Monday, August 15, 2005

Lanun-lanun hiburan Dan Lanun Glamer

Dunia sekarang penuh dengan lanun. Benar, saya katakan lanun, kerana mereka ini merompak harta orang lain tanpa mengira belas kasihan.

Dan yang terbaru, kisah Mawi yang dieksplotasi oleh lanun-lanun moden, yang berurus-niaga tanpa malu dan segan silu.

Lanun-lanun ini yang pakaianya mereka seperti kita, yang mata mereka celik kedua belahnya, tanpa tangan palsu yang berpisau tajam di lengan kiri mereka. Tiada lagi pedang dan meriam, tiada lagi kapal-kapal laut lama, sebaliknya mereka ini (lanun-lanun moden) sebaliknya menggunakan teknik-teknik moden untuk merakam rompak lagu-lagu, video clips, gambar dan kisah cerita-ceriti artis-artis hiburan kita.

Yang ironi, lanun-lanun ini dibantu oleh penyokong-penyokong mereka yang membantu dengan bersekongkol membeli barangan lanun ini. Isu ini telah lama di bahaskan, yang peliknya dari mana mereka ini memperolehi bahan asal mereak untuk dijadikan master copy?

Jadi cubalah kita fikirkan, adakah kita juga agen-agen lanun yang merompak harta dunia hiburan kita, dengan bersekongkol membeli barangan-barangan jualan lanun-lanun ini.

Kepada Mawi dan rakan-rakan mereka, selamat datang ke dunia hiburan, inilah realiti yang sebenarnya…….

Lanun Glamer

Kemelut FFM yang baru ini dan kontrovesi Yasmin Ahmad dan filem Sepet amat menarik perhatian saya. Campur-tangan Menteri yang sepatutnya membawa kepada jalan penyelesaian akhirnya menambahkan lagi kontrovesi dan kekalutan isu ini.

Persoalannya, kita harus melihat punca kekelutan isu ini, jika kita lihat semula kronologi berkenaan isu Sepet dan kemenangannya di FFM yang lepas, punca kekalutan ini berpunca dari kenyataan yang di keluarkan oleh salah seorang produser filem, tak lain tak bukan Raja Azmi, yang juga merangkap Penolong Setiausaha PPFM.

Komen yang asalnya adalah komen peribadi beliau merebak menjadi satu loncatan kepada mereka yang memang tak puas hati dengan kemenangan Sepet. Yang peliknya hujah asal tentang filem berciri nasional tidak menang FFM, yakni Puteri Gunung Ledang.

Adakah sebuah filem mesti bercirikan filem nasional untuk menang FFM? Jika itu salah satu kriteria, maka saya cadangkan kita buat filem dokumentari tentang Malaysia, beri bajet yang berpuluh juta, tak kisah jika orang menonton atau tidak, kemudian tandingkan di FFM.

Saya ingin bertanya kepada mereka yang menentang filem Sepet, tidakkah ia satu filem nasional, tidakkah menceritakan perihal masyarakat satu pendedahan nasional? Penonton Sepet juga datang dari kalangan pelbagai kaum, tidak kah itu satu isu nasional?

Pertanyaan saya tentang PGL, berapakah kutipan hasil tiket? Pulangkah modal (yang asalnya dari rakyat) dari filem itu?

Selepas pelbagai serangan telah dilemparkan kepada Yasmin, dan semestinya Yasmin wajar mempertahankan dirinya.....

Kekalutan ini hanya kerana usaha individu-individu yang gila glamer @ Lanun Glamer.....

p/s Pembaca yang dihormati, saya meletakkan hit counter (ehsan dari bravenet) mulai 15/8/2005, untuk mengetahui jumlah traffic yang datang ke blog ini. Terima Kasih

4 comments:

mynicknames said...

good one! congrats...

sultanmuzaffar said...

lanun yg mendoakan keruntuhan kebahagiaan orang pun ada...

Anonymous said...

incik, saya diluar negara ni merasa bersalah kerana melanun melalui torrent malaya. saya melanun kerana rindukan Mesia. boleh maaf ke incik?

The Way I See It said...

Tujuan tidak menghalalkan cara...