Thursday, July 14, 2005

Pengkritik...oohhh pengkritik

Apa lagi saya boleh katakan tentang Reality Show di Malaysia? Tentang pelajar-pelajar, guru-guru, peminat dan penerbit. Ohhhh… saya lupa pengkritik.

Ya, hari ni saya nak cakap pasal pengkritik. Jika pengkritik ada hak untuk mengkritik, maka dia juga berhak menerima kritik. Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana saya concerned tentang kritikan2 yang diberikan oleh mereka, adakah membawa kepada kebaikan atau kemudaratan kepada pelajar yang menerima kritik.

Lihat saja di Malaysian Idol, kadang2 kita bingung tentang benchmark yang diletakkan oleh Roslan, Gee ataupun Paul Moss pada peserta-peserta MI. Come on, Gee was not as credible as Paula Abdul, she was of an average singer, Roslan, if not because of Sheila, he is a nobody. (Jika RA boleh memberi kritikan, dia juga mesti boleh menerima kritikan, that’s the rule).

Saya secara peribadi tidak nampak apa keistimewaan pada Paul Moss, adakah hanya kerana dia orang puteh maka dia dipilih sebagai pengkritik, apakah sumbangan Paul terhadap industri muzik tempatan kalau dibandingkan dengan nama-nama besar seperti Manan Ngah atau Khairil Johari Johar?

Kenapa saya ambil contoh MI, ini kerana ketiga2 mereka adalah pengkritik tetap, sudah 2 musim, dan masih MI seperti rancangan 2nd rater. Itulah kesudahannya jika kita tidak berhati-hati menjaga mutu rancangan kita seperti yang terjadi pada MI. Dan mungkin MI ni hanya untuk orang-orang Bandar, jadi makcik2 dan pakcik2 tak lah tengok sangat sebab malas nak faham Bahasa Inggeris.

The basic rules is, kalau nak kritik kena tahu apa yang nak dikritik, mesti tahu competencies, dan components or behaviours of the competencies, kemudian baru boleh bagi constructive criticism. Baru namanya pengkritik yang bertanggungjawab.

What about AF? Macam mana penilaian pelajar2 mereka oleh pengkritik2 jemputan, jangan sebut KK lah, hanya kerana KK ni I dah discount awal2 sebab dia duduk tu atas platform Astro. Jadi macam wakil Astro lah. I really doubt her competencies, other than to balance out dan mengingatkan pengkritik yang lain yang mereka ini hanya student… lagi comel.. lagi handsome..lagi bagus…

Persoalannya adakah pengkritik2 ini ada satu benchmark untuk menilai persembahan pelajar pada malam konsert, atau main hantam saja? Itu yang merunsingkan kita. Kualiti kritikan mesti ada, supaya kritikan dapat membaiki mutu persembahan pelajar.

Kritikan mereka penting untuk memajukan industri. Mereka mewakili industri sebenarnya. Yang menjadi persoalan, apakah competencies yang perlu ada untuk jadi a singer? Kalau tak ada, industri kena define, kalaupun Astro kena tolong industri define kan. Baru kita tahu, kelebihan, kekurangan pelajar-pelajar secara khusus, dan baru boleh kita close the gap in the competencies. Kemudian baru industri boleh maju!

Dan barulah orang2 akan mula beli album, kerana album berkualiti dan tengok wayang kita, kerana wayang ada mutu dan pelakon ada penghayatan. Nilai2 komersial dan artistic perlu diseimbangkan, baru industri boleh maju.

Yang kita lihat sekarang ini, kebanyakan pengkritik nak jadi macam Simon dalam American Idol, guna personal attack. Kita kena ingat, Simon tu, pasal dia ada share dalam rancangan tu, jadi dia tak boleh kena buang… sebab tu dia ikut suka bapak dia aje.

Wassalam.

8 comments:

sikapitan said...

Bila lah Astro nak panggil aku jadi pengkritik...hahahahah..

Keep on rocking mate.

v4Marsha
wasalam

chevy said...

kadang2 dari kritikan yg diberi kita dah boleh tahu tahap IQ seseorang pengkritik tu. kdg2 pengkritik yg disangka pandai tapi bila memberikan kritikan amat memalukan. fikir2lah dgn rasional sebelum memberi kritikan. semoga yg diamanahkan untuk memberi kritikan dpt membezakan antara kritikan membina & kritikan menjatuhkan. gunalah akal fikiran yg tuhan anugerahkan.

My Point of View said...

I will support sikapitan jadi pengkritik....hehhe

chevy said...

kalau elkapitan jadi pengkritik, student2 af tak dpt vote agaknya :-)

-mkay**kyrana- said...

BloG nih besH...
sinGgAh saNEr jugER!!!
suka baCe others punye view...
baru boleh tau mana betul and mana tidak..
but then,each person have their own choice...

truskAn aktif...

blog yg ber-genre baru,
truskAn jerk...

guracus said...

hey all, i wont go that far in critising pengkritik-pengkritik punya competencies. letak la siapa sahaja , yang competent or not, the same effect will happen. competitions seperti MI atau Af ni subjektif, it is not perfect science like mathematics dimana u either get it right or wrong. personaliti pengkritik juga memain peranan apabila dia beri kritik, preference dia, background dia, tahap pendidikan, maturity dia..so , to me, tak perlu la kita question competency org yang dipilih jadi pengkritik pengkritik. take it as it come. listen to them and make your own penilaian.

wan said...

Ada sesetengah komen yang diberikan tak relevan langsung dengan persembahan pada malam konsert. Kita juga ingat kes KK komen satu student yang low tone dia power but the other two tak setuju. Ada juga kes sampai CIk Bedah yang masuk paper dan jadi perbahasan pula kat forum² AF.

Kita juga ingat kata Syafinaz yg 'Astro suruh saya jadi garang malam ni'.

Realiti TV.. inilah dia..

Anonymous said...

This is very interesting site... Cheap inernational phone calls lesbians sony camcorder Top 3 megapixel digital cameras Posters jenna jameson photo web site design Meridia diet medicine and success In ear bluetooth headsets management training seminar Canadian breast cancer Printer repair fax plotter