Sunday, July 17, 2005

Tentang Pengkritik Amatur

Letihlah bila tengok blog2 yang menulis tentang rancangan AF3 siap dengan kritikan2 mereka tentang persembahan. Apa kelayakan dan pengalaman penulis2 blog ini didalam memberikan kritikan dan pandangan mereka. Yang sedih dan kelakar, siap dengan rating lagi, saya nak Tanya rating tu atas dasar apa dik?

Mana datangnya markah2 dan peratusan awak tu semua, atas sedap dengar kat telinga ke atas perasaan aje. Kadang2 mengalahkan juri pro bintang RTM pulak.

Yang saya lihat semuanya main pakai hantam dan ikut perasaan aje, kalau setakat komen tu tak pa la, nie siap markah. Come on lah dik, blog awak tu ramai yang baca, sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran pembaca! Sanggup ke nanti jawab kat akhirat, bila bagi judgement yang silap?

Saya faham, bila mereka berkata, ini untuk saya aje atau this is my blog, so I can write according to my liking, iya ke? Bila dah tulis kat internet tu mestilah ada yang baca kan?

Tak boleh ke kita merasa yang adalah tanggungjawa kita menulis dengan perasaan hormat kat orang lain. Saya tak kata saya baik, tapi semua tulisan saya, mengajak pembaca saya berfikir tentang sesuatu perkara.

Saya pun dah kena ban kat certain blog, saya pun tak kisah, sebab bagi saya mereka tak lebih dari anak2 hingusan yang baru nak mengenal erti kehidupan… jadi saya maafkan je la.

Anda adalah blogger yang saya maksudkan jika anda

  1. Merasakan rancangan hiburan yang dicampurkan penyampaiannya didalam bahasa Inggeris adalah lebih standard daripada rancangan yang dikendalikan dalam bahasa melayu.

    Kalau penyanyi itu penyanyi nasyid, maka tak akan mencapai status urban dan tidak wajar di nobatkan sebagai juara apa rancangan sekalipun.

    Kalau tak fasih berbahasa Inggeris maka tidak akan dapat maju ke peringkat antarabangsa, walaupun ABBA pada mulanya langsung tak faham English, hanya sehingga 10 tahun baru lepas mereka terkenal baru fasih bahasa Inggeris.

    Menggunakan kepandaian berintenet dan berblog untuk memaki peserta yang dianggap kampong atau tak urban semata-semata untuk menegakkan hujah mereka, kerana mereka tahu orang kampong tak pandai buat blog.

    Memberikan komen dan kritikan tentang mutu dan peningkatan pelajar-pelajar rancangan hiburan reality walaupun pada dasarnya mereka pun tak beberapa tahu tentang muzik.

    Seboleh-bolehnya menidakkan pilihan silent majority dengan mengelarkan mereka sebagai orang yang tak tahu menilai muzik, mereka ajalah yang pandai menilai, hanya kerana mereka urban.


13 comments:

zura lias said...
This comment has been removed by a blog administrator.
The Way I See It said...

mungkin boleh saya tukar ayat itu kpd mereka ingat org kampung tak tau buat blog.....

Socializer said...

So I guess you must've had a ball reading my reviews huh? *hehe*

Thats alright, I knew someone clever would see it as silly anyway. Besides I dont think my ratings will influence the readers much, I'm very sure everyone has formed their own opinion or made a choice of who/what is right or wrong for them. I do wish I have such powers though, if I did I'd surely like to influence the % chart.

Let me ask this though, must a person be truly qualified/certified in the matter/issue at hand inorder for him/her to express their own personal opinion about it?

Anyway, I'm just a small ikan pusu, look at the professional critics whose been on AF this season, despite all their praises in front of millions to talented people like Amylea, it still hasnt done much for her or even helped her to be on top. If their opnions were seemingly ignored, I dont see how mine could be taken seriously.

Oh well, I guess I better put a note of advise to all on my blog, susah pulak jawab di akhirat nanti. I value your opinion. Infact I value and respect opinions/writings made on other AF3 blogs - eventhough its not to my liking, I dont have a giggle at their expense. For me it is my way of giving perasaan hormat kat orang lain punya pendapat :)

Anonymous said...

Saudara, tidak kah mempersendakan dan memperkecilkan pendapat ikhlas seseorang itu pun dianggap berdosa? Andainya tulisan anda bermaksud untuk memberikan nasihat, alangkah baiknya anda berbicara dengan pihak pihak yang anda sebutkan itu secara personal daripada memperbesarkan nya kepada halayak ramai di belakang mereka?

Saya juga tidak setuju anda mengatakan penulis blog tersebut mempunyai kuasa untuk menpengaruhi pemikiran pembaca. Saya sebagai pembaca terasa insulted. Beri lah some credit to the visitors, mereka bukan nya kanak-kanak, sehelai kain putih yang senang di corak kan. Saya tak percaya ada penulisan yang dengan sekelip mata dapat mempengaruhi pendapat seseorang. Adalah baiknya jika anda samakan taraf pembaca tersebut sama dengan taraf mentality dan pemahaman anda sendiri. Hujah anda seperti mangatakan pembaca senang di putar belit dan tidak mempunyai pendapat mereka sendiri.

Maaf jika comment saya ini terkasar, selama ini saya memang suka akan penulisan anda, tapi yang kali ini ada berunsur umpatan. Saya harap anda akan cuba menghormati pembaca anda dan juga pendapat penulis-penulis yang lain walaupun anda tidak sependapat dengan mereka.

Anonymous said...

hey all,,pada saya tulisan bloggers ada impaknya kepada pembaca, depending of course siapa yang membaca. manusia tidak sama dan atas dasar itu , ada yang terpengaruh dan ada yang tidak. one cant assume bahawa apa yang dibaca oleh org lain dalam blogs tidak ada impak just because dia sendiri tidak mendapat apa-apa kesan.

Anonymous said...

Saya tak kata saya baik, tapi semua tulisan saya, mengajak pembaca saya berfikir tentang sesuatu perkara.

Jangan riak

The Way I See It said...

I am only stressing a point, if I used the wrong word, then I apologise....

I hope you look at the posting in the whole context, please dont read that statement in isolation.

sikapitan said...

Salams buat abang.Hamba kurang pasti siapa yang dimaksudkan Abang.Mungkin juga semua bloggers AF,atau mungkin hanya satu.Tapi itu pendapat abang:)Semoga teruskan menulis

v4Marsha
wasalam

sultanmuzaffar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
shafarina said...

Dah hangat kat dalam ni pulak. Maman, boleh saya tulis sikit ke? Macam nak tulis panjang aje nih :D [Minta izin]

Blog, tujuannya utk menyampaikan. Tak kisahlah apa isinya. Komen, utk pembaca² blog memberi pendapat. Kalau terasa, author boleh delete @ ban aje pembaca itu. Tapi, kita boleh 'membaca' perangai orang itu melalui cara dia memperlakukan pembaca², kan? Contohnya bila:

- pembaca diminta mengundi blog utk ranking
- pembaca yg 'berhaluan kiri' dari author diban/dimalukan/diprovoke spy bertekak dgn pembaca 'berhaluan kanan'
- author lain², isi blog sama, mcm takde pendirian sendiri
- banyak lagi

Sebab itu aku suka baca blog samada ia betul² menjurus kpd pelajar yg kita minat (cam shopgirl's), atau dia mengajak kita berpikir (cam kau punya dan Ilham's). Ia akan bukak pikiran kita utk tak taksub sangat, dan menilai dgn jujur. Blog yang mengajar, bukan blog yg pentingkan ranking dan hits.

Ppl's preferences tu hak diorang, menulis tu hak diorang, tapi t/jwb tu terpikul scr otomatik kalau blog kita dibaca dek ramai org dan boleh influence org (macam 2-3 blog AF ni).

Pasal markah, ranking konsert tu, mereka bebas tulis ape aje, w/pon boleh influence readers (ingat penyingkiran Atie AF1?). Tapi kena ingat hak kita setakat mana.. hak menulis tu jgn salahguna udah ler..

Apa pun, aku akan tetap jengok Maman's sebab tulisan dia lain.. dari persepsi lain.. Ala² kerajaan, mesti ada pembangkang dan pemerhati bebas kan? :p

Taufiq Yves said...

Assalamualaikum.

Lambat saya terbaca, saya baru 'sedar kewujudan blog ini dari sikapitan. Ntaya ada point yang saya setuju, ada juga yang tidak. 2 golongan blogger yang umum; yang sedia ada; yang suka menulis mengenai AF khususnya ialah:

1. Mahir dalam penulisan tetapi tiada ilmu dalam bidang muzik khususnya, cabang hiburan yang lain umumnya.

2. Mahir menulis dan berkelulusan dalam bidang muzik dan cabang hiburan yang lain umumnya.

Saya cukup bersetuju apabila saudara menyuarakan ketidakpuasan kepada pertikaikan tanggungjawab blogger di dalam internet biarpun ia merupakan blog peribadi. Interaksi blogger dan pembaca blog pasti meninggalkan kesan jajahan minda sama ada blogger ke atas pembaca atau pembaca ke atas blogger.

Sehingga kini saya nampak kesan jajahan minda entry saudara kepada SultanMuzaffar, rating SM telah dimansuhkan. (Mintak maaf kalau saya silap) Point saya? Saya merupakan blogger yang ingin melihat rating beliau bukan disebabkan profesionalnya SM tetapi rating itu sekadar antara side dishes yang menjadikan ulasan/kritikan/komentar beliau lebih menarik.

Apa salahnya rating daripada blogger walaupun mereka bukan pengamal muzik? Minat atau tidak minatnya seseorang itu terhadap satu genre muzik yang sepatutnya menjadikan citarasa mereka berlainan, bukannya pengetahuan dan kelulusan dalam bidang ini. Rating 2 orang komposer misalnya juga akan menjadi berbeza berdasarkan kecenderungan minat, kenapa hanya pengkritik profesional yang boleh memberi rating?

Saya bukan pendukung atau peminat SultanMuzaffar yang diamanahkan untuk berbahas dengan saudara tetapi saya hanyalah seorang pembaca beliau yang agak hairan, mengapa harus dimansuhkan rating itu jikalau benar ia disebabkan ketersinggungan perasaan terhadap teguran saudara. Semoga komen saya ini dijadikan sebahagian daripada intipati diskusi lanjutan daripada isu ini.

Anonymous said...

Wonderful and informative web site.I used information from that site its great.
» »

Anonymous said...

What a great site
»