Wednesday, July 13, 2005

Asrul yang effektif....

Lately, ada banyak kedengaran komen tentang sikap dan nilai professional Asrul sebagai seorang Resident Adviser, kononnya Asrul ni kaki cucuk, gemar mempadankan pelajar ini dengan pelajar itu dan sebagainya.

Dari observation saya, Asrul bolehlah saya golongkan sebagai seorang executioner yang terbaik dalam sejarah AF. Mengapa saya katakan begitu?

Perkara pertama yang kita perlu faham adalah strategi perniagaan Astro dan AF. Ini adalah siri ketiga AF di tayangkan di Malaysia, Cuma kurang 1 siri kurang dari La Academia, siri AF yang asalnya dari Mexico.

Didalam siri yang pertama, penonton diajarkan tentang konsep AF, dan ianya masih lagi dalam apa yang kita panggil understanding of the concept.

Siri yang kedua adalah re-enforcement of the concept, dimana penonton diperkukuhkan fahaman mereka tentang konsep AF, dan juga bagi mengajar penonton2 baru tentang apa itu AF.

Dan AF3 adalah, full commercialization of the program, dimana, pada ,masa ini AF mestilah disuntik dengan perkara atau isu2 yang diharapkan boleh membawa kontrovesi dan seterusnya meneruskan kesetiaan penonton tentang kesudahan sesuatu kontrovesi tersebut. Tetapi kontrovesi ini mestilah yang boleh dikawal oleh penerbit.

Ini adalah perkara2 yang common didalam semua soap opera, terutamanya soap opera dari Negara Latin Amerika dan Filipina.

Masih ingatkah kita pada cerita Betty atau cerita tagalong Kia Tagal.

Asrul adalah conduit kepada penerbit AF dan Astro didalam menimbulkan kontrovesi-kontrovesi yang pada dasarnya akan menyentuh seseorang peserta yang seterusnya akan mendapat reaksi penyokong dan pengundi peserta itu. Ini akan meningkatkan lagi kontrovesi AF ditambah dengan elemen-elemen kejutan2 yang lain, secara langsung akan meningkatkan rating AF3.

Perkara kedua yang perlu kita fahami adalah kerana ini adalah siri ketiga AF, maka para peserta juga sudah punya strategi yang mereka rancang untuk mengekalkan mereka hingga ke peringkat akhir.

Adalah agak mustahil jika kita menafikan yang pelajar juga punya strategi mereka sendiri. Mereka telah lihat bagaimana Liza berjaya ke akhir kerana hubungannya yang rapat dengan Vince, Nana berjaya popular kerana sifatnya yang gete dan mengada-gada dan Adam berjaya kerana idola nya KRU dan yang paling terbaru peratusan Amylea naik mendadak kerana tragedy buah epalnya di dalam diari.

Apakah semua ini tidak menyedarkan pelajar2 AF3. Agak mustahil untuk berkata tidak. Tetapi adakah Astro dan penerbit akan membiarkan strategi2 ini dilaksanakan. Kita lihat isu Ekin dan Mawi. Ekin menaruh harapan agar dia akan dikasihani peminat dan golongan yang tidak mengundi Mawi agar memberikan undian kepadanya. Ekin memang dikenali sebagai seorang yang suka buat iklan, atau menangis.

Tetapi penerbit tidak merestui strategi Ekin, dan 'wahyu' terus di sampaikan agar Asrul melaporkan perkara ini ke pihak pengetua. Motifnya hanya satu, supaya strategi Ekin terus terhenti si situ. Perbincangan pula menjurus kepada sikap Ekin yang tidak serius didalam sesi pembelajaran. Seterusnya disiarkan juga sesi M.Nasir dan Mawi, dan Mawi diberikan peluang untuk menjelaskan ceritan yang sebenarnya. Semua ini bertujuan untuk mematikan strategi Ekin untuk meraih undi simpati. Kasihan Ekin. Tetapi undi simpati datang dari dalam perasaan penonton dan bukan boleh diminta2.


Jadi pada saya Asrul dalah seorang RA yang paling effective (pada pandangan penerbit) kerana berjaya memainkan peranannya sebagai The Mole dengan baik, disamping membenteras strategi2 yang mungkin ada pada peserta2 AF3 ini.

6 comments:

Anonymous said...

Terima kasih. Saya akui kini saya Fanatik AF, penyokong Mawi dan pembaca blog² berkaitan AF.

Tapi, suka juga bila ada blog yang macam ni.. meneutralkan kita balik..

Ini semua hiburan.. :D

Leen AshBurn said...

Hey this is a good entry - I've forwarded it to Asrul's cousin hehe. Bagi dia rasa up sikit, asyik kena kutuk je :)

Anonymous said...

I read your blog and I agree with you. Saya sendiri melihat asrul sepertimana yang ditulis oleh saudara. Seperti juga AF1 & AF2, saya dan adik saya menerima kehadiran kudsia kahar sebagai pencetus mood untuk ASTRO, begitu juga ASRUL. Bezanya, asrul lebih dekat dengan target.

Anonymous said...

ntah hapa hapa

Anonymous said...

i think wak cant understand maman arguement cause he is bz posing naked, that blocked his intelectual mind, to maman i appreciate ur other view

Anonymous said...

the mole is not the right term to describe Asrul.Was trying to remeber a more suitable and appropriate term but simply cant remember.
saya hanya tidak bersetuju dengan komen bahawa peratusan amylea mendadak disebabkan that trajedi atau strategy dia.we must remember bahawa bukan amylea sendiri yang mencetuskan insiden dia di lanyak oleh semua pelajar. she was just being herself be4 that and SHE WAS BEING HERSELF when she cried and cried after that. pada saya her action to menangis and menangis was because she was depressed and sedang melalui satu situasi trauma akibat di herdik sebegitu.