Malam ini saya disedarkan oleh bibiran, tentang artikel yang tertulis di harakahdaily.net tentang seorang peserta AF, siapa lagi kalau bukan Mawi. Saya baru habis menulis tentang harapan dan persepsi pengundi tentang seseorang pelajar AF.
Memang hebat Mawi ni, cerita tentang budak Kulai ni, terpampang dari akhbar perdana, majalah hiburan, posting2 di blog dan akhbar/bulletin parti-parti politik. Kenapa begitu besar aura Mawi ini sehingga pak-pak politik juga sanggup memberikan komen tentang arus yang melanda Negara hari ini.
Tapi mengapa ini terjadi, ayuh kita tanya diri kita sendiri, kenapa rakyat dan belia begitu kagum dan fanatik dengan Mawi.
Mengikut kajian Weber, seorang ahli sosiologi barat, masyarakat akan mengalami satu proses yang dinamakan proses anomi, dimana, akan berlaku satu keadaan dimana masyarakat akan hilang arah pedoman tentang struktur kehidupan itu sendiri.
Agama akan dipisahkan dari kerajaan, separation of state and religion berlaku, dan gaya hidup secular akan menular didalam struktur masyarakat. Dikala ini, manusia akan lebih mementingkan karier dan keluarga terdekat, jiran tidak akan mengenali antara satu sama lain, semangat kejiranan akan berkurangan dan tercetuslah apa yang dikenali sebagai masyarakat yang berfikiran independent. **Saya akan katakan separation of state and relegion adalah satu pendekatan yang salah!
Apakah hubung-kait teori ini dengan Mawi? Menurut kajian tentang perlakuan manusia, bila anomi ini berlaku, akan ada satu konflik kekosongan jiwa. Apa yang akan dicari oleh masyarakat pada masa itu, adalah perlu ada satu ikon yang melambangkan tentang diri masyarakat itu sendiri. Ikon yang menjadi bayangan tentang harapan individu dalam masyarakat.
Ciri2 ikon ini saya rasa ada pada Mawi, jadi adalah mudah bila individu dalam masyarakat itu dapat merasakan yang kekosongan jiwa mereka dapat diisi dengan ikon mereka- Mawi, yakni mereka ingin sangat supaya boleh berjaya di dunia kehidupan dan pekerjaan, dan mereka juga tahu mereka ada tanggungjawab terhadap agama mereka.
Persoalannya kenapa ini boleh berlaku, yakni kekosongan dalam jiwa…. Salah siapa? Kita tanya diri kita semula, kemana arah masyarakat Malaysia itu sendiri, jika ada diantara parti-parti politik mempertikaikan AF, apakah program alternative yang mereka ada untuk mengisi emosi dan jiwa individu masyarakat.
Parti-parti politik harus memahami yang individu masyarakat ada naluri untuk hidup berkumpulan dan untuk share satu ikon yang membolehkan mereka dapat merasakan kenikmatan hidup dalam satu kelompok, ini naluri manusia. Mesti ada apa yang kita panggil Needs for Affiliation.
Apa alternative yang ada selain dari bersatu untuk menyokong ikon mereka, ada sesuatu yang dapat mereka ceritakan bersama, bincangkan bersama dan seterusnya menjadi satu bridge kepada hubungan kemasyarakatn, which is now very lacking in our community. Jadi sebelum kita menidakkan atau memberi satu hukuman tentang sesuatu rancangan, mesti ada alternative yang boleh memberikan masyarakat satu sumber yang dapat mengisi jiwa mereka.
Saya nasihatkan mereka yang terlibat didalam persatuan atau politik, perkara pertama yang mereka harus ambil kira adalah fahami sosiologi masyarakat dahulu, kemudian kemukakan alternative, kerana hanya dengan adanya satu program alternative yang menarik dapat menarik minat masyarakat kearah apa yang mereka impikan.
Jangan jadikan faktor Mawi sebagai penghalang atau satu perkara yang sangat keji, cuba ambil iktibar dan belajar dari arus TsuMawi ini dan fikirkan bagaimana kita boleh mengunakan faktor ini untuk memikat hati masyarakat untuk bersama-sama mereka.
Dan kepada Mawi saya mendoakan anda berjaya memikul tanggungjawab ini, kerana ikon adalah satu tanggungjawab yang berat, menjadi idola kepada anak2 bukan lah satu perkara yang boleh dibuat main2, kerana diri anda akan diperhatikan dengan begitu rapat sekali, privacy diri anda juga akan hilang dan setiap kesalahan anda akan dibicarakan oleh ramai orang.
Saya cuma mengharapkan Mawi tidak akan menghampakan peminat2nya, dan that he will live to his fans' expectation.
Kepada peminat Mawi, kita harus sedar juga, yang dunia hiburan ini akan penuh dengan dugaan-dugaan yang bebagai, jadi kita harus lihat Mawi sebagai Mawi penghibur, terpulang kepada Mawi bagaimana dia membawa diri dia didalam industri nanti, tetapi saya berharap yang dia akan berkarya seperti mana Farihin, Raihan dan Yasin.
** Pinta posting ini dibaca bersama2 dengan posting yang terdahulu tentang perception.
Wednesday, July 20, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Thank you for your instant views on the matter.
But have you read the comments made by the fans on that site? While unity of a community is good but I'm quite worried at extremity of their support and idolization of someone who has not truly prove his worth yet.
I'm concern on the pressure Mawi will have to endure once he leaves AF and if he gets to read the comments on that site, I'm sure he will realise how much people has installed their responsibilites in him. Also the fans seemed to easily believe in any consipracy theories thrown at them and that shows an easily deceived community.
Honestly, I've never seen so much adoration and support for one person, be it regionally or internationally.
That's the problem, if he cant live the expectation, he will dissapoint many....
Salams.
Lebih kurang sama dengan pendapat hamba:)
v4Marsha
wasalam
Pada saya, kegilaan segolongan masyarakat melayu terhadap mawi dalam konteks AF, menunjukkan betapa teroknya bangsa melayu itu sendiri, emosi dan tidak objektif, tidak raisonal, herd instinct yang kuat etc etc..I TEND TO BELIEVE THAT YANG TENGOK af ni kebanyakkan nya melayu. Ramai org melayu ini terbawa-terbawa, setengahnya sampai termimpi-mimpi mawi dan af siang dan malam. Ada yang threaten, ada yang complain sekiranya diari tidak menunjukkan mawi berlatih atau kurang mendapat exposure, ada yang sanggup berhabis duit nak mengundi sedangkan that money could have been spent on something more worthy (entah-entah ada yang spent duit susu dan belanja anak untuk mengundi atau chat atau download things from af sites), ada yang LIVE dan buat jadual kehidupan dengan mengambil kira diari dan konsert af etc etc..
To me this is just another show, not to be taken seriously. and I certaintly dont care about those many analysis tentang kenapa fenomena ini berlaku. Yang clear to me, melayu ini satu bangsa yang terok!and that sucks and hurts!I can only appeal to malays yang dah hilang haluan dan prioriti ,to grow up , sit back and just enjoy the show, and DONT GO OVERBOARD .
Saudara Guracus,
Anda bangsa apa? Kerana jika kita peka dengan bangsa kita, kita mesti mengambil kira punca kepincangan orang melayu, supaya kita boleh membaiki diri kita.
Jika kita hanya melabel bangsa kita dan tidak melakukan sesuatu, itu bermakna kita juga hanya salah seorang dari melayu yang teruk dan sebagainya... Yes it is all an entertainment, tetapi budaya ini adalah natijah dari kepincangan masyarakat melayu itu sendiri, dan kita tanyalah diri kita, apakah tindakan kita dalam membetulkan keadaan ini.
Kefanatikan terhadap sesuatu rancangan hiburan adalah satu natijah dari kekosongan jiwa bangsa kita. Saya minta anda fikirkan lah...Apakah tindakan kita.. adakah kita harus terus hidup dgn kepincangan kita...
Point-of-view.. I am a malay myself, and thats why it hurts me to see malays menjadi satu bangsa yang teruk. Af ini adalah satu lagi aktiviti or perkara yang menyebabkan melayu menjadi teruk disamping yang lain-lain.what am i doing? I go around and say my piece and give out advice just like the one above where saya minta every malays to just sit back and enjoy the show and not to go overboard.get our priorities in life right. personally, i embark on a quest to better myself in all aspects so that saya be a better person.I start with myself and go from there to my immediate families and so on. Its my contribution to the malay society.
Like i said , i dont believe in those saiko-analysis craps, eg your kepincangan teori.to me Melayu menjadi teruk kerana melayu lemah, dalam pelbagai aspek terutamanya education. bila majoriti org melayu hanya lulusan spm, dan oleh itu hanya mendapat pekerjaan rendah, minda mereka tidak berkembang dan tidak berpengetahuan dan TIDAK mendapat peluang untuk mendapat ilmu yang lebeh tinggi dan experience lots and lots of things yang boleh menjadikan mereka lebeh matang dan berpengalaman dan lebeh berfikiran rasional dan logical.
I bet you have sat near groups of people yang you knew adalah dari golongan rendah and listened to what thier topics of conversations were and how they argued about things in life.I bet you find thier arguaments terlalu shallow and simplistics. I want to write more but i dont want to take up space. will write more later.
Saya rasa masalah orang melayu bukan hanya disebabkan oleh hiburan yang melampau. Bangsa melayu bukan bangsa yang lemah, kerana yang lemah adalah pemikiran segelintir orang2 melayu sahaja.
Bagaimana kita nak selesaikan masalah jika kita tidak buat satu kajian tentang sosilogi orang2 melayu. Kajian ttg pemikiran melayu penting!
Jika kita nak cuba menyelesaikan masalah melayu kita mesti faham minda bangsa melayu itu sendiri, cara fikir mereka, kemudian menentukan apa sebenarnya masalah bangsa melayu.
Kenapa anda fikirkan bangsa melayu itu lemah? hanya kerana membaca apa yang ada di blog? ? Atau dari pemerhatian kasar anda ttg apa yang diperkatakan di kedai2 kopi atau apa yang diborakkan oleh anak2 muda disekeliling anda?
Apakah parameter pemerhatian anda? Ada ramai profesional melayu yang benar2 berkelayakan dan mahu menolong bangsa melayu di luar sana.
Saya juga bersemangat melayu spt saudara, ttp apa yang penting didalam penyelesaian masalah melayu adalah menentukan punca masalah... sbb dengan itu kita boleh treat the cause of the problem NOT dealing with the problem.
Ttg peluang pendidikan, dimana silapnya kita, adakah kerana kemiskinan maka ramai pelajar melayu tidak dpt pergi ke IPTA/IPTS? atau ada perkara lain spt, tiada kesedaran yang kita tidak boleh selamanya bergantung pd subsidi kerajaan untuk keluar dari masalah kita? Jika ada kesedaran maka kita mesti harus sekarang merancang pendidikan anak2 kita dari segi kewangan dan juga dari segi emosi.
Di negara eropah dan juga amerika, ramai orang yang berjaya dan professional yang mempunyai minat yang mendalam pada muzik dan hiburan, ini tidak melemahkan pencapaian mereka dalam bidan masing2.
Point-of view,,I dont intend to go into a debate on why i said melayu ni teruk. If i do that, it will involves berpuluh-puluh postings , each postings melibatkan pages and pages of arguaments or counter arguaments on my part. I simply dont have the time to go into that zone.
btw, my earlier statement was..'teruk' and not 'lemah'!
just to say something on your last paragraph..itu la one of the masalah org melayu, belum mencapai kejayaan atau taraf professional dalam bidang tertentu, dah beralih minat kepada muzik dan hiburan..melayu kita terbalik!!
Ok, but I think it was a good discussion... tq for your thoughts...
mawi is just a passing fad. a short term phenomena not of weberian origin but of a long term process of established-outsider relationship. mass malays prefer mawi because he fits the outsider image which is strange, and 'exilic' in the music industry. the established, the insider prefers the secular outlook, not the religious image.
Terima kasih, komen anda sangat baik. (Cuma bia bercerita soal Farihin kat hujung tu, saya kena reserved komen saya - ???). Begitu juga komen dari beberapa pembaca blog anda.
Sedikit pendapat saya pasal orang Melayu. Orang Melayu ni bagus, tapi ada beberapa perkara yang pelu dipertingkatkan lagi. Pertamanya RAMAI orang Melayu (bukan semua) tak ada impian besar, sesetengahnya takut untuk berimpian. Dan ramai juga yang langsung tak tahu untuk berimpian dengan betul. Kenapa? Kerana kita tak yakin pada diri sendiri.
Bila kita tak yakin pada diri sendiri, apa pun tak boleh jadi. Kita diajar hidup sederhana, cukup dengan apa yang ada. Ini tak betul, kita sepatutnya syukur dengan apa yang ada, tapi jangan berhenti disitu. Cari lagi, kerja kuat lagi dan capailah bintang dan langit dengan usaha sendiri.
Sepanjang 15 tahun dalam dunia korporat, terlibat juga menemuduga calon-calon untuk bekerja, senarai pendekkan permohonan yang diterima, orang Melayu memang ada masalah yang besar.
Ramai calon yang tak tahu apa yang mereka mahu, dan tahu nilai diri mereka sendiri. Yang merendah diri, terlalu rendah, yang tinggi hidungnya, terlalu tinggi hingga tak nampak jalan dibawah.
Sekali lagi, ini bukan semua, tapi ramai antara mereka.
Apa kena mengena dengan Mawi? Dari sedikit pengalaman hidup yang saya ada, bila jiwa kita kosong, kita perlukan sesuatu untuk memenuhinya. Kitra ni nak jadi baik dan kita sukakan kebaikan. Cuma, kadang-kadang suasana membuatkan jiwa kita kacau bilau. Tak percaya? Mudah saja jawapannya. Anda lihat album dan CD yang terjual dipasaran,jenis muzik mana yang sentiasa catatkan jualan yang tertinggi? Kumpulan mana yang pernah jual album hingga lebih setengah juta? Mawi datang dengan imej dan penampilan yang kita rasa sesuai untuk isikan kekosongan jiwa kita.
Perlu diingat, orang politik cuma tahu dan suka berpolitik. Mereka tak ambil berat soal kekosongan jiwa. Kalau ambil beratpun, mereka lupa bagaimana nak isi kekosongan jiwa orang muda. Mereka mungkin muda 20 tahun dulu. Tapi itu dulu, sekarang ni dah lain.
Ada pelajar UiTM Shah Alam kat sini? Kalau ada, kita jumpa dalam bulan August dan September nanti, saya kesana atas jemputan untuk berkongsi idea saya dengan sekumpulan pelajar disana. Sekumpulan kecil pelajar, yang mungkin mereka ini adik-adik kita atau saudara kita. Saya berbual dengan pensyarah mereka beberapa hari yang lalu, dan inilah juga masalah mereka.
Maybe you can email me at mamanview@yahoo.com. I am ex UiTM student, maybe I can help with your project.
Salute utk entry yang ini!
Mungkin pemimpin2 yang atas perlu baca untuk fikirkan apa yang sudah kosong di dalam jiwa2 rakyat sekarang ni.
a darn good discussion on malays i must say. well done! im seeing the new Malays (non-kolot) finding ways to improve and educate each other in a very civilised way. I am so gonna read this blog from today onwards!
Enjoyed a lot! cooper toric contact lenses hotel offers java roulette ringtones http://www.order-phentermine.info Free gallery group pic sex hoveround electric wheelchairs search ionamin online New smyrna beach rentals
Post a Comment