Saya amat tertarik kepada diari AF tempuh hari yang ada menunjukkan Amylea telah teruk dikritik oleh rakan-rakan pelajarnya, sehingga menyebabkan Amylea menangis dengan teruk sekali. Buruk sangat ke perangai Amylea hingga dia diperlakukan begitu?
Atau adakah Amylea tidak pandai bergaul sehingga rakan-rakan pelajarnya merasakan beliau perlu sangat di perbetulkan. Apakah peranan yang dimainkan oleh Asrul? Apakah reaksi penyokong-penyokong Amylea di luar sana?
Semua ini menjemput reaksi yang sangat menarik, kadangkala saya akan bertanya, kalau terjadi pada Mawi, mahu havoc satu Malaya mungkin.
Tetapi semua ini asam garam dalam program realiti. Puak dan pakatan adalah mainan sesebuah rancangan seperti ini. Yang jadi mangsanya siapa? Ibubapa Amylea saya harap jangan melatah, kerana ini hanyalah mainan dunia hiburan. Jika anda merestui Amylea untuk berada di AF ini, anda harus pasrah insiden-insiden ini, kerana ini hanya seperatus daripada apa yang ada di dunia realiti luar sana.
Insiden Amylea walaupun sensasi tetapi tidaklah sehebat sesi mengutuk sesetengah pelajar oleh sebahagian pengundi dan penonton yang entah mengapa ada sifat kurang senang pada kebolehan mereka. Hanya kerana pelajar kegemaran mereka memperolehi undi yang kecil, atau tersingkir, mereka bersifat agresif.
Saya berasa hairan dengan ragam-ragam penonton yang sebegini , yang pada mulanya saya anggap sebagai golongan urban dan educated, tetapi akhirnya berlagak seperti anak-anak monyet yang ibunya mati dibunuh pemburu. Apalah salahnya pelajar-pelajar itu? Sehingga dihinakan seperti begitu.
Tapi pada saya mereka ini hanyalah minoriti, kerana pada kiraan undian mereka tidaklah sebesar mana pun. Tetapi yang merunsingkan saya adalah kerana mereka ini is so called urban society telah berjaya menggunakan blog-blog dan forum-forum untuk memperkecilkan sesetengah pelajar di dalam rancangan realiti ini. Apatah lagi mereka juga berjaya menanam penyakit benci terhadap seseorang pelajar yang mereka kurang gemari.
Where are we heading to? adakah kita selesa dengan budaya keji-mengeji, ejek-mengejek dan maki-memaki. Adakah kepandaian kita dalam bidang penulisan dan IT harus digunakan untuk sesi sindir-menyindir antara satu sama lain?
Hujah yang selalu diberikan oleh mereka ini adalah mereka hanya mempertahankan diri diatas kefanatikan penyokong-penyokong pelajar. Jadi kefanatikan penyokong pelajar akan menhalalkan kutukan-kutukan peribadi terhadap sesetengah pelajar?
Saya ingin berkongsi satu cerita dengan pembaca sekelian, tentang 2 pengembara yang mengembara kesebuah kawasan pergunungan di Himalaya.
Ceritanya begini.
Ada seorang pengembara yang berasal dari sebuah negara di barat. Pengembaraan dia membawa dia ke sebuah kawasan di Himalaya. Dalam perjalanan dia turun dari sebuah kampung di kawasan pergunungan menuju ke sebuah kawasan pendalaman di bawah, dia telah bertemu dengan seorang tua. Lalu pengembara itu bertanya kepada orang tu itu, wahai orang tua, bagaimanakah keadaan kampung dikawasan bawah pendalam itu, bagaimanakah orang-orang di sana.
Lalu, jawab orang tua itu ‘bagaimanakah perangai-perangai orang di kampung diatas’, lalu jawab pengembara, ‘orang-orang disana semuanya sombong-sombong, dan langsung tidak menyukai saya’. Lalu balas orang tua itu, ‘jika begitu, maka orang-orang dibawah sana juga beperangai begitu.’
Maka baliklah pemgembara itu, tanpa singgah ke kampung di pendalaman.
Selang beberapa bulan selepas itu datang pula seorang lagi pemgembara, dalam perjalanan dari kampung atas menuju ke kampung bawah. Maka dia pun bertanya kepada orang tua yang sama.
‘Wahai orang tua, bagaimanakah perangai orang-orang dikampung dibawah’, lalu jawab orang tua itu ‘bagaimanakah perangai-perangai orang di kampung diatas’, lalu jawab pengembara, ‘orang-orang disana semuanya baik-baik belaka, sangat menyanyang dan mereka menangis apabila saya mahu pulang’. Lalu balas orang tua itu, ‘jika begitu, maka orang-orang dibawah sana juga beperangai begitu.’
Maka dengan hati yang riang, pemgembara itu terus menuju ke kampong bawah.
Jadi, kita fikirkan lah kerana, memetik kata Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, ‘Apa yang datang kedalam hati dan perasaan kita, bergantung kepada apa yang telah kita berikan pada orang lain’.
Moga kita beroleh sedikit kesedaran.
Friday, July 08, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hi maman..i tertarik dengan komen you pasal amylea. well, tak dinafikan yg kadangkala mentaliti kita yakni sebagai seorang yg fanatik telah mengabui pertimbangan kita utk berfikir secara waras. tapi... kemungkinan jika di ambil atau dipandang dari sudut lain, mungkin ada benarnya mengapa amylea tidak disukai ramai. mungkin kerana beliau menggunakan alasan kesempitan atau keperitan hidup nya lalu sebagai benteng utk beliau tidak mengubah perwatakannya. memang, kita sukar utk meninggalkan tabiat kita apatah lagi jika dah sebati dlm diri, tp harus diingat ada lg insan yg lain yg hidup lg sukar dan payah namun masih bole utk berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. bak kata peribahasa melayu, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.(sori kalao salah) ataupun, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. tu je..
‘Apa yang datang kedalam hati dan perasaan kita, bergantung kepada apa yang telah kita berikan pada orang lain’.
Good point. Dalam kata lain 'kalau kita mahu orang hormat kita, kita mesti hormat orang lain'.
Statement ini ditujukan kepada Amylea dan peminat-peminat AF semua....
I couldnt even imagine how the backlash would be if it was Mawi being in Amyleas' place. That would be just disastrous for the Akademi and for those who dares to speak up.
Amylea has a lil attitude but I think its more on her pushing herself too much. I think she is too determine to really do good that she didnt realise she is ignoring the others. Probably also in her keenest to help, her outspokeness might be taken as intrusive by some.
In her effort to learn, I see her lack the self confidence and seemed to be putting herself down too much. Yes she has a very sad life story but she shouldnt carry that luggage around so much. And lastly she needs to pay more attention to the people around her and respect their time and space in classes.
I think this issue is all overblown and rather than paying for this episode, Amyleas' ranking has even shot-up and I wouldnt be suprised it would carry her to the finals.
As for the extremist fans issue, there will always be those bunch of people whos only intend is to supportive of a particular issue or person. We can say its built-in to our senses, some can say its their background or probably just their mentality aint open enough to other views. Theres just too much to touch upon really.
maman i would love to read ur comment on d latest issue regarding Ekin and Mawi....What do u think?
Looking for information and found it at this great site... what is the normal blood pressure for teenagers Definision of liposuction http://www.botox-5.info/concussion-headache-botox.html Poker cheats exposed dvd review Wellbutrin lexapro Used video equipment brokers cheap air flights cheep airline tickets tiraspol Fuel mileage on dodge cummings diesel truck zithromax cystic fibrosis boston computer store Haas kitchen cabinets Bentley murano portofino Pay per view adult dvd
Post a Comment