Sunday, August 21, 2005

Peminat Dan Ketaksuban Yang Boleh Memusnahkan Mawi

Kuasa Peminat

Kekuatan peminat pada seseoarng artis sangatlah diperlukan. Lebih-lebih lagi bagi seorang artis baru seperti Mawi, Juara AF3, yang kini sangat hangat diperkatakan.

Peminatlah yang akan menentukan hidup matinya seorang artis, kerana kuasa beli mereka yang akan menentukan kelarisan produk seorang artis. Didalam konsep AF, impian artis dibiayai oleh peminat dalam lain perkataan, peminat akan melaburkan wang mereka kepada seorang artis yang mereka senangi.

Ini lebih benar lagi bagi sebuah program reality TV seperti AF. Sinambungan dari ini, dan juga kesan dari reality ini, peminat akan merasakan yang mereka ini adalah sebahagian dari artis itu sendiri. Mereka akan merasakan mereka adalah sebahagian dari wira yang mereka cipta.

Kesannya jika tidak dikawal akan menyebabkan ketaksuban terhadap artis/pelajar yang mereka gemari itu. Natijah dari ketaksuban ini, maka akan lahirlah emosi-emosi yang pada pada adabnya agak diluar tabii seseorang insan yang bernama peminat itu.

Aura yang ada pada Mawi, telah menyebabkan sesetengah peminatnya merasakan mereka bolehg bersuara untuk menyatakan apa yang mereka mahukan pada Mawi ini. Adakah ini wajar? Dan adakah peminat-peminat ini dibolehkan men’dictate’ apa yang harus dilakukan oleh idola mereka tadi?

Fan Club dan Fantasia Club

Penubuhan Fan Club, juga banyak membantu didalam pengembangan karier seorang artis. Fan Club pada masa ini semestinya dilengkapi dengan akses web site, dimana seorang peminat boleh secara interaktif berkomunikasi sama mereka atau artis mereka dan mengeluarkan luahan isi hati mereka.

Namun demikian, akses interaktif seperti web site ini juga, selain membawa kepada mesej-mesej yang menjurus kepada kebaikan dan peningkatan, boleh juga digunakan untuk tujuan yang sebaliknya. Ini akan terjadi apabila ada peminat merasakan yang mereka punya hak mutlak untuk menyuarakan sesuatu, tanpa mengambil kira adakah ia menjurus kepada halangan peningkatan prestasi artis kesayangan mereka. Lazimnya pandangan ini akan disuarakan dalam nada-nada yang sinis dan menyindir dan lebih bersifat serangan peribadi terhadap artis itu atau orang yang hampir dengan artis itu.

Dalam keselaluannya, mereka akan lebih sensitive atau jaki terhadap orang yang paling hamper dengan artis kesayangan mereka, kerana mereka ini ada merasakan sedikit tekanan, yang datangnya dalam bentuk jealousy kerana khuatir artis yang mereka sayangi akan hilang dari kawalan fantasi mereka.

Peminat-peminat begini selalunya berfantasi yang artis pilihan mereka akan berpasangan dengan artis yang mereka suka dan senangi, selalunya dari rancangan yang sama dan mereka mahu pasangan ini hidup dalam skrip fantasi mereka, yakni fantasi peminat.

Oleh itu, jika mereka melihat adanya tanda-tanda yang skrip fantasi mereka tidak tercapai, maka mereka akan melatah dan memburukkan orang yang terdekat (atau dilihat sebagai penghalang) dengan artis kesayangan mereka tadi. Tindakan mereka akan dinyatakan dalam bentuk komen-komen dan sindiran yang tak rasional, yang pada lazimnya akan melukakan hati target mereka tadi. Ini dilakukan dengan harapan yang artis mereka ini akan menjauhkan diri dari orang yang mereka tidak senangi ini. (Kerana apa? Hanya kerana rasa iri-hati, yang lahir dari ketaksuban.)

Jika ini tidak berhasil, maka ketaksuban itu akan bertukar menjadi kebencian yang amat mendalam. Kebencian ini timbul kerana mereka berasakan artis yang mereka cipta itu telah lupa akan jasa mereka terhadap artis itu. Perkara yang dilakukan terhadap orang yang terdekat itu akan dilakukan kepada artis yang pernah mereka sanjung, dan mereka akan hanya berpuas-hati setelah artis itu jatuh tersungkur di bawah kaki mereka. Komen-komen mereka akan lebih menjurus kepada komen membunuh karier artis tersebut. Mereka lupa bahawa artis ini lahir dari undian SMS mereka sendiri. Bagaimana kuatnya ketaksuban itu, begitulah akan lahirnya kekuatan kebencian mereka.

Walaupun begitu, saya rasakan tidak semua peminat begitu, ada juga yang rasional yang sentiasa memikirkan kemajuan artis-artis mereka yang disampaikan dengan cara yang amat professional. Golongan yang taksub dan yang hidup dalam skrip fantasi ini mungkin hanya 10 peratus dari semua peminat Mawi, tetapi 10 peratus inilah yang akan membunuh karier Mawi sebelum Mawi sempat mengembangkan bakat seninya.

Oleh itu, jauhilah sifat taksub kita terhadap siapa jua, samada artis, guru agama, pemimpin atau siapa saja. Kita mesti berhenti sebentar, dan memikirkan, adakah ini perkara yang terbaik yang kita lakukan, atau adakah kita melihat isu ini dari dari dimensi yang salah. Kerana ramai orang yang akhirnya sesat kerana ketaksuban diri mereka sendiri. Fikirlah untuk kebaikan dan mulakan sesuatu dengan memikirkan apa yang akan dihasilkan dari perbuatan kita itu.

Wassalam.

4 comments:

Socializer said...

You should take a look at this too...

http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2534

Anonymous said...

Syabas!!!
Pandangan yang tepat sekali.
Ada kalanya ketaksuban itu meneggelamkan adab sopan dan peribadi yg baik pada seseorang itu. Sungguh sadis sekali...

sultanmuzaffar said...

aku senang jer..

no komen

Anonymous said...

maman, aku memang suka baca ko punya view. Memang aku agree dengan apa yg ko kata. Aku memang penyokong Mawi dan aku juga takut Mawi akan jatuh kerana peminat yang giler tu. Anyway aku kan sentiasa mendoakan Mawi dan memohon agar Allah menjauhkan Mawi dari kemusnahan.