab saya pun tak perfect, tapi bila serangan dah berbentuk peribadi, sapa yg tahan... betul tak?

Anonymous said...

itulah penat tengok blogger2 tu..menangkis serangan demi serangan..:)

teruskan menulis ye.

Anonymous said...

Point-of View, perenggan 5 yang di boldkan itu kena tepat juga pada diri anda. So, apabila anda menasihati diri orang lain, nasihati la juga diri anda!
Anda mempertikaikan komen sesetengah orang yang menulis tentang artikel anda disini. mungkin anda lupa bahawa orang menulis in response to what you wrote. prosa memang boleh. orang lain pun memberi komen dalam bentuk prosa.
apabila anda menulis artikel yang sebelum ini merujuk kepada pandangan anda tentang kehidupan seperti didalam supermarket, yang mana menurut persepsi dan pengalaman anda, diantara nya kadang-kadang penuh sampah sarap yang tak dikutip, sesetangah orang dan saya sendiri menginterpretasikan itu sebagai anda gagal menghadapi dan menyelesaikan isu-isu dan masalah kehidupan anda. you cant blame that interpretation!
anyway, just like i said in your previous article which i hope you have not deleted, status dan sesiapa sahaja yang menulis disini, be it penarik beca, ahli korporat etc is immaterial! one last nasihat, jangan melalut dan jangan be defensive !

The Way I See It said...

Saya akan biarkan komen anda untuk tatapan org lain, dan biarkan mereka jadi juri terhadapnya...

Cukuplah tu, gi lah kerja... semalam cuti ek, patutlah tak ada nampak komen awak di sini..

Have a nice day

Anonymous said...

PoV. my last comment, `jangan melalut`, actually i meant to say `JANGAN MENGELABAH`.
anyway, yesterday tak cuti, yesterday kerja, cuma sibuk. :p
you have a nice day too!

The Way I See It said...

saya rasakan disebalik kekasaran guracus, ada kelembutan didalam dirinya..atau adakah guracus sebenarnya Miss Guracus...?

sikapitan said...

Sudah lama tidak menyinggah ke laman saudara Maman.Kadang-kadang minda perlu dilarikan dari buaian dunia hiburan.Biasanya blog-blog Inggeris yang dijadikan sandaran tetapi blog saudara juga boleh hamba kategorikan sebagai membuka minda ke arah pemikiran yang lebih progresif.

Kadangkala, kalau hamba tidak bersetuju, tidak perlu membaca lagi. Buat tidak tahu sahaja.Bukannya dibayar untuk pendapat bloggers kan? Internet ini penuh dengan informasi - yang betul dan yang tidak, yang menyimpang dan yang menyesatkan, yang tidak releven dan yang sensitif - tetapi asas informasi ini ialah kebolehan memilih.

Jika tidak suka, tidak perlu membaca, tidak perlu mengutuk. Kalau ada kritikan, ingatlah adab pertuturan. Insyaallah, mesej itu akan sampai ke pembaca.

wasalam

sultanmuzaffar said...

thats why u kena man man jer ! Maintain jer...

GO AHEAD & give ur personal opinion dalam blog sendiri. nampak lebih seorang yang bertanggungjawab dan berani dari memberi komen langau/lalat/tungau di blog orang atas nama Anonymous. mereka ini lebih sekadar seorang yang pengecut.

Anonymous said...

Mana2 yang baik di jadikan teladan dan yang buruk di jadikan sempadan. Simple as that!

Anonymous said...

Pendapat orang memang kena terima sebab ia pun membuka minda. Saya kadang-kadang lalu juga kat blog ni kalau ada isu menarik, kalau rasa tak suka tak payah baca. just like sikapitan cakap. Kalau rasa teringin nak menulis sekali sekala bagi la komen kat tempat-tempat macam ni tapi kalau nak bermaharaja lela dan ada pendapat yang rasanya terbagus dari orang lain buat la blog sendiri tak perlu buat personal attack.. itu ja penyelesaiannya.

Cuma yang tak fahamnye, sesetengah manusia memang suka menentang. Apa saja isu tak kisah baik buruknya.. asal boleh jadi perhatian walaupun bagi yang mampu berfikir akan rasa "this is not making any sane!"

The Way I See It said...

TQ for your kind review and comments...

Anonymous said...

Part 1.
good morning all, how are things?
Read comments here and i must say, some are mindboggling dan ada yang silly . well thats my opinion anyway.
tentang anonimity, adakah value (nilai) tulisan atau komen sesaorang itu menjadi bertambah baik sekiranya dia register nick dia and made himself known atau berubahke contents penulisan dia?. I DONT THINK SO! pada saya, bukan identiti itu yang menentukan tulisan yang baik tapi substance yang dia tulis. so kalau ada orang pertikaikan anonimity, dia kena la examine minda dia balik .
keduanya, komen yang menyebut, kalau rasa tak suka, jangan baca. ini juga pelik sebab pada saya kenala baca keseluruhan artikel atau komen baru boleh tahu baik buruk artikel itu. ini bukan isu suka atau tak suka, ianya lebeh kepada menyetujui atau tidak apa yang dibaca.
tentang komen` pi buat blog sendiri`, ini memang selalu saya jumpa dimana-mana. bloggers buat ruangan untuk pembaca meninggalkan komen. kalau dah bagi ruang tersebut, janganla pertikaikan pendapat orang lain yang mungkin tak sama dengan pendirian penulis. one must accept the possibility bahawa all kinds of pandangan akan diberikan. the best thing to do is to counter argue semula dengan arguaments yang rasional dan bukan suruh pi buat blog sendiri. :p
banyak lagi nak tulis, nanti saya sambung ok.

The Way I See It said...

ikut lah... kang delete marah lak.. asalkan jgn overboard sudahhh...

i can feel your confusion guracus... come to me...express yourself ... (gaya-gaya darth vader.. siap dgn nafas...)

Anonymous said...

Part 2.
So apabila saya membaca komen-komen diatas, saya pun mula mempersoalkan wisdom pembaca yang memberi komen komen tersebut , sepertimana saya mempersoalkan wisdom penulis dan pembaca diblog blog lain. contohnya komen saya terhadap pandangan seorang pembaca di dalam artikel Baghdad di usa yang mengatakan bahawa impak katrina lebeh besar dari tsunami. how could that be when lebeh kurang 300,000 died because of the tsunami dimana di acheh saja nearly 180,000 or so and hanya a few buildings sahaja yang left standing sedangkan di usa hanya less than 1000 people died? it is like saying bahawa the iraq us wars are worst than world war 2.
Dalam pada itu, suka juga saya menasihati semua kita supaya jangan lah mudah sangat kita mengelabah dan melatah apabila tulisan atau pandangan kita dicabar. apabila kita ada isu dengan sesaorang atau bengang dengan sesaorang itu, tak payah la kita check dan trace IP dia dan bila kita believe dia itu kerja somewhere contohnya pejawat awam, kita pun mula la melatah mempersoalkan usaha majikan dia untuk meningkatkan martabat profession, kita persoalkan orang itu menggunakan fasiliti office etc. Dah menyimpang jauh dan latah yang sungguh melucukan .saya actually cuba mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tindakan orang yang sebegitu,mungkinkah CHILDISH sesuai? kalau ada yang mempunyai pandangan lain, sila la bagi.
last point for now ialah i know some of us nak berprosa. bila berprosa, kita mesti expect so many interpretation. kalau interpretaion orang tak kena dengan interpretasi kita yang menulis artikel itu, tak payah la kita gusar dan gundah gelana or even bengang . kalau kita panggil 10 orang suruh tengok sekumpulan awan di langit dan minta interpretasi, 10 akan kata macam-macam. ada yang kata saya nampak ikan, ada kata hutan, ada kata muka orang etc..takkan kita nak kata mana-mana orang itu salah kalau kita sendiri interpretkan awan awan itu berupa kapal terbang?
so my last advice for now, dont let what others terutamanya a stranger think or write about us bother or upset us. Whatever those persons comments or thoughts are do not make us any less a person than who we are!:p

The Way I See It said...

TQ,

Nak gi makan dah ke?

RosmanPositivo said...

macam-macam....

Saira said...

Kadang kala pembukaan minda dan pencetusan pemikiran wujud dalam bentuk provokasi.. ok la tu..