Thursday, August 25, 2005

Jika Mawi bukan Mawi yang kita Mahu

Saya sebenar-benar dah terlempau letih untuk menulis apa-apa lagi tentang AF3 dan Mawi. Saya rasakan yang kita sudah harus bergerak ke hadapan dan menumpukan hari-hari kita pada tugas-tugas yang lebih penting. Saya mahu tersedar dari mimpi fantasia saya, sebagaimana juga sultanmuzaffar yang tidak mahu menulis lagi tentang Akademi Fantasia.

Tetapi yang membuatkan saya terdesak untuk masih menulis dan memberikan pandangan pada AF3 dan Mawi adalah kerana suasana dan scenario selepas AF3 ini.

Hebat sangat penangan AF tahun ini. Bila saya jangkakan yang AF3 ini akan terkubur dan hilang popularitinya, seperti ada satu kuasa ajaib yang menaikkan rancangan ini semula. Dimasa AF Indonesia hampir terduduk dengan penangan KDI (Kumpulan Dangdut Indonesia) pada tahun yang sudah, AF3 naik melonjak tahun ini.

Sinambungan dari scenario ini, tidak pernah ada liputan akhbar atau majalah yang sangat menyeluruh terhadap juara AF- sebuah rancangan reality TV, dibandingkan dengan rancangan reality lain.

Ada beberapa faktor yang amat merunsingkan saya.

Faktor-faktor ini antaranya adalah:

Ketaksuban peminat-peminat Mawi
Kutukan-kutukan peribadi terhadap Mawi oleh kumpulan yang tertentu
Kebolehan Mawi sendiri untuk menghadapi situasi ini

Saya merasakan yang pembaca-pembaca saya sudah membaca tulisan saya terhadap 2 isu yang pertama, cuma perkara yang ketiga yang masih belum saya komen didalam penulisan saya.

Kebolehan Mawi untuk Menghadapi Situasi Baru

Saya masih teringat bagaimana personality Jamal Abdillah dan Allahyarham Sudirman semasa mereka masih baru bergelar Juara RTM. (Mungkin ada pembaca saya yang agaknya belum tahu bercakap semasa mereka berdua ini dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM).

Untuk pengetahuan pembaca karektor yang ada pada Mawi sekarang adalah ulangan sejarah Jamal Abdillah dua puluhan tahun yang lampau. Cara interaksi beliau, kata-katanya, sifat pemalu dan cirri personality mat simpang mereka, mencerminkan satu ulangan sejarah bagi saya, apalagi kedua-dua mereka dalah bekas qari.

Jika hampir 20 tahun yang lalu, Jamal juga mempunyai masalah tentang hubungannya tentang wartawan dan peminat, saya dapat rasakan Mawi juga mempunyai masalah yang serupa.

Bagi saya, seorang artis akan membesar dan matang selari dengan lamanya mereka berada didalam industri. Cuma yang membezakan Jamal dan Mawi nanti adalah pembawakan diri mereka sahaja.

Jika Jamal bertekad untuk membawa imej pop, maka Mawi pula membawa imej ketuhanan, ini adalah satu imej yang besar, yang akan menjadi pandangan mata-mata seluruh pengikut seni di dalam Malaysia. Imej ini akan menolong Mawi, tetapi juga ia akan membebankan Mawi dan menghadkan tingkah laku dan perlakuan Mawi.

Jika M.Nasir pernah marahkan wartawan, dan bersikap kasar, maka peminat akan katakan, ia sesuatu yang biasa, tetapi jika Mawi tersilap kata, maka seluruh mata akan melihat dan memberikan satu komen terhadap tindak tanduknya. Ini adalah kerana imej yang telah diberikan pada Mawi oleh peminat-peminatnya, dan juga Astro tidak ketinggalan Majalah dan Akhbar.

Kita yang telah mencipta imej Mawi, bukan Mawi yang mencipta imej itu. Kita mahukan Mawi dalam bentuk acuan yang kita pilih, Mawi hanya menerima acuan yang diberikan oleh peminatnya.

Berkali-kali Mawi cuba mengingatkan kita yang dia hanya insan biasa, tetapi kita endahkan permintaannya.

Soalannya apakah reaksi kita bila Mawi bukan sebenarnya Mawi yang kita mahu?


6 comments:

mynicknames said...

saudara, saya ada ketika jamal diawal bidang seni. perwatakan jamal dan mawi memang berbeza sebenarnya. mawi lebih kepada mat simpang yang 'rockers' yang bahagia bersama tunang sebaliknya jamal seorang mat jiwang lepasan 'institut harapan taiping' yang cintanya putus ditengah jalan

mawi ni kurang malunya cuma tergamam dengan dunia barunya sedangkan jamal memang seorang yang reserves sehingga sekarang

The Way I See It said...

apa yang kita mahu samakan adalah gaya penampilan..dari segi pembawakan diri semasa baru bergelar juara.. masing2 mencari identiti yg mahu mrk sampaikan... gaya mereka berhadapan pemberita dan kamera.. tekanan selepas bergelar juara..

yg lain2 tu.. biarlah..

Anonymous said...

I was in my year one after my MCE in a college when jamal won the bintang RTM. Am a fan of Jamal then and still is now despite the personal problem he's facing. Adores his voice. I do see the similarities tween jamal and mawi. As for mawi, from my point of view, hanya peminat2 mawi yg fanatik yg akan merasa hampa yang tidak terhingga jika Mawi bukan sebenarnya Mawi yang mereka mahu.

M a regular reader of your blog Maman. Keep up the good job! God bless you and Mawi too!!

The Way I See It said...

Thank you so much liz. I juga amat meminati Jamal, dan kita doakan agar Jamal berjaya menyelesaikan segala masalahnya.

Anonymous said...

biarlah mawi mencorakkan pjlanan hidupnya dgn tenang.peminat jgnla lebih2 sangat.hidup kita pun belum tentu lagi smpai kemana....

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! Account analysis method + accounting Cholesterol oleate mercedes clk convertible ls6 convertible Seo california three convertible Build your own hummer Revers cell phone directory smoking klonopin Find best malpractice advice Buspirone look alikes Cute asian geisha Dr girl martens shoes Stella coffee maker software maintenance outsourcing Aftermarket vw rabbit sunroof http://www.waterheaterproblem.info/weight_watchers_pda_journal.html http://www.faconnable-perfume.info/Convertible.html http://www.bondage-restraints.info/Celebritiesinbikini.html mercedes slk 320 convertible